Apatah
lagi dalam keadaan kita sekarang ini yang masih menati bilakah COVID-19
akan reda dan Arab Saudi membuka semula sistem visa umrah mereka. Semua orang
tersangat rindu untuk pergi ke tanah suci seperti sediakala.
Oleh itu, pasti akan ada pihak tertentu yang cuba mengambil peluang dan merancang
untuk memperdaya orang ramai menyertai tawaran yang mereka berikan.
Setiap
tahun ada sahaja kes penipuan baharu yang direkodkan. Setakat tahun lepas,
sebanyak 3,883 kes penipuan pakej umrah melibatkan kerugian berjumlah RM13.8
juta.
Jadi
hari ini saya ingin kongsikan beberapa langkah utama yang perlu di ambil oleh
bakal tetamu Allah sebelum membuat tempahan pakej.
1)
SEMAK DAFTAR LESEN AGENSI UMRAH
Bagi yang pertama kali menunaikan umrah, sangat penting untuk kita semua
ambil tahu mengenai status setiap agensi pelancongan yang ada di Malaysia,
yang mana tidak semua agensi pelancongan boleh menawarkan pakej umrah.
Syarikat yang sah mengendalikan pakej umrah hanyalah syarikat yang berstatus
Sendirian Berhad (Sdn.Bhd).
2)
SELIDIK LATAR BELAKANG AGENSI UMRAH (PENGENDALI / PENGELOLA)
Kita
perlu selidik dan membuat semakan terlebih dahulu mengenai latar belakang
sesebuah travel agensi. Sebagai contoh anda boleh mendapatkan info mengenai
sesebuah travel agensi melalui laman sesawang Kementerian Pelancongan di sini :
http://www.motac.gov.my/arkib/2019/umrah-lku-1440
Selain
itu juga, boleh juga membuat carian di media sosial seperti facebook, instagram
dan lain-lain dimana pembaca boleh melihat maklum balas daripada jemaah
yang pernah menggunakan perkhidmatan agensi tersebut.
Dengan
ini anda boleh membuat penilaian sendiri mengenai sesebuah travel agensi
tersebut sama ada mempunyai rekod yang baik atau sebaliknya. Jangan pilih untuk
pergi umrah dengan individu tertentu sebab Mutawwifnya handsome atau
sebab konon owner syarikat tersebut pakai kereta mewah. Berwaspada!
3)
ISI KANDUNGAN BROSUR UMRAH
Setiap
Travel agensi yang mengelola pakej umrah, haji mahupun perlancongan, mereka
pasti menyediakan brosur untuk memudahkan kita melihat pakej apa yang syarikat
mereka tawarkan kepada pembaca.
Jadi
perlu pastikan travel agensi yang pembaca pilih menyediakan semua
perkara-perkara ini.
•
Tiket penerbangan pergi & balik
•
Visa umrah/Visa Pelancong
•
Penginapan di Makkah & Madinah (jarak hotel dari Masjid)
•
Makan & Minum di Makkah & Madinah
•
Lawatan @ Ziarah (Tempat-tempat yang di lawati)
•
Pengangkutan di Makkah dan madinah
•
Jenis penerbangan (Transit @ Direct Flight)
•
Mutawwif
•
Bilangan hari di Makkah & Madinah
•
Insurans perjalanan
Contoh
brosur rasmi yang dikeluarkan oleh Andalusia Travel seperti gambar
4)
FAHAMI PAKEJ YANG DITAWARKAN DENGAN JELAS
Untuk
bahagian ini, anda perlu memahami dengan jelas pakej apa yang ditawarkan
oleh travel agensi tersebut.
Sebelum
membuat tempahan, kita perlu pastikan pakej yang ditawarkan bersesuaian dengan
bajet dan keinginan anda, pastikan nama hotel, jarak hotel, harga pakej ,tarikh penerbangan betul dan jelas sepertimana yang anda inginkan.
Selain
itu, anda perlu mengetahui berkenaan caj yang dikenakan sekiranya berlaku
pembatalan sebelum tarikh berlepas. Ini sangat penting untuk mengelakkan dari
berlakunya salah faham di masa akan datang. Jadi sebelum anda membuat sebarang
tempahan pastikan faham dengan jelas mengenai pakej yang ditawarkan.
Lihat
pakej umrah di sini : https://fliphtml5.com/bookcase/miomb
5)
BANDINGANKAN HARGA
Kita
tidak perlu membuat tempahan terburu-buru. Bandingkan harga dengan pakej-pakej
yang lain. Sebelum anda membuat bayaran atau tempahan kepada travel
agensi pastikan anda memahami terma atau syarat-syarat yang dikenakan oleh
travel agensi tersebut dan sangat penting untuk pembaca tahu mengetahui tempoh
untuk membuat pembayaran akhir.
Pastikan
anda cakna dengan setiap perubahan yang berlaku di saat akhir seperti perubahan
jadual penerbangan, kelulusan visa dan lain-lain. Ini semua berkait dan
tertakluk dengan ketetapan dari pihak-pihak lain yang mana pihak syarikat
travel berurusan dan dengan mereka bagi kelancaran perjalanan ke tanah suci.
Kredit : Abduh Nursalam
Edit : Asis Tahang