Bila sebut darjat kita mesti set dalam kepala kita orang yang darjat tinggi ialah orang yang kaya, berpendidikan tinggi, jawatan tinggi dan macam2 lagi yang tinggi-tinggi kan?
Amat jarang kita sebut darjat sesorang manusia di sisi Allah, yalah mungkin kita tak tahu macam mana penilaian darjat tu kan.
Darjat nabi nampak ada title Nabi atau Rasul, Darjat sahabat ada gelaran RA (Allah redha mereka) dan pastinya darjat itu di beri oleh ALLAH SWT dan bukan dari manusia.
Apa yang admin nak kongsi berdasarkan gambar di atas
Darjat orang yg tidak berharta selalu di pandang rendah oleh manusia jahil macam kita, kita rasa dia malas atau tidak mahu berusaha, padahal kita tidak langsung nampak usahanya. Kalau kita miskin nak pinang anak orang mesti nak tengok kerja apa, harta apa ko ada? dah lazim kita dengar
Sama juga duit RM1 bagi kita agak kecil mcm tiada nilai, Tapi...Tapi...Tapi
Darjat kemuliaan seseorang disisi Allah tidak langsung ada kaitan dengan harta, pangkat, rupa paras, keturunan dan sebagainya. Tapi sebenarnya ketaatan seorang hamba kepada Allah, sejauhmana dia dapat sempurnakan perintah Allah dalam kehidupan, sejauh itulah ketinggian darjat seseorang, walau apan pun kedudukan di sisi manusia.
Ibarat duit RM1 tadi nampak kecil tapi kita lupa duit RM1 lah yang paling banyak dalam tabung masjid, manakala duit besar contoh RM100 paling banyak di pasar.
Semoga memperbetulkan persepsi kita, jangan pandang rendah atau hina kepada orang yang miskin kerena mereka dekat dengan Allah dan kebanyakan ahli syurga adalah dikalangan orang miskin. Bukan bermaksud tak perlu jadi kaya, sebab ada juga orang kaya yang menjadi ahli syurga, Yang tak perlu dan kita kena buang sikap membezakan manusia pada ukuran keduniaan sahaja
Semoga bermanfaat
Nak admin share lagi
jom sertai
https://t.me/tawauakupergiumrah
https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share
#daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan