22 Ogo 2020

JANGAN TEKEJUT DIPANGGIL HAJI SEMASA DI MEKAH & MADINAH?

 

Ni Kisah En. Mohd Nashrul Akmal sekeluarga

Hairan bin ajaib ka?. Pengalam admin kali pertama Umrah

Masa ni aku dengan keluargaku keluar dari hotel Mawaddah al waha Madinah, Ibuku mau beli jubah dan telekung, kebetulan aku dengan abah mau cari sejadah dan tasbih, So kami singgahlah beberapa kedai  pak arab disekitar sini. Tekejut aku sebab dorang ni arab asli tapi fasih cakap melayu. dalam otakku mungkin dorang ni sudah makan nasi lemak 😅, siap cakap "Masuk2, hensem2 cantik2 masuk2 tengok kedai beli barang"

Ketawa kami satu keluarga dengan arab2 ni cakap melayu, benda kita x jangka bahasa kita orang luar guna, dorang fasih lagi. So masa tu, arab ni dia teriak lah, "haji2" tapi aku buat tak tahu sebab mungkin dia panggil orang lain . Lepastu dia tunjuk2 aku teriak lagi, Ya Allah Haji2 !! . Aku pun heran la kan, aku ckap tak salah orang ka dia ni, kenapa dia nampak2 aku, Tunjuk2 aku. Panggil aku Haji lagi . macam mengolok pula dia tu , sebab aku masih muda, belum cecah 20 tahun lagi. Jadi geram2 juga lah haha.

Dalam masa tu, aku tak peduli pak arab tu, aku terus perjalanan dengan abahku cari kedai lain. Tiba-tiba ada lagi tapi kalini makcik2 arab plak jual sejadah panggil kami haji2 sambil tunjuk sejadah yang dia jual. So aku mula fikir mungkin penduduk disini panggil orang lelaki sebagai haji & perempuan sebagai Hajah. walaupun kita ni muda , tua dan belum tunaikan haji tapi macam aku dapat  gelaran haji tu disini.

Jadi jangan hairan lah kalau abang2 kakak2 makcik2 pakcik2 dan adik2 . bila kamu pergi di tanah suci ni kamu dipanggil haji/hajah pula, jangan kamu tak layan dorang ya 😅. anggaplah itu satu doa . supaya kita diizinkan untuk tunaikan ibadah haji. jadi kita perlu Amin kan dan bersyukur sahaja okay 👍🏽

Jika tuan/puan ingin merasai juga pengalaman yang saya rasakan , marilah tanamkan niat untuk pergi ibadah umrah / haji mohonlah doa dari ibu bapa atau keluarga terdekat, dan bila ada rezeki jangan lupa bawa orang tua untuk menunaikan ibadah sekali Okay.

Kalau nak dengar pengalaman dari admin atau sama ada tuan/puan ingin kongsikan pengalaman semasa berada ditanah suci, 

jom sertai Group Facebook dan Telegram kami.

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share


Tiada ulasan:

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis