10 Sep 2020

5 TIPS MEMILIH PAKEJ UMRAH



Sebagaimana kita sedia maklum banyak kes penipuan pakej umrah yang berlaku di Malaysia yang melibatkan individu tertentu dan syarikat travel agensi yang tidak sah.

Apatah lagi dalam keadaan kita sekarang ini yang masih menati bilakah COVID-19 akan reda dan Arab Saudi membuka semula sistem visa umrah mereka. Semua orang tersangat rindu untuk pergi ke tanah suci seperti sediakala.

Oleh itu, pasti akan ada pihak tertentu yang cuba mengambil peluang dan merancang untuk memperdaya orang ramai menyertai tawaran yang mereka berikan.

Setiap tahun ada sahaja kes penipuan baharu yang direkodkan. Setakat tahun lepas, sebanyak 3,883 kes penipuan pakej umrah melibatkan kerugian berjumlah RM13.8 juta.

Jadi hari ini saya ingin kongsikan beberapa langkah utama yang perlu di ambil oleh bakal tetamu Allah sebelum membuat tempahan pakej.

 

1) SEMAK DAFTAR LESEN AGENSI UMRAH

Bagi yang pertama kali menunaikan umrah, sangat penting untuk kita semua ambil tahu mengenai status setiap agensi pelancongan yang ada di Malaysia, yang mana tidak semua agensi pelancongan boleh menawarkan pakej umrah. Syarikat yang sah mengendalikan pakej umrah hanyalah syarikat yang berstatus Sendirian Berhad (Sdn.Bhd).


2) SELIDIK LATAR BELAKANG AGENSI UMRAH (PENGENDALI / PENGELOLA)

Kita perlu selidik dan membuat semakan terlebih dahulu mengenai latar belakang sesebuah travel agensi. Sebagai contoh anda boleh mendapatkan info mengenai sesebuah travel agensi melalui laman sesawang Kementerian Pelancongan di sini : http://www.motac.gov.my/arkib/2019/umrah-lku-1440

Selain itu juga, boleh juga membuat carian di media sosial seperti facebook, instagram dan lain-lain dimana pembaca boleh melihat maklum balas daripada jemaah yang pernah menggunakan perkhidmatan agensi tersebut.

Dengan ini anda boleh membuat penilaian sendiri mengenai sesebuah travel agensi tersebut sama ada mempunyai rekod yang baik atau sebaliknya. Jangan pilih untuk pergi umrah dengan individu tertentu sebab Mutawwifnya handsome atau sebab konon owner syarikat tersebut pakai kereta mewah. Berwaspada!

 

3) ISI KANDUNGAN BROSUR UMRAH

Setiap Travel agensi yang mengelola pakej umrah, haji mahupun perlancongan, mereka pasti menyediakan brosur untuk memudahkan kita melihat pakej apa yang syarikat mereka tawarkan kepada pembaca.

Jadi perlu pastikan travel agensi yang pembaca pilih menyediakan semua perkara-perkara ini.

• Tiket penerbangan pergi & balik

• Visa umrah/Visa Pelancong

• Penginapan di Makkah & Madinah (jarak hotel dari Masjid)

• Makan & Minum di Makkah & Madinah

• Lawatan @ Ziarah (Tempat-tempat yang di lawati)

• Pengangkutan di Makkah dan madinah

• Jenis penerbangan (Transit @ Direct Flight)

• Mutawwif

• Bilangan hari di Makkah & Madinah

• Insurans perjalanan

Contoh brosur rasmi yang dikeluarkan oleh Andalusia Travel seperti gambar



 

4) FAHAMI PAKEJ YANG DITAWARKAN DENGAN JELAS

Untuk bahagian ini, anda perlu memahami dengan jelas pakej apa yang ditawarkan oleh travel agensi tersebut.

Sebelum membuat tempahan, kita perlu pastikan pakej yang ditawarkan bersesuaian dengan bajet dan keinginan anda, pastikan nama hotel, jarak hotel, harga pakej ,tarikh penerbangan betul dan jelas sepertimana yang anda inginkan.

Selain itu, anda perlu mengetahui berkenaan caj yang dikenakan sekiranya berlaku pembatalan sebelum tarikh berlepas. Ini sangat penting untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham di masa akan datang. Jadi sebelum anda membuat sebarang tempahan pastikan faham dengan jelas mengenai pakej yang ditawarkan.

Lihat pakej umrah di sini : https://fliphtml5.com/bookcase/miomb


5) BANDINGANKAN HARGA

Kita tidak perlu membuat tempahan terburu-buru. Bandingkan harga dengan pakej-pakej yang lain. Sebelum anda membuat bayaran atau tempahan kepada travel agensi pastikan anda memahami terma atau syarat-syarat yang dikenakan oleh travel agensi tersebut dan sangat penting untuk pembaca tahu mengetahui tempoh untuk membuat pembayaran akhir.

Pastikan anda cakna dengan setiap perubahan yang berlaku di saat akhir seperti perubahan jadual penerbangan, kelulusan visa dan lain-lain. Ini semua berkait dan tertakluk dengan ketetapan dari pihak-pihak lain yang mana pihak syarikat travel berurusan dan dengan mereka bagi kelancaran perjalanan ke tanah suci.

Kredit : Abduh Nursalam

Edit : Asis Tahang

Tiada ulasan:

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis