8 Apr 2021

KURMA YANG DI RINDUI - ANDALUSIA FOOD INDUSTRIES SDN BHD



Syarikat Pengendali umrah dan haji. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) kini mengorak langkah dalam perniagaan baharu dengan memasarkan produk kurma, Kurma Yang Dirindui (KYD) menerusi syarikat Andalusia Food Industries Sdn Bhd.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ida Riswana Idris berkata, Andalusia menerokai perniagaan baharu itu berikutan perniagaan mengendalikan pakej haji dan umrah tidak dapat beroperasi kerana penularan Covid-19 sejak awal tahun 2020.

Menurut Ida Riswana. Andalusia menceburi bidang perniagaan dengan menjual produk KYD sebagai salah satu cara untuk menjadi pengubat rindu kepada jemaah yang betul-betul ingin kembali ke Tanah Suci Makkah.

"Sejak berhadapan dengan pandemik Covid-19, ramai jemaah Andalusia sentiasa bertanya bila agaknya kita boleh mula kembali mengerjakan umrah dan menziarah makam Rasulullah SAW di Madinah.

Justeru apa yang Andalusia boleh berikan kepada mereka yang merindui Makkah dan Madinah, maka timbullah idea untuk mengimport kurma dari Madinah," katanya kepada Sinar Ahad di Ibu Pejabat Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur di sini pada Khamis



Ida Riswana berkata, pihaknya turut beralih kepada perniagaan kurma untuk meneruskan perniagaan dan menyelamatkan pekerja mereka.



Menurutnya, kebanyakan daripada mereka hilang sumber pendapatan hampir setahun.

"Selepas industri pelancongan kami ditutup pada 28 Februari 2020. kami langsung tiada perniagaan ataupun sumber pendapatan.

"Kami mempunyai 300 kakitangan di syarikat Andalusia Travel & Tours Hampir separuh daripada mereka terpaksa ditamatkan perkhidmatan. Malah, ada juga yang mengambil cuti tanpa gaji

"Disebabkan tidak mahu lagi kehilangan pekerja, maka kami mula dengan perniagaan kurma pada 9 Februari lepas. tidak sampai dua bulan." katanya.

Kredit : Sinar Malaysia oleh Raja Nur Faznie Aida, Kuala Lumpur


 







 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Borgata Hotel Casino & Spa - JTR Hub
Located in Atlantic City, titanium ring Borgata Hotel Casino & 토토커뮤니티 Spa 출장샵 offers the finest in amenities and entertainment. It also provides a seasonal outdoor 포커 족보 swimming bet365

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis