Saya bertanya kepada seorang Maulana mengenai ada kes 13 orang bercerai dalam seminggu ini. Mereka minta nasihat saya..saya minta nasihat Maulana, kenapa jadi begini...saya sangat sedih....
#Jawab Maulana :
ramai orang
baik..tapi tidak pandai menzahirkan kebaikannya..ramai orang saling mencintai
tapi tidak pandai menzahirkan cintanya...
Sehingga keduanya
bersedih dan menangis dan meraung kerana terpisah. Saling mencintai teramat
cinta bertukar menjadi benci dan begitu benci sehingga tidak nampak walaupun
satu kebaikan lagi...Ini juga berpunca dari tidak mencintai Nabi saw dengan
sebenarnya...Orang yang teramat cinta Nabi saw kehidupuannya sentiasa
mencontohi Nabi saw...
Nabi Saw orang
paling baik kepada keluarganya..Nabi Saw buat segala kerja rumah saat beliau
berada di rumah. Nabi Saw orang paling rajin saat berada di rumah. Sehingga
baju dan kasut yang koyak beliau jahit sendiri.
Nabi Saw sentiasa
makan berjemaah bersama keluarga tidak makan sorang² apatahlg di biarkan isteri
makan sorang² di dapur.. Minum dari tempat isterinya minum. Makan sebekas dan
sehingga licin. Sangat menghargai makanan. Gembiranya orang yang masak. Tidak
pernah complain atau keji makanan. Pernah rambut jatuh dalam makanan tetap
berbual kebaikan disebaliknya..Isteri jatuhkan makanan dengan tidak sengaja di
depan sahabah, Nabi saw kutip makanan dan langsung tidak marah kerana Baginda
saw besarkan Allah dan utamakan akhirat..
Nabi Saw saat
isterinya membuatnya marah tetap baginda Saw boleh sebut kebaikan isterinya,
diam, mendoakan, dan memanggil isterinya dengan panggilan yang mulia dan
disukai isterinya...
Nabi saw boleh menerima
kekurangan pada isterinya walaupun baginda saw manusia paling sempurna dan
tiada manusia sepertinya..sentiasa memaafkan..
Nabi saw menggunakan
kelebihan yang ada pada isterinya untuk kerja dakwah dan kerja Agama. dalam
mendakwahkan wanita-wanita...
Nabi saw tetap
baring atas riba, tidur satu selimut ketika haid dan membersihkan darah haid
isteri yang menitik.Ini benar-benar membuatkan isteri rasa benar-benar
dihargai..
Nabi saw membiarkan
isterinya yang tertidur dan baring atas bahunya. Meminta maaf kepada isterinya
walaupun tak salah dan menerangkan sebab tindakannya walaupun sebenarnya tidak
perlu kerana itu beliau seorang Rasul.
Nabi saw selalu
memberikan hadiah dan penghargaan kepada kebaikan isterinya...pernah Nabi saw
kata, Wahai Juwaiyah kamu duduk beribadah dari sebelum subuh dan tidak bangun
sehingga waktu dhuha ini.....pujian yang sangat hebat..kemudian Nabi saw
hadiahkan zikir padanya..
Nabi saw memuji Abu
Bakr didepan Aisyah ra. Menghargai ayah mertuanya....
Nabi saw sangat baik
dan merupakan sahabat pada mertuanya...disayangi dan dicintai bukan sahaja oleh
isteri malah oleh mertuanya.
Nabi saw dukung
isterinya dan kenakan pipinya saat dukung isterinya dengan kasih sayang..
Nabi saw selalu
pegang tangan dan gosok-gosok tangan atau peha isterinya walaupun bukan saat
bersama...itu membuat wanita rasa dihargai....
Nabi saw sentiasa
mendoakan isterinya dan kadang-kadang didengari dan diketahui isterinya.
Nabi saw pernah
mandi bersama-sama dan bergurau ketika mandi bersama.
Nabi saw Tahajud dan
menangis di waktu malam. Isteri baginda saw selalu ikut solat dibelakang Nabi
saw...saat pengabdian Nabi saw di waktu malam..
Nabi saw pernah kata
ini salah saya kepada isterinya walaupun Baginda saw tidak salah...
Nabi saw pernah
pesan jangan bersama isteri seperti binatang..Juga pernah pesan jangan menolak
suami walaupun atas unta(kenderaan tertutup dalam perjalanan)Maksudnya Nabi saw
ajar supaya bergurau senda, menggoda isteri, dan benar-benar bersama yakni
saling menggembirakan saat membuat hubungan intim. Keduanya mencapai apa yang
dinginkan...memahami kehendak pasangan masing-masing.
Nabi saw tidak
pernah kata kenapa macam ni..ish..kenapa tak macam ni..tapi saat berlaku Nabi
saw kata apa yang berlaku telah ditakdir oleh Allah. Nabi saw tunjuk satu-satu
seperti menunjuk orang buta..pegang tangan pimpin sampai destinasi..bukan arah
tapi sama-sama buat..
Baginda saw sangat
menyayangi anak-anak. Selalu dukung cucunya..Bermain dan mendidik dengan
perkataan yang baik..Jagalah Allah..Allah jaga kamu...
Baginda saw sentiasa
senyum..Abdullah ibnu haris kata aku tidak pernah lihat seseoang yang lebih
banyak senyum dari Nabi saw..
Nabi saw penuh
dengan akhlak yang mulia..hormat orang tua..sayang kanak-kanak..suka melayan
tetamu yang datang...suka memberi makan dan suka beri salam.
Nabi saw saat
bersalam atau pegang tangan tidak akan tarik tangan sehingga orang tu
lepaskan...tidak akan alihkan telinga sehingga orang tu habis bercakap yakni
mendnegar dengan teramat baik. dan tidak biarkan orang tu berlalu tanpa membantu
menyesaikannya...
Begitu juga isteri
Nabi saw dan anak wanita Nabi saw mempunyai sifat seperti Nabi saw. Suami
isteri saling berlumba menunaikan hak..dan memaafkan hak yang tak
tertunai...berlumba buat baik sehingga sama-sama masuk syurga,,dan paling utama
mendapat Redha Allah.
YA ALLAH berilah
setiap lelaki dan wanita sifat Nabi saw ini...dan kembalikan suasana Kota
Madinah di zaman Hayat Baginda Saw di tanah air kami...amin..
Kredit : Ebit Lew
Nak admin share lagi
jom sertai
https://t.me/tawauakupergiumrah
https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share
#daftarandalusiatawau
#tawau #kunak
#lahaddatu #semporna #kalabakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan