29 Jul 2020

HUTANG DENGAN ALLAH? JAGUNG RM1 PUN HUTANG!

Suatu masa dulu sekitar awal tahun 80-an, zaman tv hitam putih lagi, hehehe

Admin duduk kampung estate ladang sawit, getah dan  koko. Pekerja estate di beri sedikit ruang tanah untuk bercucuk tanam. So beliau(bapa) pun pigilah(pergi) tanam jagung.

Bila jagung mengeluarkan hasil masa tu admin umur sekitar 5-6 tahun dah kena suruh jual jagung. Bawa jagung berikat naik kereta sorong (kerobak) round satu  kampung teriak “Jagung…Jagung..1 Ringgit”…

Berkeluaranlah makcik-macik, "Nak sini kau. Makcik mau beli jagung"…sekali sudah ambil..Pandai pula makcik tu cakap "Alah nak pakcik mu belum gaji. Hutang dulu ya nak..nanti gaji datang sini ambil duit" . Hahahah

Sudahlah 1 ringgit hutang pulak tu...hahahah

Bila time gaji datang mau kutip hutang alasan lain pulak muncul. Pakcikmu belum balik lagi nak…..ala nak tiada duit kecil….dan bla..bla..bla… 3-5 kali pigi baru dapat rm1…huhuhu

Punyalah susah nak dapat RM1 masa tu….Dalam berniaga elakkan beri hutang especially kita yang niaga kecil-kecilan..sebab bila dah bagi hutang susah nak tagih..hehehe

Itu hutang dengan manusia..bagaimana hutang kita dengan Allah. Hutang solat, zakat, haji & umrah. Kalau dah meninggal waris pula kena uruskan. Selagi ada hayat dikandung badan. Usahalah sebaik mungkin sempurnakan perintah Allah agar kita tidak berhutang dengan Allah SWT. Belum tentu waris kita akan bayarkan.

Nak admin share lagi jom sertai Group Telegram dan FB Tawau Aku pergi Umrah

Nak admin share lagi jom sertai Group FB dan telegram TAWAU AKU PERGI UMRAH untuk info terkini

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau

 #tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan



28 Jul 2020

CORETAN DR. CHACHO BULAH - UMRAH ZIARAH CAIRO BERSAMA ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD





1) Saya ingin memetik sebuah syair Arab yang berbunyi, "Hendaklah kamu mencontohi orang yang mulia, walaupun kamu tidak seperti mereka, kerana mengikuti orang yang mulia itu satu kejayaan."

2) Bersesuaian dengan syair Arab ini, saya mengandaikan Agen Pelancongan, iaitu Andalusia yang khususnya mengendalikan pakej ziarah Umrah dan pelbagai pakej lagi adalah ibarat "orang yang mulia", sebuah agen pelancongan yang berpengalaman, berketrampilan dan beretika tinggi dalam bidang pengurusan Umrah. Hal ini saya nukilkan secara berterus terang ,ikhlas dan penuh kejujuran berdasarkan kepada pengalaman saya yang mana pengalaman itu adalah merupakan " guru" yang tidak pernah berbohong. Pengalaman juga bukan cerita palsu, rekaan  imaginasi dan khayalan.

3) Secara jujurnya, berbekalkan rezeki berkat yang Allah berikan, saya telah ke Tanah Suci sebanyak empat kali, sekali menunaikan fardhu haji pada tahun 2000 dan disusuli selepas itu saya menunaikan Umrah sebanyak tiga kali melalui berbagai agen pelancongan. Kerinduanku untuk terus berkunjung dan berziarah Umrah ke Tanah Suci sentiasa berkembang mekar menyuburi jiwa sanubariku.

4) Selepas tiga kali menunaikan Umrah, saya berhasrat lagi untuk menunaikan Umrah bagi kali Ke-Empat, iaitu pada akhir tahun 2019, setahun selepas saya bersara wajib selaku penjawat awam  kerajaan. Saya ingin menggunakan keberkatan wang ganjaran perkhidmatan persaraan yang saya telah perolehi. Kali ini, hati saya beriya-iya dan berdetik kuat memilih Andalusia yang berpejabat di cawangan Tawau. Saya tertarik dengan pakej yang disediakan oleh Andalusia. Harga pakej ziarah Umrah saya dapati berpatutan, selain layanan yang diberikan oleh salah seorang kerani kaunternya, sdr Akmal juga mesra pelanggan. Di samping itu, Andalusia menyediakan kursus Umrah secara percuma setiap minggu melalui penceramah yang mahir dan berpengalaman. Walaupun saya sudah beberapa kali berumrah, namun, saya  perlu mengikuti kursus Umrah bagi mengetahui hal hal atau maklumat terkini mengenai perkembangan kota Mekkah dan Madinah yang mungkin kedudukan hotel penginapan dan lain perkara telah mengalami banyak perubahan melalui proses dan evolusi pembangunan semasa.

5) Pengalaman saya bersama isteri melancong dengan mengambil pakej pelancongan ke Kaherah dan seterusnya menunaikan Umrah di Tanah Suci selama 17 hari melalui Andalusia menceritakan segala- galanya, iaitu cerita yang disulami dengan keseronokan dan keindahan. Di samping itu, berlaku beberapa keajaiban  kualami, yang di luar dugaanku, tetapi sangat mengujakan dan menggembirakan, iaitu ;

i ) Pengalaman pertama, saya tidak menduga dan menjangkakan sama sekali bahawa Umrah saya bersama Andalusia ini (dengan izin dan keredhaan Allah) telah berjaya menunaikan keinginan besar saya untuk mendaki Jabal Nur yang terletak kira kira 3.2 km dari Kota Mekkah . Walaupun banyak cabaran getir yang harus ku tempuh dengan pendakian 600 anak tangga  serta batu batu besar di waktu malam, namun cabaran dan berkat kesabaran dan kegigihan itu akhirnya membuahkan hasil apabila saya berjaya sampai  ke  puncak Jabal Nur,seterusnya dapat menjejak kaki masuk ke dalam Gua Hira yang sangat sempit yang  merupakan tempat Rasulullah SAW ( sholawat pada Nabi)  menerima wahyu yang pertama dari Allah melalui Malaikat Jibril. Ketika berada di puncak Jabal Nur dan berada dalam Gua Hira  itulah saya mengenang sejarah betapa getirnya perjuangan dan ujian yang dilalui oleh Rasulullah SAW dalam edisi awal Baginda mula mengembangkan sayap Islam di seluruh penjuru alam yang bermula di Kota Mekkah iaitu detik tercipta di Gua Hira di mana Rasulullah SAW telah menyendiri , bermunajat selain bertahannuth serta bertaqarrub kepada Allah SWT. Detik kejayaan mendaki ke puncak Jabal Nur dan memasuki Gua Hira turut mencatat sejarah dalam diari hidup saya, dimana sebelum ini, saya pernah mengimpikan ke tempat ini beberapa kali iaitu pada masa saya menunaikan fardhu haji pada tahun 2000 dan seterusnya semasa saya menunaikan tiga kali Umrah sebelum ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, dan terima kasih kepada kebijaksanaan kepimpinan Ust Mohd. Khairuddin , Mutawif Andalusia yang memberi peluang kepada para jemaah kumpulan kami ke tempat ini.


ii) Pengalaman kedua, para jemaah , termasuk diri saya sendiri telah diberi dan dikongsikan dengan satu berita yang menggembirakan apabila Mutawif Ust Khairuddin memaklumkan pihak pengurusan Andalusia telah bermurah hati untuk membawa jemaah kami secara percuma ke kota Taif yang terletak 80 km dari kota Mekkah.Kota Taif ini juga amat ingin kujejaki kerana kota ini merupakan salah sebuah kota yang bersejarah dimana Nabi SAW pernah berdakwah di kota ini sehingga kehadiran Baginda dihujani dengan lontaran batu batu dari penduduk kota ini yang terdiri dari kabilah Tsaqif.Namun, tindakan mereka itu dibalas dengan kesabaran dan dengan doa Rasulullah SAW yang amat popular, iaitu, "Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui". Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana peristiwa seribu lebih tahun yang lalu ketika Nabi SAW berada di tempat ini mengingatkan saya sejarah tersebut. Terima kasih Andalusia yang memberi peluang kapada saya yang buat pertama kali menjejak kaki ke Kota Taif. Ia juga merupakan satu sejarah dalam diari hidup saya.


iii) Pengalaman ketiga, saya  memerhati dan menilai iaitu Pengurusan Andalusia membudayakan konsep berorientasikan kepada nilai pengurusan"Client-First". Konsep pengurusan yang diterapkan oleh Andalusia ini memberi penekanan dengan mendahulukan dan mengutamakan pelanggan mereka. Contoh terdekat ialah penempatan hotel kami. Sepatutnya kumpulan atau jemaah Umrah kami di tempatkan di sebuah hotel di Mekkah milik Andalusia. Namun,  semasa tiba di Mekkah dari Madinah, kumpulan kami ditempatkan di sebuah hotel baru bertaraf lima bintang, iaitu Hotel Hilton Double Tree. Mutawif kumpulan kami memaklumkan bahawa pertukaran tempat hotel kami ini dibuat disebabkan hotel milik Andalusia yang biasa menempatkan jemaah Umrah mereka sedang diperbaiki. Kami merasa bertuah disebabkan penempatan kami di hotel baru Double Tree ini bukan sahaja amat selesa,malah pengangkutan bas disediakan oleh pihak hotel. Bas kecil tersebut bergerak setiap lima minit dari hotel ke kawasan Masjidil Haram yang juga hanya memakan masa sekitar lima minit. 


iv) Pengalaman Keempat, pihak Pengurusan Andalusia berusaha menyediakan Pembimbing Jemaah Umrah atau Mutawif yang bukan hanya mahir, berilmu dan bermaklumat , tetapi juga memiliki jati diri yang berkualiti dengan mesra pelanggan, bersedia mendengar masalah dan cadangan yang diusulkan oleh jemaah Umrah serta berupaya menyelesai setiap masalah secara kolektif.Apa yang menarik, sikap ambil berat serta keriakan wajah yang tenang sepanjang masa juga memberi impak saikologi yang baik yang meyakinkan para jemaah mengenai kepimpinan diri mutawif berkenaan.Mutawif dalam kumpulan kami yang dimaksudkan tersebut ialah Ustaz Mohd. Khairuddin yang kami menyenangi memanggilnya dengan panggilan Ust Khai sahaja.



6) Sebenarnya, banyak lagi pengalaman manis dan indah yang saya lalui dalam kesempurnaan Umrah Keempat saya dengan Andalusia, namun, sekadar berkongsi pengalaman mengenai empat perkara tersebut di atas sudah cukup memadai untuk merungkai dan menyimpulkan bahawa keindahan sesuatu perkara bukan hanya perlu dinilai daripada luarannya sahaja, tetapi keindahan dalaman juga memainkan perkara yang amat penting.Kita perlu tahu membezakan antara kaca dan permata.Juga, setiap potret yang indah bingkainya akan dirasakan potret itu akan nampak hidup jika ia dijiwai oleh sesuatu yang tahu menilai keasliannya yang bernilai tinggi. Segulung  tahniah diucapkan kepada Andalusia Malaysia kerana dapat mengamalkan dan membudayakan konsep pengurusan yang baik, mapan, berkualiti bertaraf lima bintang dalam mengurus dan memberi semampu kepuasan maksima kepada pelanggan, khususnya jemaah kumpulan Umrah Ziarah yang saya sertai selama 17 hari, iaitu pada 21 November - 5/6 Disember 2019.

Syabas Andalusia .....

Coretan Perkongsian Pengalaman daripada :

DR.CHACHO BULAH

Tawau, Sabah

28 Julai 2020



 


27 Jul 2020

SIAPA MANUSIA TERMAHAL?


Tahukah anda pokok belian (kayu termahal) tumbuh melalui benih dari buah belian yg gugur. Buah belian rupa seperti buah koko yg mempunyai kulit yg keras & tebal (cuma saiz kecil).

Kadar pertumbuhan pokok belian (diameter) ialah 0.01mm setahun. So bayangkan berapa ratus tahun masa diambil untuk kayu ini membesar sebesar ini(rujuk gambar). Gambar ni admin ambil sendiri semasa pergi ke ICCA (Imbak Canyon Conservation Area), di tongod, Sabah. Mungkin ratusan tahun. Allah Maha Hebat😎

Untuk jadi kayu temahal seperti itu pun ambil masa dan proses yang panjang. Sama juga secara analoginya hidup kita untuk jadi manusia termahal kena melalui proses yang panjang tapi taklah beratus tahun, tak sempat kot, umur susah nak sampai ratus..heheh

Jadi siapakah manusia termahal?

Tidak lain dan tidak bukan ialah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Mudahkan orang, bantu orang dan mcm2 lagi, paling kurang jangan susahkan orang lain.

Siapa lagi? Manusia yang paling akrab dengan Allah SWT. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut.

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#salamIduladha #daftarandalusiatawau

 #tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan😊




24 Jul 2020

APA ITU ZERO DEPOSIT UMRAH?



Kenapa Untung kalau saya daftar ZERO DEPOSIT UMRAH 1442H bersama Andalusia sekarang?

Pertamakali dalam sejarah Andalusia menawarkan Pendaftaran MESRA Jemaah & KEUTAMAAN pergi apabila Umrah buka kelak tanpa bayaran Deposit.


22 Jul 2020

Ulasan Perkhidmatan Andalusia Tawau Sabah



KENAPA IMAM LAMBAT BACA SURAH?

Selepas baca Al fatihan dan “Amin” Imam selalu lambat memulakan bacaan surah, kenapa ya?

Memandangkan dalam tempoh PKP solat berjemaah di rumah,  terpaksalah menjadi Imam tetap sepanjang masa..hahaha

Padan muka! Dulu masa solat Taraweh  asyik komen

Imam baca laju lah,

Imam baca slow lah

Imam baca tak sedap lah,

Imam syok sendiri lah

dan mcm2 lagi

Sekarang kau jadi Imam tetap untuk keluarga mu, apa kau rasa hahaha

Rasa oren... hari2 baca surah al ikhlas..

Setelah mengharungi ujian menjadi Imam tetap di rumah baru hari ni faham kenapa Imam selalu lambat memulakan bacaan surah berikutnya.

Sebabnya Imam tengah susun surah nak baca yang mana dulu, kekadang nak baca surah Al qadar tapi terbaca surah Al kawthar...kan jauh beza tu.

Apa pun tahniah kerana menjadi ketua keluarga yg boleh memimpin solat berjemaah. Mudah-mudahan lepas Covid19 ni berakhir penuhilah masjid, boleh lah jadi Imam stanby kalau2 Imam cuti kah.

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau

 #tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan



20 Jul 2020

RAGAM PENDUDUK MADINAH

Seusai solat asar, sambil duduk berehat meneguk air zamzam yang tersedia di Masjid Nabawi, perhatian hamba tertumpu pada pergaduhan kecil dua orang budak berbangsa arab berusia sekitar 9 ke 10 tahun.

Tanpa hamba mengetahui apa puncanya, salah seorang mengejar dan memukul belakang sahabatnya dengan menggunakan kopiah semahunya tanpa henti. Tanpa ada cubaan membalas, sahabat yang dipukul cuba menenangkan sahabat yang memukul tadi dengan berkata,

“Kalau kau tak boleh menghormati para muslimin yang berkunjung ke masjid ini atas kelakuanmu, sekurang-kurangya hormatilah Tuhan Kaabah dan Rasulnya.” Sambil jarinya menunjuk tepat ke arah maqam Rasulullah.

Sahabat yang memukul tadi berhenti memukul dan mula termenung lalu berkata, “Kau benar”. Pertelingkahan kecil tadi terus terhenti dengan kedua mereka berpisah membuat haluan memasuki halaqah Quran masing-masing seolah macam tiada apa yang berlaku.

Kagum dengan apa yang terjadi buatkan hamba termenung seketika. Betapa hebat dan matangnya fikiran dan akhlak anak-anak seusia ini mengatasi perbalahan ini tadi dengan ajakan berfikir dan muhasabah sementara yang seorang lagi pula akur dan sabar dalam menahan amarah atas kebenaran yang disampaikan sahabatnya meskipun ketika sedang marah.

Semoga Allah taala golongkan kita dan ahli keluarga kita dalam kalangan mereka yang sentiasa membenarkan yang haq meski di saat yang pahit dan sukar. Yang sentiasa berpaling kepada yang batil meski di saat kau bisa mendapat faedah dan keuntungan daripadanya.

Wahai tuhan pemilik Kaabah, sungguh kami merindui dua tanah haramMu.

Kredit: ZaQuan Jamalludin

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau

 #tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan



17 Jul 2020

MUTAWIF BERPERIBADI DAN BERILMU

Assalam, saya ingin kongsi pengalaman yang saya lalui, yang saya teliti dan yang saya nilai hanya saya sekadar pengetahuan bersama. Pengalaman bukanlah sesuatu yang dipelajari seperti di sekolah atau dikursuskan, ia bukan juga bersifat akademik dan teori semata, tetapi ia adalah apa yang kita rasai, bagaimana manis dan pahitnya, bagaimana susah dan senangnya, seronoknya  mencabarnya.

Saya sudah melalui banyak agen Umrah ke Tanah Haram, dan silih tertampil Mutawif yang mengiring dan membimbing. Terkini saya Umrah melalui Andalusia, Mutawif yang mengiring kami dari Andalusia (saya tak sebut nama kecuali diminta oleh Andalusia) adalah Mutawif yang terbaik. Kenapa yang terbaik ?

Beliau bukan saja berilmu tentang membimbing Umrah, tapi mempunyai sikap peribadi yang baik dan cemerlang, iaitu :

i) Bertanggungjawab;

ii) Mementingkan dan mendahulukan penyelesaian masalah dan keperluan jemaah, walaupun beliau dalam keadaan sibuk;

iii) Mementingkan kerja berpasukan seperti berbincang secara konsensus jika ada cadangan yang diajukan oleh individu jemaah;

iv) SABAR dan Bersifat TENANG menangani KARENAH jemaah;

v) Bijak merancang dan mengurus dan membuat keputusan;

vi) Tidak membelakangi jemaah jika membuat keputusan yang dicadang oleh mana mana individu jemaah;

vii) Bersifat toleransi;

viii) Berbicara dengan jemaah melalui bahasa yang baik yang tidak menyakitkan hati jemaah;

ix) Suka memaafkan, menampilkan wajah yang sentiasa manis dan sukar memperlihatkan kemuraman wajah dalam situasi apa pun yang di hadapi;

x) Menepati janji

Apa yang saya huraikan di atas lebih menjurus kepada perincian akhlak, dan SEBENARNYA akhlak Mutawif yang harus didahulukan, kerana Mutawif itu adalah AMBASADOR kepada setiap mewakili kepada Agen Umrah.

Jika seorang Mutawif itu berilmu seluas lautan, fasih berbahasa Arab dengan teratur dan lancar, namun akhlaknya kurang memuaskan, maka keadaan ini menjejaskan kepada prestasi dan maruah agen Umrah.Lihat lah, betapa Rasulullah SAW dalam menyebar agama Islam, Baginda mendahulukan akhlak yang sangat manis sekali. Oleh itu, rumusan saya, setiap wang yang dibelanjakan oleh individu jemaah Umrah, akan berbaloi dengan semaksimum kepuasan yang cuba di capai. Saya hanya berkongsi pengalaman di ruang ini, tidak ada pun niat yang lain.

Tahniah kepada Andalusia, kerana dapat melahirkan Mutawif yang berperibadi dan berilmu cemerlang, mutawif yang membimbing jemaah saya dan isteri saya serta yang lain dalam saya menyempurnakan Umrah saya kali ke 5 melalui pelbagai agen, dan Umrah yang ke-5 itulah yang sangat manis bagi saya, ALHAMDULILLAH, ALLAH yang memudahkan rezeki kita.

PERKONGSIAN

DR. CHACHO BIN HJ.BULAH

UMRAH ZIARAH CAIRO ISKANDARIAH 21/11-6/12/2019

ANDALUSIA TAWAU SABAH



15 Jul 2020

9 TANDA ANDA SUPER MATANG ?

 

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk baiki diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Kongsikan bersama dengan semua😊

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share




13 Jul 2020

BELANJA RM33.00 DAPAT SALES RM35,760.00


Admin nak kongsi sikit pengalaman baru, asyik cerita lama saja…mau juga cerita the latest kan?

Semalam (Ahad) admin bawa keluarga sarapan pagi di sebuah restoran masakan kelantan di tawau, sabah bukan di kelantan…haha manes sokmo…..hahaha

Lama sudah tak pergi restoran ni…kenal bos dia. Sampai awal sangat, menu sarapan belum siap sepenuhnya..so pekena teh tarik lah dulu, best pagi2 ni, datang awal masakan masih panas2 lagi. Yg siap awal mee goreng yg pakai sos tiram tu..kalau mee goreng di tawau yg popular ialah mee tauhu (mee goreng + tauhu berkuah). Kalau versi Kelantan mee goreng dia agak berkuah juga(maksud saya basah). Tapi sedap hehehe. Terbaik

Kalau ada orang Kelantan sini cuba komen apa nama mee goreng tu? Admin tau makan je…hahaha

So nak dijadikan story, kami 4 orang makan cuma RM33 saja. Kira murah juga sebab ada tapau lagi..heheh. Pointnya di sini bila kita keluarkan duit untuk belanja ahli keluarga, Allah akan balas dengan lebih baik bukan hanya di akhirat tapi dunia juga.

Hari yang sama petang tu admin ada kelas online belajar2 buat zero cost marketing sambil2 layan pertanyaan Jemaah umrah. Dengan tak disangka, 2 pasang suami isteri terus buat booking utk umrah iaitu 4 orang Jemaah dengan nilai keseluruhan RM35,760.00. MasyaAllah Tabarakallah ajaibnya berbelanja untuk ahli keluarga.

Jadi tuan2 jangan berkira sangat untuk berbelanja ahli keluarga. Pasti ada natijahnya. Yang penting niat ikhlas kerana Alllah SWT.

Nak admin kongsi lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau

#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan



11 Jul 2020

MASA KHUTBAH NGANTUK? BACA NI....


Memandangkan ESOK hari Jumaat dan Hari Raya Eidul Adha, semua lelaki muslim datang ke Masjid tunaikan solat jumaat berjemaah dengan norma baharu dan dengan SOP juga

Tapi ngantuk gila masa khutbah bukan perkara baru tuan-tuan. Ia sudah lama hahaha. Siap ada yg berdengkur lagi…hahaha. Masa nilah syaitan merasuki mu….huhuhuh

Ni terutamnya yg kerja pejabat, industri dan lain2. Tambah lagi pagi tu memang banyak kerja jadi agak penat sikit, tengah hari mau kelaur ke masjid jalan kaki dan panas lagi…wow wei basah baju berpeluh…sampai masjid pula kena aircond dan kipas membuai-buai mata…ngantuk la jawabnya…tidur la akibatnya..khutbah entah kemana…hahah

Admin cuba juga minum air, masih ngantuk , duduk depan ngantuk juga, duduk belakang lagi khusyuk nak tidur…haha…duduk sila pun ngantuk, duduk guna kerusi sandar belakang pun ngantuk. Akhirnya admin cuba duduk tahiyat awal atau akhir. Alhamdulillah 2 minggu jumaat guna teknik tersebut agak berkesan dah hilang ngantuk.

Jadi tuan-tuan cubalah. Semoga Berjaya dapat mendengar khutbah dengan sempurna dan solat pun sempurna inshaAllah..Amin.

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

 #daftarandalusiatawau




10 Jul 2020

SUPER RUGI - ALLAH TARIK HIDAYAH !


Semasa admin berada di UK atas urusan belajar, sebelum balik sempat solat subuh di Masjid King Cross di bahagian bawah sebuah apartment di London. Kami beberapa kali terjumpa seorang Uncle lupa dah nama, lama sudah bah ini 5 years ago.

Disini bilangnya anak-anak selepas 17 tahun ibu bapa dah tak boleh kawal (asbab undang2 disini katanya) dan dia sedih ramai anak2 muslim yang dah hilang agamanya selepas umur tersebut.

Ada sorang bapa sudah hantar anaknya belajar hafiz Quran pun hanyut selepas umur 17 tahun sebab suasana yang hidayat di sana (pergaulan bebas). Jadi Uncle tu pesan selain kita berusaha menjaga dan mendidik anak2 sebaik mungkin, amat penting kita doakan anak2 kita kekal dalam iman dan amal soleh (hidayah) sebab hanya Allah yang boleh selamatkan kita dari dugaan hidup yang amat dahsyat.

Kita di Malaysia perlu lebih bersyukur masih ada suasana agama, yang kita boleh bina dan bawa anak2 kita agar selamat dari perkara maksiat. Macam kita pergi Mekah & Madinah ada suasana ibadah kan? Semangat pergi masjid solat berjemaah 5 waktu. Tapi balik Malaysia jadi malas hahahha. Jadi suasana itu penting dan kita yang kena bina suasana yang kita inginkan.

Mudah-mudahan ini bermanfaat untuk kita semua. Gambar tu admin ambil masa solat subuh di sana sebelum bertolak ke Heathrow airpot mau balik Malaysia.

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#salamRamadhan #daftarandalusiatawau

 #tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan😊


BEG ANDALUSIA BUAT AKU YAKIN DIRI


Bila bos bagi peluang buat pembentangan dalam mesyuarat bukan mainlah aku merepek😌eh ndak ba semangat dan bersungguh.

Tapi tulah, dalam kesungguhan tu mesti ada sesuatu yang boleh boostkan tahap keyakinanku. Kalau masa di universiti dulu benda bole boost confident level time presentation sebenarnya gelang tanganπŸ˜‚

Tapi kerja ni rimas pula pakai gelang tangan. So pakailah beg sling Andalusia.

Tapi beg sling tu sebenarnya beg sling untuk orang pergi umrah. Dia bukan setakat boleh bina confident level I mau bentang depan bos. Tapi memang cantik masalahnya. Selalu berangan di pejabat pakai sling bag and beg luggage umrah Andalusia.πŸ˜‚

Bos geleng geleng kepala saja.

Bos layankan ja lah perangai staffnya. Hhahaha

Tak pa bos. Saya ambil aura dulu. InshaAllah ada rezeki naik umrah dengan Andalusia Cawangan Tawau suatu hari nanti. AminnπŸ’ž

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau

#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan


9 Jul 2020

[ BERSALAM DENGAN TYT, KETUA MENTERI LUPA ]


Ini pun kisah lama admin nak cerita best tau..2006 (14 tahun lalu)

Alkisahnya admin dilantik jadi ketua rombongan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah mewakili kontingen PETRONAS.

Memang pakai hensem gila warna tema biru macam Andalusia beb. Masa tu berarak dari Pandang Bandaran ke Wisma MUIS Kota Kinabalu sambil berselawat dan memang penat gila sebab panas hahaha.

Sampai Dewan Saadah Wisma MUIS sementara ucapan dan ceramah bolehlah tidur2 menghilangkan penat tambah kena aircond lagi mantap.

Punya siok tidur sampai pengumuman pemenang perarakan pun tidak sedar. Akhirnya diumumkan kontingen kami dapat no.3, admin tak dengar sebab khuyuk tidur zzzzzzz, kawan cepat2 kasi bangun dan tolak naik pentas ambil hadiah dengan muka tekejut baru bangun.

Apa lagi nervous gila wei…naik pentas salam TYT ambil hadiah terus turun lupa yang sebelah TYT ada Ketua Menteri Sabah masa tu Dato’ Musa Aman. Admin tak salam langsung wei, terus turun pentas. Sampai bawah baru perasaan. Hahahaha

Mesti Dato’ Musa ingat budak ni dah kenapa? sombong sangat tak salam aku?..hahahah

Kalau Dato baca story saya mohon maaf, admin tak bersalah, ni semu salah kawan admin yg kejutkan admin yang dah sampai di langit ke-7 pastu tolak naik pentas.

 Moral of the story

Apa pun Nabi Muhammad S.A.W contoh terbaik dalam hidup dan amat mengasihi kita. Tidakkah kita RINDU padanya.. Luangkan masa dan usaha untuk pergi menziarahi Baginda di Madinah Al Munawwarah. Admin doakan yang baca story ni agar dipilih Allah ke sana. Amin



8 Jul 2020

RM2K BEKAL 3 TAHUN DI ‘U’


Emak kata kalau DUIT ni habis kau balik lah rumah nak, itu saja yang Mama mampu....itu kata2 akhir Mama sebelum aku melangkah masuk ke Universiti

Dulu aku fikir belajar sampai U dapat ijazah balik boleh bantu ibu bapa keluarga, hidup tak seindah mimpi...Tahun pertama agak perit tiada pinjaman, tiada biasiswa yang ada duit Mama saja

Bolehkah habiskan belajar dengan duit ni? cukup kah? yuran mahal, kalau tak habis balik kampung mesti kena kutuk wei & Mama pasti kecewa.

Rupanya dalam diam Mama bekalkan aku dengan DOAnya yang mustajab. Ini lah yang paling POWER dan mudahkan semua urusan aku belajar. Masuk tahun ke-2 Allah rezekikan aku dengan 3 biasiswa/pinjaman  serentak Allahu Akhbar, berkat Doa Mama. Tawaran PETRONAS, JPA & PTPTN. Pastinya pilih biasiswa PETRONAS sebab paling lumayan...hehehe

Alhamdulillah dapat habiskan belajar dengan terbaik dan sungguh Allah mudahkan siap kirim bulan2 untuk Mama & adik beradik belanja.

Jika kita berhajat sesuatu kita sering lupa Ibubapa kita adalah asbab paling kuat yang boleh mendoakan kejayaan kita. Hargai ibu bapa, minta restu mereka, hormati mereka, mohon mereka doakan kebaikan kita.

Jika tuan/puan ada niat untuk menunaikan Umrah mohonlah doa dari ibubapa dan jangan lupa bawa lah mereka sekali menunaikan umrah.

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau

 #tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan😊



Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis