17 Jul 2020

MUTAWIF BERPERIBADI DAN BERILMU

Assalam, saya ingin kongsi pengalaman yang saya lalui, yang saya teliti dan yang saya nilai hanya saya sekadar pengetahuan bersama. Pengalaman bukanlah sesuatu yang dipelajari seperti di sekolah atau dikursuskan, ia bukan juga bersifat akademik dan teori semata, tetapi ia adalah apa yang kita rasai, bagaimana manis dan pahitnya, bagaimana susah dan senangnya, seronoknya  mencabarnya.

Saya sudah melalui banyak agen Umrah ke Tanah Haram, dan silih tertampil Mutawif yang mengiring dan membimbing. Terkini saya Umrah melalui Andalusia, Mutawif yang mengiring kami dari Andalusia (saya tak sebut nama kecuali diminta oleh Andalusia) adalah Mutawif yang terbaik. Kenapa yang terbaik ?

Beliau bukan saja berilmu tentang membimbing Umrah, tapi mempunyai sikap peribadi yang baik dan cemerlang, iaitu :

i) Bertanggungjawab;

ii) Mementingkan dan mendahulukan penyelesaian masalah dan keperluan jemaah, walaupun beliau dalam keadaan sibuk;

iii) Mementingkan kerja berpasukan seperti berbincang secara konsensus jika ada cadangan yang diajukan oleh individu jemaah;

iv) SABAR dan Bersifat TENANG menangani KARENAH jemaah;

v) Bijak merancang dan mengurus dan membuat keputusan;

vi) Tidak membelakangi jemaah jika membuat keputusan yang dicadang oleh mana mana individu jemaah;

vii) Bersifat toleransi;

viii) Berbicara dengan jemaah melalui bahasa yang baik yang tidak menyakitkan hati jemaah;

ix) Suka memaafkan, menampilkan wajah yang sentiasa manis dan sukar memperlihatkan kemuraman wajah dalam situasi apa pun yang di hadapi;

x) Menepati janji

Apa yang saya huraikan di atas lebih menjurus kepada perincian akhlak, dan SEBENARNYA akhlak Mutawif yang harus didahulukan, kerana Mutawif itu adalah AMBASADOR kepada setiap mewakili kepada Agen Umrah.

Jika seorang Mutawif itu berilmu seluas lautan, fasih berbahasa Arab dengan teratur dan lancar, namun akhlaknya kurang memuaskan, maka keadaan ini menjejaskan kepada prestasi dan maruah agen Umrah.Lihat lah, betapa Rasulullah SAW dalam menyebar agama Islam, Baginda mendahulukan akhlak yang sangat manis sekali. Oleh itu, rumusan saya, setiap wang yang dibelanjakan oleh individu jemaah Umrah, akan berbaloi dengan semaksimum kepuasan yang cuba di capai. Saya hanya berkongsi pengalaman di ruang ini, tidak ada pun niat yang lain.

Tahniah kepada Andalusia, kerana dapat melahirkan Mutawif yang berperibadi dan berilmu cemerlang, mutawif yang membimbing jemaah saya dan isteri saya serta yang lain dalam saya menyempurnakan Umrah saya kali ke 5 melalui pelbagai agen, dan Umrah yang ke-5 itulah yang sangat manis bagi saya, ALHAMDULILLAH, ALLAH yang memudahkan rezeki kita.

PERKONGSIAN

DR. CHACHO BIN HJ.BULAH

UMRAH ZIARAH CAIRO ISKANDARIAH 21/11-6/12/2019

ANDALUSIA TAWAU SABAH



Tiada ulasan:

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis