Semasa admin
berada di UK atas urusan belajar, sebelum balik sempat solat subuh di Masjid King Cross di bahagian bawah sebuah apartment di London. Kami beberapa kali terjumpa seorang Uncle lupa dah
nama, lama sudah bah ini 5 years ago.
Disini
bilangnya anak-anak selepas 17 tahun ibu bapa dah tak boleh kawal (asbab
undang2 disini katanya) dan dia sedih ramai anak2 muslim yang dah hilang
agamanya selepas umur tersebut.
Ada sorang bapa sudah hantar anaknya belajar hafiz Quran pun hanyut selepas umur 17 tahun sebab suasana yang hidayat di sana (pergaulan bebas). Jadi Uncle tu pesan selain kita berusaha menjaga dan mendidik anak2 sebaik mungkin, amat penting kita doakan anak2 kita kekal dalam iman dan amal soleh (hidayah) sebab hanya Allah yang boleh selamatkan kita dari dugaan hidup yang amat dahsyat.
Kita di
Malaysia perlu lebih bersyukur masih ada suasana agama, yang kita boleh bina
dan bawa anak2 kita agar selamat dari perkara maksiat. Macam kita pergi Mekah
& Madinah ada suasana ibadah kan? Semangat pergi masjid solat berjemaah 5
waktu. Tapi balik Malaysia jadi malas hahahha. Jadi suasana itu penting dan
kita yang kena bina suasana yang kita inginkan.
Mudah-mudahan
ini bermanfaat untuk kita semua. Gambar tu admin ambil masa solat subuh di sana
sebelum bertolak ke Heathrow airpot mau balik Malaysia.
Nak admin share lagi jom sertai
https://t.me/tawauakupergiumrah
https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share
#salamRamadhan #daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan