6 Jan 2023

MAKNA TAHALLUL

 MAKNA TAHALLUL


Tahallul dari segi bahasa ialah menjadi boleh atau dihalalkan. Menurut syarak pula perkataan tahallul bermaksud membebaskan diri daripada larangan yang terdapat semasa dalam waktu ihram.

Dalam ibadah haji dan umrah, perbuatan tahallul dijadikan salah satu dari rukun dalam kedua-dua ibadah tersebut. Dalam erti kata lain, tidak sempurnalah ibadah haji atau umrah seorang jemah haji jika tidak melaksanakan rukun tahallul ini.

Tahallul bagi ibadah umrah ialah dimana para jemaah melakukan cukur atau bergunting selepas selesainya melaksanakan rukun saei’ di dalam masjid al-haram itu sendiri. Justeru selepas selesainya bergunting atau bercukur ini, para jemaah bebas daripada larangan yang terdapat sepanjang tempoh berihram.

Talallul bagi ibadah haji pula dibahagikan kepada dua iaitu talallul awwal dan tahallul thani.

Pertama, tahallul awwal boleh dilaksanakan oleh jemaah haji apabila telah melaksanakan dua daripada tiga perkara serti dibawah.

Melontar jamrah al-kubra

Tawaf rukun dan saie’ (jika saie’ masih belum dilaksanakan)

Bercukur atau bergunting

Dalam melaksanakan talallul awwal, jemaah haji diberi pilihan untuk melakukan mana-mana perbuatan di atas secara mengikut turutan ataupun sebaliknya.

Kedua, tahallul thani ialah bila mana jemaah haji berjaya melaksanakan ketiga-tiga perkara yang disebutkan seperti di atas.

Allah SWT berfirman:

لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ

Maksudnya: “Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haram - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ).”

(Surah al-Fath : 27)

Kesimpulan

Tahallul ialah pembebasan ataupun pelepasan ke atas setiap jemaah haji yang melakukan ihram. Dengan bertahallul, setiap larangan yang terdapat selepas pelaksanaan ihram dapat dibuat ataupun luputlah larangan tersebut seperti sediakala (sebelum ihram).

Dalam ibadah haji dan umrah, terdapat garisan-garisan yang menjadi perbezaan di antara tahallul haji dan umrah. Tahallul haji yang sempurna (tahallul thani) boleh dicapai apabila selesai melaksanakan ketiga-tiga perkara yang telah dinyatakan di atas. Manakala tahallul bagi umrah terjadi apabila melaksanakan bergunting ataupun bercukur rambut bagi mereka yang melaksanakan umrah. Justeru, setiap jemaah haji dan umrah harus tahu dan mengambil cakna berkenaan hal-hal tahallul ini kerana dibimbangi jika tidak diketahui dengan betul maka kita akan tergolong dari golongan yang akan dikenakan denda (dam) kerana melanggar batasan-batasan yang telah ditetapkan.

Ibunda tercinta kembali kepada Pencipta-Nya





بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ.

 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ  إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ  اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ  صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ   

    





Penutup 2022, kami sekeluarga dirahmati dua kebahagiaan dan diuji dengan dua bentuk kesedihan. Allah Maha Baik, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Bahagianya kami kerana usai melaksanakan ibadah umrah bersama Bonda tercinta dan selamat kembali ke tanah air. Berita sedihnya apabila terpaksa melangkah meninggalkan Haramain. (Semoga dikurniakan rezeki untuk kembali ke sana lagi.) 

Allah jua Maha Mengatur kerana Dia jua yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk semua hambaNya. Dalam redha, dalam pasrah, dalam sedih, kami akur waktunya telah tiba Ibunda tercinta kembali kepada Penciptanya. 30 Disember 2022, subuh Jumaat yang barokah, penamat kisah bagi riwayat Sellod Bt Topboh @ Safiah Bt Abdul Rahman, wanita yang telah berjuang melahirkan dan membesarkan kami sembilan beradik dengan penuh kasih sayang. 

   Mama disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam tidur, beberapa jam sebelum pesawat mendarat di tanah air. Penerbangan paling pilu yang pernah aku lalui. Dengan iringan zikrullah dari corong audio pesawat, dan bacaan yassin daripada kami adik-beradik dan jemaah yang lain. 

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, urusan jenazah berjalan lancar. Jenazah Mama dipindahkan daripada pesawat ke Hospital Serdang. Allah atur segalanya, kami adik-beradik termasuk adik bungsu yang fly terus dari LD-KL, berpeluang bersama-sama memandikan jenazah Mama, mengkafankan dan solat jenazah bersama. Adik lelaki sempat memberitahu kami, bahawa sebelum Mama tidur dan lena buat selama-lamanya, dia sempat mengajarkan Mama kalimah syahadah, dan arwah sebut dengan jelas. Ya Allah betapa agungnya kasih sayangMu. 


    Kami rafakkan rasa syukur kepadaNya kerana dipertemukan dengan TA yang sangat dedikasi. Pihak Andalusia membantu pengurusan jenazah ibu kami sejak awal sehingga selesai segalanya. Semoga Allah jua yang membalas segala kebàikan hambaNya.


   Semoga 'Kepulangan' Mama mendapat rahmat dan dimuliakan di sisiNya. Semoga Allah mengampunkan segala dosa Mama, menerima dan redha akan segala amal ibadah Mama, dan ditempatkan dalam kalangan para solehin. Aamiin.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

“Ya Allah,  ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Kredit : FB Nuryati Kangan

16 Dis 2022


 MIQAT UMRAH

Miqat dari segi bahasa bermaksud waktu, manakala dari segi istilah bermaksud ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah. Secara amnya, berniat ihram di Miqat merupakan salah satu perkara wajib haji dan umrah. Miqat terbahagi kepada dua iaitu Miqat Zamani (ketentuan masa) dan Miqat Maqani (ketentuan tempat).

Miqat Zamani (Masa)

Dalam ibadah Umrah, Miqat Zamani ialah sepanjang tahun iaitu selain daripada masa seseorang berihram haji. Manakala, untuk ibadah haji pula, Miqat Zamani bermula dari hari pertama bulan Syawal hingga terbit fajar hari ke-10 bulan Zulhijjah. Tempoh ini juga dikenali sebagai bulan-bulan haji.

Miqat Maqani (Tempat)

Miqat Maqani pula merupakan sempadan tempat terakhir bagi seseorang jemaah dari luar kota Mekah untuk berniat ihram umrah atau haji. Lokasi ini biasanya ditentukan mengikut arah jemaah umrah atau haji datang dan masuk ke Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah. 

Antara tempat-tempat bermiqat bagi ihram haji atau umrah yang telah ditetapkan ialah:

1. Yalamlam

Lokasi ini untuk jemaah yang datang dari arah Yaman dan Asia seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan negara-negara Asia lain. Pada satu ketika dahulu, jemaah Malaysia yang menunaikan haji atau umrah menaiki kapal laut mengenakan pakaian ihram dan berniat ihram di atas kapal apabila melalui lokasi ini.

2. Bir Ali atau Zul Hulaifah

Lokasi miqat ini terletak kira-kira 12 km dari Madinah atau kira-kira 450 km dari Mekah. Ia merupakan lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Madinah dengan menaiki bas, kereta dan sebagainya.

3. Al-Juhfah

Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.

4. Zatu Irqin

Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Iraq dan sama arah dengannya.

5. Qarnul Manazil

Bagi jemaah yang datang dari arah Najd, Kuwait dan jemaah Malaysia dan Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapal terbang.

#umrahandalusia

#daftarandalusiatawau

#tawau

#umrah

9 Dis 2022

ULASAN JEMAAH UMRAH ANDALUSIA TAWAU 2022 & 2023


 
Alhamdulillah rombongan jemaah ayah bonda kami telah selamat sampai semalam ke Malaysia jam 1am +- .. Terimah kasih en.Asis @asistahang dan Andalusia travel @andalusia_tawau atas jasa baik dalam urusan umrah ayah bonda kami. Semoga Allah memberikan rezeki menjemput kami semua ke sana. Smoga kita bersua dan berurusan umrah laga. Insyallah. Assalamualaikum.

Kredit : Puan Rohaimah Husin, Lahad Datu, Sabah


Assalamualaikum Dan slmt pagi. Saya HAINIH Ujang Hainih& isteri SINAH Sinah Misbah jemaah Umrah Transit Muscat 25/10/22-05/11/22 pada kesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada seluruh warga kerja ANDALUSIA yg telah merialisasikan perjlnan Umrah kami pergi Dan balik dengan selamat.

Utk pengetahuan semuanya DILUAR JANGKAAN saya semememangnya perkhidmatan ANDALUSIA bagi Saya adalah yg TERBAIK Dan AMAT MEMUASKAN hati.

Sekali lagi saya Dan isteri ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH pada ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD khususnya pada EN ASIS TAHANG yg memang sentiasa meberikan bantuan Dan khidmat pada saya Dan isteri dari awal hingga akhir urusan UMRAH kami.

Terima kasih ANDALUSIA 👍👍👍

Kredit : Tuan Hainih, Jemaah Umrah Andalusia Tawau, Sabah


Alhamdulillah bertuah betul kami sebab pilih Andalusia. Di kala ramai jemaah lain terpaksa tangguhkan perjalanan tapi jemaah2 Andalusia antara yang Allah pilih umtuk teruskan perjalanan asbab pengurusan yg terbaik. Semoga seluruh warga Andalusia dalam lindungan & diberkati selalu 🤲🏻

Puan Estrella, Jemaah Umrah Andalusia Tawau, Sabah



Assalamualaikum Dan slmt pagi.  

Saya Arib Amat @Arib Rmh & isteri Sofiah Ibrahim @Sofiah Isteri Abg Arib jemaah Umrah MAS Safwa 27/10/22-07/11/22..Ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada seluruh warga kerja ANDALUSIA yg telah menyempurnakan Umrah kami pergi Dan balik dengan selamat.  

Alhmdulillah  Komitmen dan perkhidmatan ANDALUSIA kmi anggap yg TERBAIK Dan AMAT MEMUASKAN hati. Sekali lagi kmi mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH pada ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD khususnya pada Sdra ASIS TAHANG yg memang sentiasa meberikan bantuan Dan khidmat pada saya Dan isteri dari awal hingga akhir urusan UMRAH kami.     Terima kasih ANDALUSIA👍🏻👍🏻🤲🏻🤲🏻

Tuan Arib Amat, Jemaah Umrah Andalusia Tawau, Sabah


Alhamdulillah selamat sampai di Tawau....terima kasih team Andalusia En Asis caw tawau.....yg telah menguruskan perjalanan umrah saya dan mak saya...Team andalusia mmg terbaik mutawwif Ust Wan Abd Rahman dn mutawwif dalam group  semua baik2 belaka perjalanan umrah lancar seperti yg di rancang.

Alhamdulillah pada kesemua jemah Andalusia yg baik hati team 15/11 anda semua mmg terbaik...syabas dan terima kasih banyak2 kerana banyak membantu...kenangan ini terlalu manis buat saya dan ibu...inshaAllah ada rezeki dan umur panjang kita akn berjumpa lagi...Aamiin

Tuan Mohd Nurung, Jemaah Umrah Tawau


Alhamdulillah selamat sampai ke bumi tawau terima kasih Andalusia dgn Pakej yang terbaik👍👍👍

Puan Aminah, Jemaah Umrah Andalusia Tawau





Assalamualaikum ustaz Asis

Sy kak Agnes, mewakili saudara yg lain (Kak Asiah, Kak Maria dan Norafizah) mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Asis dan team di syarikat Anadalusia travel Tawau kerana telah mengurus umrah kami dengan baik dan lancar sekali Alhamdulillah. 

InsyAllah mudah mudahan kami akan menjadi Tetamu Allah lagi, Amiin🤲

Puan Agnes, Jemaah Umrah Andalusia Tawau, Sabah




Assalamualaikum. 

Syukur alhamdulillah tuan. kami selamat sampai sudah di bumi Tawau. terima kasih bantuan pihak tuan. syukur semua urusan kami di permudahkn Allah.

Tuan Zakri Aziz, Jemaah Umrah Ziarah Amman Baitulmuqaddis, Tawau, Sabah



Saya mewakili seluruh keluarga mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada diri ustaz secara peribadi dan kepada seluruh pihak ANDALUSIA yg telah mengatur dan memudahkan segala urusan dan keperluan kami. Syukur Alhamdulillah…..kami tidak salah pilih

Ustaz dan ANDALUSIA 👍👍👍👍👍

Puan Norisah Kangan, Jemaah Umrah Andalusia Tawau





Assalammualaikum Tuan,

Maaf baru dapat text, Alhamdulillah saya dan ayah selamat pergi dan balik menunaikan umrah ,Terima Kasih kepada pihak Tuan &  Andalusia Cawangan tawau khasnya yang menguruskan perjalanan kami walaupun   bermastautin di Johor,.di samping memberi sokongan nasihat dan cadangan yang terbaik sepanjang mengerjakan umrah.kami benar benar selesa dan gembira sepanjang berada di sana,mutawif yang berpengalaman ,

Hotel yang selesa paling penting kami dapat beribadah dengan selesa,akhir kata ,semoga Allah memberkati segala usaha  dan kesunguhan Tuan dan Staf di sana.

Tuan Norhadiman, Jemaah Andalusia Tawau dari Johor Bharu



Assalamualaikum, alhamdulillah kami selamat sampai Tawau sudah tadi pagi.. Bagi pihak mama dan adik saya, saya ucapkan terima kasih banyak kepada pihak Andalusia cawangan Tawau dan Encik Asis kerana banyak membantu dalam mempermudahkan dan melancarkan urusan ibadah kami sebelum dan sepanjang berada di dua kota suci, Madinah dan Mekkah.. 

Alhamdulillah syukur, semoga Allah jemput lagi untuk jadi tetamuNya pada tahun hadapan dan tahun" seterusnya.. Aaminnn.. In sha allah 🤲

Puan Suhaini Arif, Jemaah Umrah Andalusia Tawau



Assalamualaikum wbt, saya Samsi dan sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan @⁨Asis⁩ dan pengurusan andalusia kerana banyak membantu dan memudahkan urusan kami menunaikan umrah dan ziarah. Alhamdulillah, saya dan keluarga selamat sampai di Tawau pada petang tadi. Semoga ada rezeki lagi untuk kami pergi umrah bersama Andalusia travel and tour.

Tuan Samsi Jemaah Andalusia Tawau April 2023


Assalamualaikum ustaz ..saya makcik misniah dan dr pihak haji jumayya ingin mengucapkan ribuan terima kepada ustaz dan pihak pengurusan andalusia cawangan tawau atas aturan dan pengurusan untuk kami menunaikan Umrah .. Alhamdulillah kami telah kembali ke Malaysia dengan selamat pada 2/5/23 ..untuk saya makcik misniah telah sampai di selangor dan menetap dengan anak2 dan hajah jumayya pula telah sampai d tawau .. sekali lagi kami ucap kan ribuan terima kasih ..semoga segala urusan pihak Andalusia cawangan tawau di permudahkan Allah .. aamiin

Hajah Jumayyah & Puan Misniah Jemaah Umrah Andalusia Tawau Pakej 22 Hari Ramadhan Syawal



Assalamualaikum alhamdulillah telah sampai ke bumi Tawau...tq tuan asis dan team andalusia telah menguruskan segala perjalanan dgn baik

Puan Sapariah jemaah umrah Andalusia Tawau, Pakej Syawal Aidilfitri 


Assalamualaikum , Alhamdulillah smp Malaysia semalam 10.30am. Stay KL dulu 1/9 baru balik Tawau. Terima kasih Andalusia yg telah menyantuni kami selama 13 hari , terbaik in shaa allah kalau ada rezeki akan memilih Andalusia lagi
Puan Mariama Tadaros, Jemaah Andalusia Tawau


PERKONGSIAN JEMAAH UMRAH ANDALUSIA TAWAU 2022



Saya nak share sikit gambar2 kenangan umrah dgn pakej TA Andalusia Tawau (KL-Jeddah)..group kami seramai 42 jemaah pergi dengan TA Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, guna visa Umrah, pakej pada 16/11 - 27/11 dgn suami, Mertua dan adik ipar serta isteri ke tanah suci dgn menaiki Saudi Airline....


(Alhamdulillah mmg kami dpt jemputan ke tanah suci mengerjakan umrah & ziarah rasulullah bersama2)..Di Madinah kami stay di Hotel Maden(150m ke Masjid Nabawi) & Mekah di Hotel Safwah Royale Orchid (50m ke Masjidil Haram)....Alhamdulillah..Jemaah wanita grup kami dpt masuk raudhah sekali guna muasasah (kecuali yg uzur & tak sihat) tp melalui Apps Nusuk tak dapat tembus sbb penuh ….


.selain aktiviti ibadah & ziarah, TA pun ada organise tahlil, bacaan yasin & ceramah (sebelum mengerjakan umrah)..kami balik Malaysia melalui airport Jeddah..Alhamdulillah setiap jemaah dpt bawa balik air zam2 5 litre setiap sorg..air zam2 include sekali dlm pakej..pengalaman umrah pertama ni sy sangat berpuas hati dgn servis & layanan dr pihak TA, bersama mutawif dr Andalusia..




Alhamdulillah semuanya terbaik dengan izin Allah.. Alhamdulillah....semoga Allah swt jemput lagi kami sekeluarga bersama mak & mak mertua serta adik beradik lain di suatu masa nanti..walaupun dah sudah 2 minggu pulang ke tanah air tetapi hati ini masih tertinggal dibumi para anbiya'..didoakan kita semua dijemput Allah lagi buat kesekian kalinya..

#sekadarberkongsipengalaman

MADINAH AL MUNAWARAH

Kredit FB June Mh

7 Jun 2022

 PENGERTIAN IBADAH DAN SEJARAH SAIE


 

Saie ialah perbuatan berlari-lari anak bagi orang yang mengerjakan umrah atau haji dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali.

Saie bermula dengan mengambil Ibrah perbuatan Siti Hajar yang berlari sebanyak 7 kali ulang alik dari Safa ke Marwah dan Marwah ke Safa semula.

Siti Hajar berlari mencari air untuk anaknya Ismail dan dirinya sendiri yang dalam kehausan.

Mengapa sampai tujuh kali? Mengapa seorang ibu yang ditinggalkan dengan bayi kecilnya itu seolah-olah ‘didera’ oleh Allah?

Sedangkan cinta Allah kepada hambaNya melebihi cinta Siti Hajar kepada anaknya Ismail? Mengapa bahasa cinta Allah itu begitu perit dan sakit sekali?

Allah sedang mendidik Siti Hajar agar hatinya kosong daripada sebarang pengharapan kepada makhluk. Pada larian pertama, kedua, ketiga sampailah ketujuh , Siti Hajar masih punya harapan.

Matanya merenung jauh saujana mata memandang, kalau kalau ada kafilah dagang yang singgah atau para musafir yang lalu. Dengan itu dapatlah dia memohon bantuan.

Namun, harapannya hancur berkecai. Bukan sahaja bantuan yang diharapkannya tidak tiba, malah dirinya sendiri sudah kehabisan tenaga.

Aku dan sesiapa sahaja yang pernah melakukan saie pasti dapat merasakan keletihan itu. Sedangkan kita yang berlari dalam ruang yang telah berhawa dingin, lantai yang sejuk dan ada bekalan air zaman zam jika kehausan itu pun terasa kelelahannya.

Apabila ujian sudah sampai ke kemuncaknya, maka ketika itulah bantuan Allah semakin dekat. Ketika segala daya dan usaha sudah dirasakan tidak ada, maka ketika itulah kemudahan sudah hampir tiba.

Allah menguji untuk mendidik hati kita. Hati kita yang keras dan degil hanya tunduk apabila ia dihancurkan oleh pukulan ujian. Tidak ada jalan yang lain.

Antara kejahatan hati ialah tidak mahu bergantung kepada Allah. Hati terlalu bersandar pada kekuatan diri atau masih berharap kepada dunia dan manusia. Hati terlalu berharap dan cinta kepada sesuatu selain Allah.

Selagi diri masih kuat, selagi yang menjadi sandaran masih kukuh, selagi yang dicintai masih memuja...maka hati itu akan terus alpa.

Hati yang begitu ada kalanya dimiliki oleh orang yang bersolat, berpuasa, berzakat dan bersedekah. Ibadah-ibadah lahiriah masih tidak mampu menembusi hati.

Sifat mazmumah yakni bergantung kepada selain Allah masih tidak dapat dilenturkan oleh ibadah-ibadah. Namun, sekiranya Allah sayang, maka dikurniakannya ujian untuk menyelamatkan pemilik hati itu.

Justeru, ujian itu dinamakan sebagai ‘mehnah’ – didikan terus daripada Allah. Ini yang dimaksudkan oleh Ibnu Ataillah, “ada pembukaan pada hatimu yang tidak akan tercapai melalui ibadah seperti solat dan sedekah tetapi oleh datangnya ujian dan musibah.”

Apabila perit ujian sudah begitu menghimpit, barulah diri yang derhaka dan berdosa itu kembali kepada TuhanNya.

Itulah yang dapat aku simpulkan pada kuliah pagi oleh seorang mutawwif Jumaat ini di dewan makan hotel Haneeen Firdaus tempat aku menginap selama mengerjakan umrah di Makkah ini.

Masih terngiang-ngiang katanya, “ bantuan Allah kepada Siti Hajar tiba saat putus segala pengharapannya kepada manusia.”

Ya, saat anaknya menangis kelaparan dan kehausan, sedangkan dirinya sendiri masih dalam keletihan bermusafir dari Palestin ke Makkah, ditambah pula pedih kesedihan ditinggalkan oleh suaminya masih berbekas... maka dialah wanita yang paling teruji di dunia pada waktu itu.

Namun, cinta kepada anak, naluri kasih seorang ibu memaksa dirinya berusaha. Dia pun berlari...

Dari bukit Safa ke Marwah, dipandangnya ke seluruh dimensi, akan adakah kafilah yang lalu, buat dia mohon simpati?

Tidak ada. Lalu terdengar tangisan bayinya Ismail, dia berkejar semula ke Marwah. Di jenguknya seluruh ceruk dan pelusuk, masih tebal harapannya pada makhluk. Kecewa. Tidak ada siapa pun di sana...

Dia beralih semula ke Safa, mana tahu ada sesiapa yang boleh diharap di sana. Dia berlari lagi.. tetapi tenaganya semakin kurang, kakinya semakin lemah, walaupun hatinya masih gagah.

Seketika di Safa, tidak ada apa yang boleh diharap lalu dia berlari semula ke Marwah. Begitulah berulang alik selama tujuh kali. Tujuh kali yang hampa. Tujuh kali yang nestapa.

Akhirnya, dia letih untuk terus berharap. Kakinya membengkak, hatinya terhenyak. Tiada harapan lagi. Suami, manusia dan lain lainnya sudah tidak lagi jadi sandaran.

Pada ketika itu hatinya tertumpu sepenuhnya hanya kepada dan untuk Allah. Hanya Allah.

“Apa yang terjadi pada diri Siti Hajar pada saat yang sangat kritikal itu? , “ tanya Sang Mutawwif. Dalam diam aku menjawab, “hatinya sedang diproses. Di keluarkan semua makhluk, di masukkan ke dalamnya hanya Khalik. 

“Kosong hatinya daripada selain Allah.

Serentak dengan itu terhamburlah segala kesedihan dan ketakutannya. Hatinya menjadi seperti hati semua wali Allah, yakni tidak ada rasa takut dan dukacita tentang hal-hal dunia...”

Penjelasan itu meresap ke dalam hati ku. Sungguh pada ketika itu hilanglah segala resah dan desah hati Siti Hajar akibat persaingan dengan madunya yang lebih jelita Siti Sarah. Hilanglah kesedihan jiwanya akibat perpisahan dengan suaminya Nabi Ibrahim AS.

Benarlah, bila Allah ada di hati kita akan memiliki segala galanya. Tetapi bila Allah tiada di hati kita akan hilang segala galanya.

Begitulah perjalanan hati ini menuju Allah. Yang menghalangnya ialah hati kita sendiri. Hati yang masih tebal dengan cinta dunia dan manusia.

Hati yang begitu hanya layak menjadi hamba yang hina kepada hawa nafsu. Hati yang sentiasa terpedaya dengan hasutan syaitan. Hati yang menggenggam cinta dunia dan manusia.

Itulah hati yang menjadi milikku sekarang. Di dalamnya bersarang sifat mazmumah. Tahu cinta Allah itu cinta yang utama, tetapi terus tega melayan kehendak nafsu yang hina. Mujahadah selalu kalah. Terus leka menangguhkan ibadah. Sering ada alasan untuk berhelah. Nanti, tunggu, esok masih ada...dan diri terus menerus menumpuk dosa. Tahu mati boleh datang tiba tiba, tetapi sikap dan perlakuan menunjukkan seolah olah diri tidak akan mati selamanya!

Namun, Allah sayang, dan masih tidak berpaling. DiberiNya ujian untuk kita kembali. Mana kecintaan kita? Mana kesayangan kita? Maka dari arah itulah datang ujian ujiannya. Tidak sekali tetapi berkali kali. Allah akan berterusan menguji kerana Allah tidak jemu menyayangi.

Makkah adalah medan ujian sebuah keluarga. Haji mahupun umrah berlatarkan ujian yang menimpa sebuah keluarga.

Ujian yang menimpa Nabi Ibrahim, seorang suami dan bapa. Ujian yang menimpa Siti Hajat, seorang isteri dan ibu. Dan ujian yang menimpa Nabi Ismail seorang anak.

Daripada ujian-ujian itulah datangnya rukun- rukun dalam ibadah haji dan umrah. Tawaf, Saie, melontar jamrah dan Qurban semuanya bermula dengan perintah Allah kepada mereka bertiga.

Kredit: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi



 

25 Jan 2022

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗞𝗔𝗛



Sudah ada kedengaran jemaah tidak mahu ke Tanah Suci Makkah, kerana takut Omicron, Deltacron dan lain lain cron. 

Padahal kerajaan Arab Saudi sudah benarkan orang luar datang ke negaranya. 

Kerajaan Malaysia pun dijangka membenarkan operasi umrah pertengahan bulan February nanti. 

Pada hemat saya, buat apa hendak takut dengan Omicron ? 

Kita kena terima hakikat yang kita kena hidup dengan makhluk ini. 

Hendak hapuskan makluk ini seolah hendak hapuskan penyakit batuk dan selsema dari bumi ALLAH. 

Mustahil !

Sebab ALLAH hantar demam, batuk dan selsema untuk menguji hamba-hambaNYA. 

Samalah macam Covid.

Kalau dulu jemaah haji dan umrah balik dari Makkah dapat batuk, demam dan selsema adalah 'NORMAL'

Sekarang, 

Jemaah haji atau umrah balik dari Makkah disahkan positif juga adalah NORMAL.

Jadi usah risau dengan Covid ini. 

Yang penting kita jaga SOP. 

Jangankan di Makkah, bahkan di tempat kita,  kalau hendak kena jangkitan, kita akan kena juga.

Tuan puan yang baru balik dari Makkah, jika dengar ada adik-beradik, saudara-mara dan sahabat-sahabat yang mahu mengerjakan umrah, beritahu mereka jangan takut pergi ke sana. 

Pergilah..

Jangan tangguhkan niat suci itu kerana Covid. 

Hendak tunggu Covid terhapus di muka bumi  baru hendak berangkat ke sana mustahil. 

Makhluk ini sudah ada di sekeliling kita. 

Suka atau tidak, kita kena hidup dengan mereka. 

Wallahu a’lam.

Kredit : Ust Hishamuddin Mansor.


 

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis