8 Jul 2020

[ 9 TANDA ANDA SUPER MATANG ]

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk baiki diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Kongsikan bersama dengan semua๐Ÿ˜Š

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share




7 Jul 2020

HAIWAN LIAR KELUAR DARI MULUT

Haiwan apa lagi ni...hahaha haiwan yg haram tu lah. Kan biasa dengar perkataan2 tu bila orang sedang marah.

Admin ingat lagi masa lepas SPM dulu 1998 (agak lama ni bro..mcm tua betul sudah ni)..hihii...pernah bekerja di sebuah kilang kayu yang buat kerusi kayu untuk sekolah2. Rasanya Bos kilang ni dapat tender supply kerusi sekolah..sekarang semua dah pakai kerusi plastik...Nak dijadikan cerita suatu hari admin buat overtime (OT), yalah nak cari duit lebih nak sambung belajar..orang susah kan, kenalah kerja.

OT sampai 9mlm. Maklumlah malam dah ngantuk jam 9:00 tepat saja terus puch card out nak balik. Tetiba bos datang dia tengok sisa kayu tak kemas, terus naik baran...apa lagi berkeluaranlah haiwan liar dari mulut bos berkandang2 banyaknya...hahaha...tak habis lagi...dia siap bgtau OT kami malam ni tidak dibayar...Allahuakhbar....Zalim sungguh.

Pasal benda tak kemas boleh diselesaikan tak perlu nak lepaskan haiwan dalam mulut, boleh cakap baik2 tanpa memaki. benda kecil boleh settle bah...yg tak baiknya orang dah kerja OT ko tak mau bayar. Hhmmmm

Sampai skrg muka Bos tu admin tak lupa....hidup lagi Bos ni...hahah biarlah rahsia...cuma pengajaran kekadang bila kita di atas samada jadi Bos, jadi orang kaya, jadi orang berkuasa kita SERING lupa diri. Sedangkan Allah yang beri semuanya, kalau kesombongan dan kebongkakan sampai menghina orang bawahan dengan kata2 keji...satu KESALAHAN BERAT..

Kesudahannya bisnes tu lingkup dan bisnes lain bos tu pun tak menjadi...sekelip mata saja Allah boleh tarik.

Jadi jangan biarkan mulut kita memaki atau mengeji orang lain..asbab doa orang yang kita zalimi tiada tirai dia dengan Allah. Allah boleh saja balas on the spot.

Nak admin kongsi story best lagi jom join

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau

 #tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan




“BELAJAR TINGGI-TINGGI, BOLEH KEMANA?”



Apa perasaan mu bila makcik jiran sebelah rumah cakap macam tu sebaik kau baru balik kampung lepas graduate dari Universiti ?

Aku “flying kick” kang makcik ni, mulut tiada insurans langsung….dalam hati lah hahahhah

Panas wei…..mcm Goku nak Switch……………api…api

Ingatlah ALLAH itu Maha Bijaksana dan Maha Adil. ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu itu tanpa sebab. Related dengan cerita yang sebelum ini ambil positif sahut cabaran makcik bawang tu & buktikan yang kau habis graduate boleh pergi ke mana-mana…hahahaha

Dengan izin Allah aku direzekikan bekerja di ladang sawit sekitar kampung tersebut bermula dari kerani sehingga menjadi pengurus kanan. Alhamdulillah memang betul aku kemana-mana, Allah telah hantar aku ke United Kingdom, Indonesia, Filipina, Vieatnam, Thailand, Arab Saudi dan banyak lagi tempat sedangkan makcik bawang tu hanya duduk di kampung dan tak kemana-mana. Naaa ambik kau makcik! Hahahahah..Kau ada?

Nampak tak kritikan ialah emas. Jadi lepas ni kalau ada orang nak kritik patut kau gembira segembiranya sebab ALLAH nak bagi kau emas beb, “emas kehidupan”. Hahaha tapi jangan kritik balik lah, diam saja.

Gambar ni masa makan malam atas Cruise di Saigon, Vietnam.

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau
 #tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan๐Ÿ˜Š



6 Jul 2020

BELAJAR ONLINE LEBIH FLEKSIBLE?



Norma baru utk semua orang terpaksa terima bahawa dunia telah pun transform ke arah online. PKP & Covid-19 menguatkan lagi situasi ini. 

Dulu kita berat logiknya alam akhirat sebab tak nampak, namun analoginya alam maya yg tak nampak kita yakin ada dan kita sangat percaya sekarang ni.

Dulu kita sukar percaya di akhirat tangan boleh berkata-kata, menajdi saksi diakhirat nanati,  tapi skrg kita yakin jari jemari pun kuat berkata(typing...). kan kan?



Dulu nak dapat suatu benda kena keluar cari sampai dapat, skrg duduk rumah boleh order mcm2. Nak kaitkan cerita dlm syurga lagi best nak sesuat baru niat terus dapat๐Ÿ˜Š.

Apa yg penting kita terus belajar upgrade diri utk lebih baik disisi Allah mahupun disisi manusia, seterusnya memberi banyak manfaat kpd org lain.

FOKUS & KOMITED tiada yg mustahil. Rezeki tidak salah alamat tp kita tak berada di alamat tu bila rezeki nak dtg.

Belajar juga satu rezeki, semoga Allah murahkan rezeki kita semua menjejakan kaki ke tanah suci. 

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau
#tawau 
#kunak 
#lahaddatu 
#semporna 
#kalabakan


TIKET RM2K F1 GRANDSTAND, TUKAR KEPADA BERAS?






Admin nak kongsi cerita tahun 2006, 14 tahun lalu, lama dah wei. 

Admin on job training di Petronas Sabah Regional Office, Kota Kinabalu. Ada 1 program CSR petronas yg ambil sekolah angkat luar bandar nak bagi peluang anak2 murid terdedah dengan dunia semasa. Syukur sebab dapat biasiswa petronas. 

Pendek cerita 1 prog kena bawa murid2 ni ke litar sepang tengok real F1 siap dapat tiket grandstand nak beri sokongan pasukan BMW Sauber PETRONAS masa tu sekarang dah tukar ke Mercedez kan. Sungguh teruja walaupun panas hehehe.

Murid2 seramai 5 org memang budak kampung, tak pernah naik flight, tak pernah duduk hotel, tak pernah pergi jauh. Pendek kata duduk kampung sajalah..mcm admin juga budak kampung๐Ÿ˜….

Bila ada murid ni dpt tahu harga tiket grandstand RM2000.00, terus dia minta tukar kepada beras utk buat makan family. Admin rasa sebak nak nangis, apakan daya kena sponsor tak boleh nak tukar.

Pengalaman berharga tak semestinya boleh dibeli dengan duit, ada yang dapat percuma. Yang penting hargai setiap nikmat Allah yang diberikan. Udara, kesihatan nikmat besar yang sering kita lupa untuk syukuri.

Niatkan dalam diri untuk sentiasa bersyukur dan menghargai.๐Ÿ™‚๐Ÿ‘ 




5 Jul 2020

HILANG PEKRJAAN, PERGI UMRAH ?




Berdasarkan cerita sebenar Rashid (bukan nama sebenar). Rashid merupakan seorang kakitangan swasta yang bekerja dengan sangat komited dan fokus.

 Sepanjang 8 tahun bekerja dia sangat komited dengan tugas sehingga boleh membuat sales power gila bila dapat sales hampir RM500,000 hanya dalam masa sebulan membuatkan boss terkejut. 

Boss memberikan sebuah kereta syarikat untuk kegunaan harian kepada Rashid & menaikkan gaji . Alhamdulillah Rashid sangat bersyukur. Rashid membantu ibubapa dan adik beradiknya.

Rashid pun berniat untuk menunaikan umrah bersama ibu, isteri dan ibu mentua bagi menghargai jasa mereka dan berusaha menyimpan duit bagi tujuan tersebut. Komitmen Rashid agak tinggi sehingga tiada simpanan. Namun Rashid tetap membuat pendaftaran umrah dan menguatkan niatnya.

Allah uji Rashid apabila syarikat tempat dia bekerja ditamatkan kontrak secara tiba-tiba. Rashid sedih kerana niatnya untuk membawa Ibu, Isteri dan ibu mentua tidak tercapai. Rashid hilang pekerjaan.

Berkat niat murni Rashid syarikat bersetuju memberi pampasan atas kehilangan kerja. Tanpa membuang masa Rashid terus membuat bayaran penuh pakej umrah tersebut dan Alhamdulillah selamat pergi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga tercinta.

Pengajaran yang Rashid alami, jika kita ada niat yang baik, usaha yang komited, Allah pasti akan buka jalan. ''Dimana ada kemahuan, disitu ada Jalan"

Jika tuan/puan sudah pasang niat jangan kasi lama daftar terus dan mulakan usaha insyaAllah pasti Allah akan buka jalan,, AMIN 

Andalusia Tawau sedia membantu merealisasikan niat murni anda.

Sertai Tawau aku pergi Umrah telegram https://t.me/tawauakupergiumrah

juga FB group:https://www.facebook.com/groups/226765098777592/permalink/227443895376379/

—  feeling inspired.

SOLAT DI ATAS AWAN




Siapa ada pengalaman solat dalam flight? Kita geng๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡

Ini pengalaman admin sendiri masa fligh dari Heathrow, London ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Masa tu flight pukul 11pg lebih waktu London sampai KL 7pg next day. So memang kena 5 waktu dalam flight la jawabnya. Masa penerbangan actually 12 jam. Beza waktu menyebabkan masa agak panjang.

Ramai yang tak tahu bahawa ada ruang solat dalam flight MAS A380 (kapal 2 tingkat bilang mamaku๐Ÿ˜…). Ruang tu kecil 1-2 org saja boleh solat. Itu tak penting, yang penting boleh solat sempurna berdiri menghadap kiblat. 
Mcm mana nak tahu kiblat? Canggih bosku ada screen tunjuk arah kiblat jadi adjust saja arah kita berdiri.

Macam mana mau tau waktu solat? Senang saja, tanya pramugara kalau kau nak pramugari pun boleh. Pesan cakap bila masuk waktu tolong bgtau saya. Nanti dia akan bgtaulah. Zohor & asar boleh jamak. Maghrib & isyak pun jamak. Subuh jangan memang tak boleh jamak ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Ruang solat kat belakang sekali utk kelas ekonomi lah, maklumlah admin naik kelas ekonomi saja hehehe.

Jadi tuan/puan bila kita pergi Umrah naik flight A380 tak perlulah solat hormati waktu tapi kita boleh solat sempurna kat ruang tu(ada anak panah tanda saya buatkan dalam gambar). Sampai madinah atau jeddah tak perlu nak qada kalau habis waktu. Kan mudah๐Ÿ’ช๐Ÿ˜….

Nak tahu tak?
hanya Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd yg bawa jemaah umrah guna flight ni. Siap chartar flight Airbus 380 ni lagi. Hebat kan๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘.

Nak saya cerita lagi, jom join group kita org bawah ni๐Ÿ‘‡

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share 

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis