1.
Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk baiki diri
sendiri.
2.
Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat.
Tidak perlu taksub.
3.
Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan
simpan dalam hati.
4.
Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar
sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
5.
Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan
untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila
dikeji, dikutuk dan dihina orang.
6.
Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian,
kebaikan dan kehebatan orang lain.
7.
Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan
nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri,
dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.
8.
Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu
mengutamakan keperluan dari kehendak .
9.
Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati
"rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".
Antara
petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada
niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita
memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan
beramal kebajikan.
Kongsikan
bersama dengan semua😊
Nak
admin share lagi jom sertai
https://t.me/tawauakupergiumrah
https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan