5 Jul 2020

HILANG PEKRJAAN, PERGI UMRAH ?




Berdasarkan cerita sebenar Rashid (bukan nama sebenar). Rashid merupakan seorang kakitangan swasta yang bekerja dengan sangat komited dan fokus.

 Sepanjang 8 tahun bekerja dia sangat komited dengan tugas sehingga boleh membuat sales power gila bila dapat sales hampir RM500,000 hanya dalam masa sebulan membuatkan boss terkejut. 

Boss memberikan sebuah kereta syarikat untuk kegunaan harian kepada Rashid & menaikkan gaji . Alhamdulillah Rashid sangat bersyukur. Rashid membantu ibubapa dan adik beradiknya.

Rashid pun berniat untuk menunaikan umrah bersama ibu, isteri dan ibu mentua bagi menghargai jasa mereka dan berusaha menyimpan duit bagi tujuan tersebut. Komitmen Rashid agak tinggi sehingga tiada simpanan. Namun Rashid tetap membuat pendaftaran umrah dan menguatkan niatnya.

Allah uji Rashid apabila syarikat tempat dia bekerja ditamatkan kontrak secara tiba-tiba. Rashid sedih kerana niatnya untuk membawa Ibu, Isteri dan ibu mentua tidak tercapai. Rashid hilang pekerjaan.

Berkat niat murni Rashid syarikat bersetuju memberi pampasan atas kehilangan kerja. Tanpa membuang masa Rashid terus membuat bayaran penuh pakej umrah tersebut dan Alhamdulillah selamat pergi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga tercinta.

Pengajaran yang Rashid alami, jika kita ada niat yang baik, usaha yang komited, Allah pasti akan buka jalan. ''Dimana ada kemahuan, disitu ada Jalan"

Jika tuan/puan sudah pasang niat jangan kasi lama daftar terus dan mulakan usaha insyaAllah pasti Allah akan buka jalan,, AMIN 

Andalusia Tawau sedia membantu merealisasikan niat murni anda.

Sertai Tawau aku pergi Umrah telegram https://t.me/tawauakupergiumrah

juga FB group:https://www.facebook.com/groups/226765098777592/permalink/227443895376379/

—  feeling inspired.

Tiada ulasan:

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis