Perkara sebegini yang membuat jemaah lebih berhati hati dalam memiilih Travel Agensi (TA) mahupun pakej umrah.
26 Dis 2023
TA, Apa yg perlu anda tahu ?
6 Jan 2023
MAKNA TAHALLUL
MAKNA TAHALLUL
Tahallul dari segi bahasa ialah menjadi boleh atau dihalalkan. Menurut syarak pula perkataan tahallul bermaksud membebaskan diri daripada larangan yang terdapat semasa dalam waktu ihram.
Dalam ibadah haji dan umrah, perbuatan tahallul dijadikan salah satu dari rukun dalam kedua-dua ibadah tersebut. Dalam erti kata lain, tidak sempurnalah ibadah haji atau umrah seorang jemah haji jika tidak melaksanakan rukun tahallul ini.
Tahallul bagi ibadah umrah ialah dimana para jemaah melakukan cukur atau bergunting selepas selesainya melaksanakan rukun saei’ di dalam masjid al-haram itu sendiri. Justeru selepas selesainya bergunting atau bercukur ini, para jemaah bebas daripada larangan yang terdapat sepanjang tempoh berihram.
Talallul bagi ibadah haji pula dibahagikan kepada dua iaitu talallul awwal dan tahallul thani.
Pertama, tahallul awwal boleh dilaksanakan oleh jemaah haji apabila telah melaksanakan dua daripada tiga perkara serti dibawah.
Melontar jamrah al-kubra
Tawaf rukun dan saie’ (jika saie’ masih belum dilaksanakan)
Bercukur atau bergunting
Dalam melaksanakan talallul awwal, jemaah haji diberi pilihan untuk melakukan mana-mana perbuatan di atas secara mengikut turutan ataupun sebaliknya.
Kedua, tahallul thani ialah bila mana jemaah haji berjaya melaksanakan ketiga-tiga perkara yang disebutkan seperti di atas.
Allah SWT berfirman:
َูุชَุฏْุฎَُُّูู ุงْูู َุณْุฌِุฏَ ุงْูุญَุฑَุงู َ ุฅِู ุดَุงุกَ ุงَُّูููู ุขู َِِููู ู ُุญََِِّูููู ุฑُุกُูุณَُูู ْ َูู َُูุตِّุฑَِูู َูุง ุชَุฎَุงَُููู
Maksudnya: “Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haram - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ).”
(Surah al-Fath : 27)
Kesimpulan
Tahallul ialah pembebasan ataupun pelepasan ke atas setiap jemaah haji yang melakukan ihram. Dengan bertahallul, setiap larangan yang terdapat selepas pelaksanaan ihram dapat dibuat ataupun luputlah larangan tersebut seperti sediakala (sebelum ihram).
Dalam ibadah haji dan umrah, terdapat garisan-garisan yang menjadi perbezaan di antara tahallul haji dan umrah. Tahallul haji yang sempurna (tahallul thani) boleh dicapai apabila selesai melaksanakan ketiga-tiga perkara yang telah dinyatakan di atas. Manakala tahallul bagi umrah terjadi apabila melaksanakan bergunting ataupun bercukur rambut bagi mereka yang melaksanakan umrah. Justeru, setiap jemaah haji dan umrah harus tahu dan mengambil cakna berkenaan hal-hal tahallul ini kerana dibimbangi jika tidak diketahui dengan betul maka kita akan tergolong dari golongan yang akan dikenakan denda (dam) kerana melanggar batasan-batasan yang telah ditetapkan.
Ibunda tercinta kembali kepada Pencipta-Nya
ุจِุณْู
ِ ุงِّููู ุงูุฑَّุญْู
َِู ุงูุฑَّุญِูู
ِ.
ุงْูุญَู ْุฏُ ِّููู ุฑَุจِّ ุงْูุนَุงَูู َِูู ุงูุฑَّุญْู ِู ุงูุฑَّุญِูู ِ ู َِِูู َْููู ِ ุงูุฏِِّูู ุฅَِّูุงَู َูุนْุจُุฏُ ูุฅَِّูุงَู َูุณْุชَุนُِูู ุงูุฏَِูุง ุงูุตِّุฑَุงุทَ ุงูู ُุณุชَِููู َ ุตِุฑَุงุทَ ุงَّูุฐَِูู ุฃَูุนَู ุชَ ุนََِูููู ْ ุบَูุฑِ ุงูู َุบุถُูุจِ ุนََِูููู ْ َููุงَ ุงูุถَّุงَِّููู
Penutup 2022, kami sekeluarga dirahmati dua kebahagiaan dan diuji dengan dua bentuk kesedihan. Allah Maha Baik, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Bahagianya kami kerana usai melaksanakan ibadah umrah bersama Bonda tercinta dan selamat kembali ke tanah air. Berita sedihnya apabila terpaksa melangkah meninggalkan Haramain. (Semoga dikurniakan rezeki untuk kembali ke sana lagi.)
Allah jua Maha Mengatur kerana Dia jua yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk semua hambaNya. Dalam redha, dalam pasrah, dalam sedih, kami akur waktunya telah tiba Ibunda tercinta kembali kepada Penciptanya. 30 Disember 2022, subuh Jumaat yang barokah, penamat kisah bagi riwayat Sellod Bt Topboh @ Safiah Bt Abdul Rahman, wanita yang telah berjuang melahirkan dan membesarkan kami sembilan beradik dengan penuh kasih sayang.
Mama disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam tidur, beberapa jam sebelum pesawat mendarat di tanah air. Penerbangan paling pilu yang pernah aku lalui. Dengan iringan zikrullah dari corong audio pesawat, dan bacaan yassin daripada kami adik-beradik dan jemaah yang lain.
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, urusan jenazah berjalan lancar. Jenazah Mama dipindahkan daripada pesawat ke Hospital Serdang. Allah atur segalanya, kami adik-beradik termasuk adik bungsu yang fly terus dari LD-KL, berpeluang bersama-sama memandikan jenazah Mama, mengkafankan dan solat jenazah bersama. Adik lelaki sempat memberitahu kami, bahawa sebelum Mama tidur dan lena buat selama-lamanya, dia sempat mengajarkan Mama kalimah syahadah, dan arwah sebut dengan jelas. Ya Allah betapa agungnya kasih sayangMu.
Kami rafakkan rasa syukur kepadaNya kerana dipertemukan dengan TA yang sangat dedikasi. Pihak Andalusia membantu pengurusan jenazah ibu kami sejak awal sehingga selesai segalanya. Semoga Allah jua yang membalas segala kebร ikan hambaNya.
Semoga 'Kepulangan' Mama mendapat rahmat dan dimuliakan di sisiNya. Semoga Allah mengampunkan segala dosa Mama, menerima dan redha akan segala amal ibadah Mama, dan ditempatkan dalam kalangan para solehin. Aamiin.
ุงََُّูููู َّ ุงุบِْูุฑََْููุง ุฐُُْููุจََูุง ََِูููุงِูุฏَِْููุง َูุงุฑْุญَู ُْูู ْ َูู َุง ุฑَุจََّْููุง ุตِุบَุงุฑًุง
“Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”
Kredit : FB Nuryati Kangan
16 Dis 2022
MIQAT UMRAH
Miqat dari segi bahasa bermaksud waktu, manakala dari segi istilah bermaksud ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah. Secara amnya, berniat ihram di Miqat merupakan salah satu perkara wajib haji dan umrah. Miqat terbahagi kepada dua iaitu Miqat Zamani (ketentuan masa) dan Miqat Maqani (ketentuan tempat).
Miqat Zamani (Masa)
Dalam ibadah Umrah, Miqat Zamani ialah sepanjang tahun iaitu selain daripada masa seseorang berihram haji. Manakala, untuk ibadah haji pula, Miqat Zamani bermula dari hari pertama bulan Syawal hingga terbit fajar hari ke-10 bulan Zulhijjah. Tempoh ini juga dikenali sebagai bulan-bulan haji.
Miqat Maqani (Tempat)
Miqat Maqani pula merupakan sempadan tempat terakhir bagi seseorang jemaah dari luar kota Mekah untuk berniat ihram umrah atau haji. Lokasi ini biasanya ditentukan mengikut arah jemaah umrah atau haji datang dan masuk ke Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah.
Antara tempat-tempat bermiqat bagi ihram haji atau umrah yang telah ditetapkan ialah:
1. Yalamlam
Lokasi ini untuk jemaah yang datang dari arah Yaman dan Asia seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan negara-negara Asia lain. Pada satu ketika dahulu, jemaah Malaysia yang menunaikan haji atau umrah menaiki kapal laut mengenakan pakaian ihram dan berniat ihram di atas kapal apabila melalui lokasi ini.
2. Bir Ali atau Zul Hulaifah
Lokasi miqat ini terletak kira-kira 12 km dari Madinah atau kira-kira 450 km dari Mekah. Ia merupakan lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Madinah dengan menaiki bas, kereta dan sebagainya.
3. Al-Juhfah
Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.
4. Zatu Irqin
Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Iraq dan sama arah dengannya.
5. Qarnul Manazil
Bagi jemaah yang datang dari arah Najd, Kuwait dan jemaah Malaysia dan Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapal terbang.
#umrahandalusia
#daftarandalusiatawau
#tawau
#umrah
9 Dis 2022
ULASAN JEMAAH UMRAH ANDALUSIA TAWAU 2022 & 2023
PERKONGSIAN JEMAAH UMRAH ANDALUSIA TAWAU 2022
Saya nak share sikit gambar2 kenangan umrah dgn pakej TA Andalusia Tawau (KL-Jeddah)..group kami seramai 42 jemaah pergi dengan TA Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, guna visa Umrah, pakej pada 16/11 - 27/11 dgn suami, Mertua dan adik ipar serta isteri ke tanah suci dgn menaiki Saudi Airline....
(Alhamdulillah mmg kami dpt jemputan ke tanah suci mengerjakan umrah & ziarah rasulullah bersama2)..Di Madinah kami stay di Hotel Maden(150m ke Masjid Nabawi) & Mekah di Hotel Safwah Royale Orchid (50m ke Masjidil Haram)....Alhamdulillah..Jemaah wanita grup kami dpt masuk raudhah sekali guna muasasah (kecuali yg uzur & tak sihat) tp melalui Apps Nusuk tak dapat tembus sbb penuh ….
.selain aktiviti ibadah & ziarah, TA pun ada organise tahlil, bacaan yasin & ceramah (sebelum mengerjakan umrah)..kami balik Malaysia melalui airport Jeddah..Alhamdulillah setiap jemaah dpt bawa balik air zam2 5 litre setiap sorg..air zam2 include sekali dlm pakej..pengalaman umrah pertama ni sy sangat berpuas hati dgn servis & layanan dr pihak TA, bersama mutawif dr Andalusia..
Alhamdulillah semuanya terbaik dengan izin Allah.. Alhamdulillah....semoga Allah swt jemput lagi kami sekeluarga bersama mak & mak mertua serta adik beradik lain di suatu masa nanti..walaupun dah sudah 2 minggu pulang ke tanah air tetapi hati ini masih tertinggal dibumi para anbiya'..didoakan kita semua dijemput Allah lagi buat kesekian kalinya..
#sekadarberkongsipengalaman
MADINAH AL MUNAWARAH
Kredit FB June Mh
7 Jun 2022
PENGERTIAN IBADAH DAN SEJARAH SAIE
Saie ialah perbuatan berlari-lari anak bagi orang yang mengerjakan umrah atau haji dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali.
Saie bermula dengan mengambil Ibrah perbuatan Siti Hajar yang berlari sebanyak 7 kali ulang alik dari Safa ke Marwah dan Marwah ke Safa semula.
Siti Hajar berlari mencari air untuk anaknya Ismail dan dirinya sendiri yang dalam kehausan.
Mengapa sampai tujuh kali? Mengapa seorang ibu yang ditinggalkan dengan bayi kecilnya itu seolah-olah ‘didera’ oleh Allah?
Sedangkan cinta Allah kepada hambaNya melebihi cinta Siti Hajar kepada anaknya Ismail? Mengapa bahasa cinta Allah itu begitu perit dan sakit sekali?
Allah sedang mendidik Siti Hajar agar hatinya kosong daripada sebarang pengharapan kepada makhluk. Pada larian pertama, kedua, ketiga sampailah ketujuh , Siti Hajar masih punya harapan.
Matanya merenung jauh saujana mata memandang, kalau kalau ada kafilah dagang yang singgah atau para musafir yang lalu. Dengan itu dapatlah dia memohon bantuan.
Namun, harapannya hancur berkecai. Bukan sahaja bantuan yang diharapkannya tidak tiba, malah dirinya sendiri sudah kehabisan tenaga.
Aku dan sesiapa sahaja yang pernah melakukan saie pasti dapat merasakan keletihan itu. Sedangkan kita yang berlari dalam ruang yang telah berhawa dingin, lantai yang sejuk dan ada bekalan air zaman zam jika kehausan itu pun terasa kelelahannya.
Apabila ujian sudah sampai ke kemuncaknya, maka ketika itulah bantuan Allah semakin dekat. Ketika segala daya dan usaha sudah dirasakan tidak ada, maka ketika itulah kemudahan sudah hampir tiba.
Allah menguji untuk mendidik hati kita. Hati kita yang keras dan degil hanya tunduk apabila ia dihancurkan oleh pukulan ujian. Tidak ada jalan yang lain.
Antara kejahatan hati ialah tidak mahu bergantung kepada Allah. Hati terlalu bersandar pada kekuatan diri atau masih berharap kepada dunia dan manusia. Hati terlalu berharap dan cinta kepada sesuatu selain Allah.
Selagi diri masih kuat, selagi yang menjadi sandaran masih kukuh, selagi yang dicintai masih memuja...maka hati itu akan terus alpa.
Hati yang begitu ada kalanya dimiliki oleh orang yang bersolat, berpuasa, berzakat dan bersedekah. Ibadah-ibadah lahiriah masih tidak mampu menembusi hati.
Sifat mazmumah yakni bergantung kepada selain Allah masih tidak dapat dilenturkan oleh ibadah-ibadah. Namun, sekiranya Allah sayang, maka dikurniakannya ujian untuk menyelamatkan pemilik hati itu.
Justeru, ujian itu dinamakan sebagai ‘mehnah’ – didikan terus daripada Allah. Ini yang dimaksudkan oleh Ibnu Ataillah, “ada pembukaan pada hatimu yang tidak akan tercapai melalui ibadah seperti solat dan sedekah tetapi oleh datangnya ujian dan musibah.”
Apabila perit ujian sudah begitu menghimpit, barulah diri yang derhaka dan berdosa itu kembali kepada TuhanNya.
Itulah yang dapat aku simpulkan pada kuliah pagi oleh seorang mutawwif Jumaat ini di dewan makan hotel Haneeen Firdaus tempat aku menginap selama mengerjakan umrah di Makkah ini.
Masih terngiang-ngiang katanya, “ bantuan Allah kepada Siti Hajar tiba saat putus segala pengharapannya kepada manusia.”
Ya, saat anaknya menangis kelaparan dan kehausan, sedangkan dirinya sendiri masih dalam keletihan bermusafir dari Palestin ke Makkah, ditambah pula pedih kesedihan ditinggalkan oleh suaminya masih berbekas... maka dialah wanita yang paling teruji di dunia pada waktu itu.
Namun, cinta kepada anak, naluri kasih seorang ibu memaksa dirinya berusaha. Dia pun berlari...
Dari bukit Safa ke Marwah, dipandangnya ke seluruh dimensi, akan adakah kafilah yang lalu, buat dia mohon simpati?
Tidak ada. Lalu terdengar tangisan bayinya Ismail, dia berkejar semula ke Marwah. Di jenguknya seluruh ceruk dan pelusuk, masih tebal harapannya pada makhluk. Kecewa. Tidak ada siapa pun di sana...
Dia beralih semula ke Safa, mana tahu ada sesiapa yang boleh diharap di sana. Dia berlari lagi.. tetapi tenaganya semakin kurang, kakinya semakin lemah, walaupun hatinya masih gagah.
Seketika di Safa, tidak ada apa yang boleh diharap lalu dia berlari semula ke Marwah. Begitulah berulang alik selama tujuh kali. Tujuh kali yang hampa. Tujuh kali yang nestapa.
Akhirnya, dia letih untuk terus berharap. Kakinya membengkak, hatinya terhenyak. Tiada harapan lagi. Suami, manusia dan lain lainnya sudah tidak lagi jadi sandaran.
Pada ketika itu hatinya tertumpu sepenuhnya hanya kepada dan untuk Allah. Hanya Allah.
“Apa yang terjadi pada diri Siti Hajar pada saat yang sangat kritikal itu? , “ tanya Sang Mutawwif. Dalam diam aku menjawab, “hatinya sedang diproses. Di keluarkan semua makhluk, di masukkan ke dalamnya hanya Khalik.
“Kosong hatinya daripada selain Allah.
Serentak dengan itu terhamburlah segala kesedihan dan ketakutannya. Hatinya menjadi seperti hati semua wali Allah, yakni tidak ada rasa takut dan dukacita tentang hal-hal dunia...”
Penjelasan itu meresap ke dalam hati ku. Sungguh pada ketika itu hilanglah segala resah dan desah hati Siti Hajar akibat persaingan dengan madunya yang lebih jelita Siti Sarah. Hilanglah kesedihan jiwanya akibat perpisahan dengan suaminya Nabi Ibrahim AS.
Benarlah, bila Allah ada di hati kita akan memiliki segala galanya. Tetapi bila Allah tiada di hati kita akan hilang segala galanya.
Begitulah perjalanan hati ini menuju Allah. Yang menghalangnya ialah hati kita sendiri. Hati yang masih tebal dengan cinta dunia dan manusia.
Hati yang begitu hanya layak menjadi hamba yang hina kepada hawa nafsu. Hati yang sentiasa terpedaya dengan hasutan syaitan. Hati yang menggenggam cinta dunia dan manusia.
Itulah hati yang menjadi milikku sekarang. Di dalamnya bersarang sifat mazmumah. Tahu cinta Allah itu cinta yang utama, tetapi terus tega melayan kehendak nafsu yang hina. Mujahadah selalu kalah. Terus leka menangguhkan ibadah. Sering ada alasan untuk berhelah. Nanti, tunggu, esok masih ada...dan diri terus menerus menumpuk dosa. Tahu mati boleh datang tiba tiba, tetapi sikap dan perlakuan menunjukkan seolah olah diri tidak akan mati selamanya!
Namun, Allah sayang, dan masih tidak berpaling. DiberiNya ujian untuk kita kembali. Mana kecintaan kita? Mana kesayangan kita? Maka dari arah itulah datang ujian ujiannya. Tidak sekali tetapi berkali kali. Allah akan berterusan menguji kerana Allah tidak jemu menyayangi.
Makkah adalah medan ujian sebuah keluarga. Haji mahupun umrah berlatarkan ujian yang menimpa sebuah keluarga.
Ujian yang menimpa Nabi Ibrahim, seorang suami dan bapa. Ujian yang menimpa Siti Hajat, seorang isteri dan ibu. Dan ujian yang menimpa Nabi Ismail seorang anak.
Daripada ujian-ujian itulah datangnya rukun- rukun dalam ibadah haji dan umrah. Tawaf, Saie, melontar jamrah dan Qurban semuanya bermula dengan perintah Allah kepada mereka bertiga.
Kredit: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah
Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis
-
1) Saya ingin memetik sebuah syair Arab yang berbunyi, "Hendaklah kamu mencontohi orang yang mulia, walaupun kamu tidak seperti mereka...
-
Saban Tahun Meraikan Maalhijrah, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Bersempena dengan tema pada tahun ini ...
-
Assalamulaikum semua Semoga dalam situasi PKPB (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSASAR) ni Allah pelihara kita dan dikurniakan kesihatan bers...
-
‘Hajar Aswad’ | ‘Black Stone’ | ‘Batu Hitam’ Ya! Hajar Aswad... Bersebelahan dengan Multazam dan ia tanda bermulanya Tawaf. Tahukah anda, ad...
-
Syarikat Pengendali umrah dan haji. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) kini mengorak langkah dalam perniagaan baharu dengan me...