1)
Saya ingin memetik sebuah syair Arab yang berbunyi, "Hendaklah kamu
mencontohi orang yang mulia, walaupun kamu tidak seperti mereka, kerana
mengikuti orang yang mulia itu satu kejayaan."
2)
Bersesuaian dengan syair Arab ini, saya mengandaikan Agen Pelancongan, iaitu
Andalusia yang khususnya mengendalikan pakej ziarah Umrah dan pelbagai pakej
lagi adalah ibarat "orang yang mulia", sebuah agen pelancongan yang
berpengalaman, berketrampilan dan beretika tinggi dalam bidang pengurusan
Umrah. Hal ini saya nukilkan secara berterus terang ,ikhlas dan penuh kejujuran
berdasarkan kepada pengalaman saya yang mana pengalaman itu adalah merupakan " guru" yang tidak pernah berbohong. Pengalaman juga bukan cerita
palsu, rekaan imaginasi dan khayalan.
3)
Secara jujurnya, berbekalkan rezeki berkat yang Allah berikan, saya telah ke
Tanah Suci sebanyak empat kali, sekali menunaikan fardhu haji pada tahun 2000
dan disusuli selepas itu saya menunaikan Umrah sebanyak tiga kali melalui
berbagai agen pelancongan. Kerinduanku untuk terus berkunjung dan berziarah
Umrah ke Tanah Suci sentiasa berkembang mekar menyuburi jiwa sanubariku.
4)
Selepas tiga kali menunaikan Umrah, saya berhasrat lagi untuk menunaikan Umrah
bagi kali Ke-Empat, iaitu pada akhir tahun 2019, setahun selepas saya bersara
wajib selaku penjawat awam kerajaan.
Saya ingin menggunakan keberkatan wang ganjaran perkhidmatan persaraan yang
saya telah perolehi. Kali ini, hati saya beriya-iya dan berdetik kuat
memilih Andalusia yang berpejabat di cawangan Tawau. Saya tertarik dengan pakej
yang disediakan oleh Andalusia. Harga pakej ziarah Umrah saya dapati berpatutan,
selain layanan yang diberikan oleh salah seorang kerani kaunternya, sdr Akmal
juga mesra pelanggan. Di samping itu, Andalusia menyediakan kursus Umrah secara
percuma setiap minggu melalui penceramah yang mahir dan berpengalaman. Walaupun
saya sudah beberapa kali berumrah, namun, saya
perlu mengikuti kursus Umrah bagi mengetahui hal hal atau maklumat
terkini mengenai perkembangan kota
Mekkah dan Madinah yang mungkin kedudukan hotel penginapan dan lain perkara telah mengalami banyak perubahan melalui proses dan evolusi pembangunan semasa.
5)
Pengalaman saya bersama isteri melancong dengan mengambil pakej pelancongan ke
Kaherah dan seterusnya menunaikan Umrah di Tanah Suci selama 17 hari melalui
Andalusia menceritakan segala- galanya, iaitu cerita yang disulami dengan
keseronokan dan keindahan. Di samping itu, berlaku beberapa keajaiban kualami, yang di luar dugaanku, tetapi sangat
mengujakan dan menggembirakan, iaitu ;
i )
Pengalaman pertama, saya tidak menduga dan menjangkakan sama sekali bahawa
Umrah saya bersama Andalusia ini (dengan izin dan keredhaan Allah) telah
berjaya menunaikan keinginan besar saya untuk mendaki Jabal Nur yang terletak
kira kira 3.2 km dari Kota Mekkah . Walaupun banyak cabaran getir yang harus
ku tempuh dengan pendakian 600 anak tangga
serta batu batu besar di waktu malam, namun cabaran dan berkat kesabaran
dan kegigihan itu akhirnya membuahkan hasil apabila saya berjaya sampai ke
puncak Jabal Nur,seterusnya dapat menjejak kaki masuk ke dalam Gua Hira
yang sangat sempit yang merupakan tempat
Rasulullah SAW ( sholawat pada Nabi)
menerima wahyu yang pertama dari Allah melalui Malaikat Jibril. Ketika
berada di puncak Jabal Nur dan berada dalam Gua Hira itulah saya mengenang sejarah betapa getirnya
perjuangan dan ujian yang dilalui oleh Rasulullah SAW dalam edisi awal Baginda
mula mengembangkan sayap Islam di seluruh penjuru alam yang bermula di Kota
Mekkah iaitu detik tercipta di Gua Hira di mana Rasulullah SAW telah menyendiri
, bermunajat selain bertahannuth serta bertaqarrub kepada Allah SWT. Detik
kejayaan mendaki ke puncak Jabal Nur dan memasuki Gua Hira turut mencatat
sejarah dalam diari hidup saya, dimana sebelum ini, saya pernah mengimpikan ke
tempat ini beberapa kali iaitu pada masa saya menunaikan fardhu haji pada tahun
2000 dan seterusnya semasa saya menunaikan tiga kali Umrah sebelum ini.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, dan terima kasih kepada kebijaksanaan kepimpinan
Ust Mohd. Khairuddin , Mutawif Andalusia yang memberi peluang kepada para jemaah
kumpulan kami ke tempat ini.
ii)
Pengalaman kedua, para jemaah , termasuk diri saya sendiri telah diberi dan
dikongsikan dengan satu berita yang menggembirakan apabila Mutawif Ust
Khairuddin memaklumkan pihak pengurusan Andalusia telah bermurah hati untuk
membawa jemaah kami secara percuma ke kota Taif yang terletak 80 km dari kota
Mekkah.Kota Taif ini juga amat ingin kujejaki kerana kota ini merupakan salah
sebuah kota yang bersejarah dimana Nabi SAW pernah berdakwah di kota ini
sehingga kehadiran Baginda dihujani dengan lontaran batu batu dari penduduk
kota ini yang terdiri dari kabilah Tsaqif.Namun, tindakan mereka itu dibalas
dengan kesabaran dan dengan doa Rasulullah SAW yang amat popular, iaitu, "Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui". Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana peristiwa seribu lebih
tahun yang lalu ketika Nabi SAW berada di tempat ini mengingatkan saya sejarah
tersebut. Terima kasih Andalusia yang memberi peluang kapada saya yang buat
pertama kali menjejak kaki ke Kota Taif. Ia juga merupakan satu sejarah dalam
diari hidup saya.
iii)
Pengalaman ketiga, saya memerhati dan
menilai iaitu Pengurusan Andalusia membudayakan konsep berorientasikan kepada
nilai pengurusan"Client-First". Konsep pengurusan yang diterapkan oleh Andalusia ini memberi penekanan
dengan mendahulukan dan mengutamakan pelanggan mereka. Contoh
terdekat ialah penempatan hotel kami. Sepatutnya kumpulan atau jemaah Umrah
kami di tempatkan di sebuah hotel di Mekkah milik Andalusia. Namun, semasa tiba di Mekkah dari Madinah, kumpulan
kami ditempatkan di sebuah hotel baru bertaraf lima bintang, iaitu Hotel Hilton
Double Tree. Mutawif kumpulan kami memaklumkan bahawa pertukaran tempat hotel
kami ini dibuat disebabkan hotel milik Andalusia yang biasa menempatkan jemaah
Umrah mereka sedang diperbaiki. Kami merasa bertuah disebabkan penempatan kami
di hotel baru Double Tree ini bukan sahaja amat selesa,malah pengangkutan
bas disediakan oleh pihak hotel. Bas
kecil tersebut bergerak setiap lima minit dari hotel ke kawasan Masjidil Haram
yang juga hanya memakan masa sekitar lima minit.
iv)
Pengalaman Keempat, pihak Pengurusan Andalusia berusaha menyediakan Pembimbing
Jemaah Umrah atau Mutawif yang bukan hanya mahir, berilmu dan bermaklumat ,
tetapi juga memiliki jati diri yang berkualiti dengan mesra pelanggan, bersedia
mendengar masalah dan cadangan yang diusulkan oleh jemaah Umrah serta berupaya
menyelesai setiap masalah secara kolektif.Apa yang menarik, sikap ambil berat
serta keriakan wajah yang tenang sepanjang masa juga memberi impak saikologi
yang baik yang meyakinkan para jemaah mengenai kepimpinan diri mutawif
berkenaan.Mutawif dalam kumpulan kami yang dimaksudkan tersebut ialah Ustaz
Mohd. Khairuddin yang kami menyenangi memanggilnya dengan panggilan Ust Khai
sahaja.
6)
Sebenarnya, banyak lagi pengalaman manis dan indah yang saya lalui dalam
kesempurnaan Umrah Keempat saya dengan Andalusia, namun, sekadar berkongsi
pengalaman mengenai empat perkara tersebut di atas sudah cukup memadai untuk
merungkai dan menyimpulkan bahawa keindahan sesuatu perkara bukan hanya perlu
dinilai daripada luarannya sahaja, tetapi keindahan dalaman juga memainkan
perkara yang amat penting.Kita perlu tahu membezakan antara kaca dan
permata.Juga, setiap potret yang indah bingkainya akan dirasakan potret itu
akan nampak hidup jika ia dijiwai oleh sesuatu yang tahu menilai keasliannya
yang bernilai tinggi. Segulung tahniah diucapkan kepada Andalusia
Malaysia kerana dapat mengamalkan dan membudayakan konsep pengurusan yang baik,
mapan, berkualiti bertaraf lima bintang dalam mengurus dan memberi semampu
kepuasan maksima kepada pelanggan, khususnya jemaah kumpulan Umrah Ziarah yang
saya sertai selama 17 hari, iaitu pada 21 November - 5/6 Disember 2019.
Syabas
Andalusia .....
Coretan Perkongsian Pengalaman daripada :
DR.CHACHO
BULAH
Tawau, Sabah
28
Julai 2020