23 Sep 2020

5 HIKMAH DISEBALIK COVID-19?

 


Era Corona sudah kita dijalani beberapa bulan ini, dan seharusnya kita sudah boleh mengambil hikmahnya

Sahabatku, ini menurut Aa Gymnastiar beberapa hikmah yang bisa kita rasakan:

 

1. Semakin yakin bahwa Allah sungguh Maha Kuasa. Allahu Akbar - Allah Maha Besar, dapat menjadikan dunia dan seisinya bertekuk lutut dengan takdir yang terjadi

 

2. Kita semakin sedar dan harus mau mengakui kalau manusia itu sebenarnya tidak berdaya. Walau sepintar apapun, sekaya apapun, sesihat apapun, ternyata ketika didatangkan wabah virus menjadi lemah dan tidak berdaya.

 

3. Semua masalah ini bisa diatasi kalau kita saling bahu-membahu, membantu, mendukung dengan semangat kebersamaan.

 

4. Semakin meyakini kalau sedekah itu penting dan kita juga harusnya selalu mengembangkan kepedulian terhadap orang lain

 

5.Berhasilnya Norma Baharu sangat ditentukan dengan kedisiplinan kita dalam berperilaku. Islam agama yang disiplin dan orang yang kuat adalah mereka yang sentiasa disiplin.

 

Kredit : KH Abdullah Gymnastiar

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/tawauakupergiumrah

#daftarandalusiatawau

#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan




18 Sep 2020

SYARAT BAHARU ARAB SAUDI SEBELUM DIBENARKAN UMRAH

Khamis, 17 September 2020 @ 8:51 PM

Kuala Lumpur: Umat Islam negara ini yang berhasrat menunaikan umrah pada tahun hadapan berkemungkinan perlu memohon kebenaran masuk ke Tanah Suci dengan kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu, sebelum membuat visa.

Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, peraturan baharu itu dimaklumkan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Saeed Qattan dalam pertemuan, semalam.

Katanya, ia antara prosedur yang dicadang dikenakan kerajaan negara berkenaan bagi mengawal penularan wabak Covid-19, selain mahu mengehadkan kemasukan jemaah umrah luar negara pada satu-satu masa.

"Ketika ini Arab Saudi hanya membenarkan rakyatnya melakukan umrah, bagi rakyat asing berkemungkinan Januari tahun depan. Itu pun tertakluk kepada kira-kira 20 negara yang mendapat kebenaran.

"Malam tadi (semalam) atas jemputan Duta (Mahmoud Hussein) untuk makan malam, saya diberitahu setiap jemaah umrah perlu buat permohonan kemasukan dahulu sebelum memohon visa.

"Apabila dapat tarikh untuk masuk ke Makkah, barulah boleh diteruskan dengan permohonan visa dan prosedur lain, malah syarat masih ketat termasuk penjarakan fizikal. Nak buat tawaf sunat juga tidak dibenarkan, hanya boleh tawaf umrah sahaja," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Razali berkata, Mahmoud Hussein bagaimanapun tidak memperincikan prosedur memohon kebenaran masuk itu dan kerajaan Arab Saudi difahamkan sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) keseluruhan bagi umrah, termasuk bilik penginapan jemaah dan pergerakan di lapangan terbang.

Untuk rekod, Arab Saudi mencatatkan 326,930 kes Covid-19 dengan 4,330 kematian setakat semalam, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam pada itu, beliau memberitahu Papuh dalam perbincangan dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) untuk menjadikan Masjid KLIA sebagai tempat mendaftar bagi jemaah umrah untuk mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.

"Apabila kebenaran umrah dibuka semula, segala urusan termasuk ujian swab (calitan tekak) dan daftar masuk dicadang dilakukan di Masjid KLIA kerana mempunyai ruang luas dan terbuka," katanya.

Beliau juga berpandangan bahawa setiap jemaah umrah yang pulang ke tanah air perlu menjalani kuarantin wajib di tempat diwartakan kerajaan dan bukan di rumah bagi mengelak menjadi tumpuan saudara-mara atau kenalan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/621695/syarat-baharu-arab-saudi-sebelum-benar-umrah



14 Sep 2020

HADITH DI PINTU GERBANG KELUAR RAUDAH

Hadith di Pintu Babussalam








Kredit : Mohammad Zaidi Zainuddin

Jom sertai Group FB & Telegram "TAWAU AKU PERGI UMRAH"












 

10 Sep 2020

5 TIPS MEMILIH PAKEJ UMRAH



Sebagaimana kita sedia maklum banyak kes penipuan pakej umrah yang berlaku di Malaysia yang melibatkan individu tertentu dan syarikat travel agensi yang tidak sah.

Apatah lagi dalam keadaan kita sekarang ini yang masih menati bilakah COVID-19 akan reda dan Arab Saudi membuka semula sistem visa umrah mereka. Semua orang tersangat rindu untuk pergi ke tanah suci seperti sediakala.

Oleh itu, pasti akan ada pihak tertentu yang cuba mengambil peluang dan merancang untuk memperdaya orang ramai menyertai tawaran yang mereka berikan.

Setiap tahun ada sahaja kes penipuan baharu yang direkodkan. Setakat tahun lepas, sebanyak 3,883 kes penipuan pakej umrah melibatkan kerugian berjumlah RM13.8 juta.

Jadi hari ini saya ingin kongsikan beberapa langkah utama yang perlu di ambil oleh bakal tetamu Allah sebelum membuat tempahan pakej.

 

1) SEMAK DAFTAR LESEN AGENSI UMRAH

Bagi yang pertama kali menunaikan umrah, sangat penting untuk kita semua ambil tahu mengenai status setiap agensi pelancongan yang ada di Malaysia, yang mana tidak semua agensi pelancongan boleh menawarkan pakej umrah. Syarikat yang sah mengendalikan pakej umrah hanyalah syarikat yang berstatus Sendirian Berhad (Sdn.Bhd).


2) SELIDIK LATAR BELAKANG AGENSI UMRAH (PENGENDALI / PENGELOLA)

Kita perlu selidik dan membuat semakan terlebih dahulu mengenai latar belakang sesebuah travel agensi. Sebagai contoh anda boleh mendapatkan info mengenai sesebuah travel agensi melalui laman sesawang Kementerian Pelancongan di sini : http://www.motac.gov.my/arkib/2019/umrah-lku-1440

Selain itu juga, boleh juga membuat carian di media sosial seperti facebook, instagram dan lain-lain dimana pembaca boleh melihat maklum balas daripada jemaah yang pernah menggunakan perkhidmatan agensi tersebut.

Dengan ini anda boleh membuat penilaian sendiri mengenai sesebuah travel agensi tersebut sama ada mempunyai rekod yang baik atau sebaliknya. Jangan pilih untuk pergi umrah dengan individu tertentu sebab Mutawwifnya handsome atau sebab konon owner syarikat tersebut pakai kereta mewah. Berwaspada!

 

3) ISI KANDUNGAN BROSUR UMRAH

Setiap Travel agensi yang mengelola pakej umrah, haji mahupun perlancongan, mereka pasti menyediakan brosur untuk memudahkan kita melihat pakej apa yang syarikat mereka tawarkan kepada pembaca.

Jadi perlu pastikan travel agensi yang pembaca pilih menyediakan semua perkara-perkara ini.

• Tiket penerbangan pergi & balik

• Visa umrah/Visa Pelancong

• Penginapan di Makkah & Madinah (jarak hotel dari Masjid)

• Makan & Minum di Makkah & Madinah

• Lawatan @ Ziarah (Tempat-tempat yang di lawati)

• Pengangkutan di Makkah dan madinah

• Jenis penerbangan (Transit @ Direct Flight)

• Mutawwif

• Bilangan hari di Makkah & Madinah

• Insurans perjalanan

Contoh brosur rasmi yang dikeluarkan oleh Andalusia Travel seperti gambar



 

4) FAHAMI PAKEJ YANG DITAWARKAN DENGAN JELAS

Untuk bahagian ini, anda perlu memahami dengan jelas pakej apa yang ditawarkan oleh travel agensi tersebut.

Sebelum membuat tempahan, kita perlu pastikan pakej yang ditawarkan bersesuaian dengan bajet dan keinginan anda, pastikan nama hotel, jarak hotel, harga pakej ,tarikh penerbangan betul dan jelas sepertimana yang anda inginkan.

Selain itu, anda perlu mengetahui berkenaan caj yang dikenakan sekiranya berlaku pembatalan sebelum tarikh berlepas. Ini sangat penting untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham di masa akan datang. Jadi sebelum anda membuat sebarang tempahan pastikan faham dengan jelas mengenai pakej yang ditawarkan.

Lihat pakej umrah di sini : https://fliphtml5.com/bookcase/miomb


5) BANDINGANKAN HARGA

Kita tidak perlu membuat tempahan terburu-buru. Bandingkan harga dengan pakej-pakej yang lain. Sebelum anda membuat bayaran atau tempahan kepada travel agensi pastikan anda memahami terma atau syarat-syarat yang dikenakan oleh travel agensi tersebut dan sangat penting untuk pembaca tahu mengetahui tempoh untuk membuat pembayaran akhir.

Pastikan anda cakna dengan setiap perubahan yang berlaku di saat akhir seperti perubahan jadual penerbangan, kelulusan visa dan lain-lain. Ini semua berkait dan tertakluk dengan ketetapan dari pihak-pihak lain yang mana pihak syarikat travel berurusan dan dengan mereka bagi kelancaran perjalanan ke tanah suci.

Kredit : Abduh Nursalam

Edit : Asis Tahang

1 Sep 2020

ZAHIRKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

 


Saya bertanya kepada seorang Maulana mengenai ada kes 13 orang bercerai dalam seminggu ini. Mereka minta nasihat saya..saya minta nasihat Maulana, kenapa jadi begini...saya sangat sedih....

#Jawab Maulana :

ramai orang baik..tapi tidak pandai menzahirkan kebaikannya..ramai orang saling mencintai tapi tidak pandai menzahirkan cintanya...

Sehingga keduanya bersedih dan menangis dan meraung kerana terpisah. Saling mencintai teramat cinta bertukar menjadi benci dan begitu benci sehingga tidak nampak walaupun satu kebaikan lagi...Ini juga berpunca dari tidak mencintai Nabi saw dengan sebenarnya...Orang yang teramat cinta Nabi saw kehidupuannya sentiasa mencontohi Nabi saw...

Nabi Saw orang paling baik kepada keluarganya..Nabi Saw buat segala kerja rumah saat beliau berada di rumah. Nabi Saw orang paling rajin saat berada di rumah. Sehingga baju dan kasut yang koyak beliau jahit sendiri.

Nabi Saw sentiasa makan berjemaah bersama keluarga tidak makan sorang² apatahlg di biarkan isteri makan sorang² di dapur.. Minum dari tempat isterinya minum. Makan sebekas dan sehingga licin. Sangat menghargai makanan. Gembiranya orang yang masak. Tidak pernah complain atau keji makanan. Pernah rambut jatuh dalam makanan tetap berbual kebaikan disebaliknya..Isteri jatuhkan makanan dengan tidak sengaja di depan sahabah, Nabi saw kutip makanan dan langsung tidak marah kerana Baginda saw besarkan Allah dan utamakan akhirat..

Nabi Saw saat isterinya membuatnya marah tetap baginda Saw boleh sebut kebaikan isterinya, diam, mendoakan, dan memanggil isterinya dengan panggilan yang mulia dan disukai isterinya...

Nabi saw boleh menerima kekurangan pada isterinya walaupun baginda saw manusia paling sempurna dan tiada manusia sepertinya..sentiasa memaafkan..

Nabi saw menggunakan kelebihan yang ada pada isterinya untuk kerja dakwah dan kerja Agama. dalam mendakwahkan wanita-wanita...

Nabi saw tetap baring atas riba, tidur satu selimut ketika haid dan membersihkan darah haid isteri yang menitik.Ini benar-benar membuatkan isteri rasa benar-benar dihargai..

Nabi saw membiarkan isterinya yang tertidur dan baring atas bahunya. Meminta maaf kepada isterinya walaupun tak salah dan menerangkan sebab tindakannya walaupun sebenarnya tidak perlu kerana itu beliau seorang Rasul.

Nabi saw selalu memberikan hadiah dan penghargaan kepada kebaikan isterinya...pernah Nabi saw kata, Wahai Juwaiyah kamu duduk beribadah dari sebelum subuh dan tidak bangun sehingga waktu dhuha ini.....pujian yang sangat hebat..kemudian Nabi saw hadiahkan zikir padanya..

Nabi saw memuji Abu Bakr didepan Aisyah ra. Menghargai ayah mertuanya....

Nabi saw sangat baik dan merupakan sahabat pada mertuanya...disayangi dan dicintai bukan sahaja oleh isteri malah oleh mertuanya.

Nabi saw dukung isterinya dan kenakan pipinya saat dukung isterinya dengan kasih sayang..

Nabi saw selalu pegang tangan dan gosok-gosok tangan atau peha isterinya walaupun bukan saat bersama...itu membuat wanita rasa dihargai....

Nabi saw sentiasa mendoakan isterinya dan kadang-kadang didengari dan diketahui isterinya.

Nabi saw pernah mandi bersama-sama dan bergurau ketika mandi bersama.

Nabi saw Tahajud dan menangis di waktu malam. Isteri baginda saw selalu ikut solat dibelakang Nabi saw...saat pengabdian Nabi saw di waktu malam..

Nabi saw pernah kata ini salah saya kepada isterinya walaupun Baginda saw tidak salah...

Nabi saw pernah pesan jangan bersama isteri seperti binatang..Juga pernah pesan jangan menolak suami walaupun atas unta(kenderaan tertutup dalam perjalanan)Maksudnya Nabi saw ajar supaya bergurau senda, menggoda isteri, dan benar-benar bersama yakni saling menggembirakan saat membuat hubungan intim. Keduanya mencapai apa yang dinginkan...memahami kehendak pasangan masing-masing.

Nabi saw tidak pernah kata kenapa macam ni..ish..kenapa tak macam ni..tapi saat berlaku Nabi saw kata apa yang berlaku telah ditakdir oleh Allah. Nabi saw tunjuk satu-satu seperti menunjuk orang buta..pegang tangan pimpin sampai destinasi..bukan arah tapi sama-sama buat..

Baginda saw sangat menyayangi anak-anak. Selalu dukung cucunya..Bermain dan mendidik dengan perkataan yang baik..Jagalah Allah..Allah jaga kamu...

Baginda saw sentiasa senyum..Abdullah ibnu haris kata aku tidak pernah lihat seseoang yang lebih banyak senyum dari Nabi saw..

Nabi saw penuh dengan akhlak yang mulia..hormat orang tua..sayang kanak-kanak..suka melayan tetamu yang datang...suka memberi makan dan suka beri salam.

Nabi saw saat bersalam atau pegang tangan tidak akan tarik tangan sehingga orang tu lepaskan...tidak akan alihkan telinga sehingga orang tu habis bercakap yakni mendnegar dengan teramat baik. dan tidak biarkan orang tu berlalu tanpa membantu menyesaikannya...

Begitu juga isteri Nabi saw dan anak wanita Nabi saw mempunyai sifat seperti Nabi saw. Suami isteri saling berlumba menunaikan hak..dan memaafkan hak yang tak tertunai...berlumba buat baik sehingga sama-sama masuk syurga,,dan paling utama mendapat Redha Allah.

YA ALLAH berilah setiap lelaki dan wanita sifat Nabi saw ini...dan kembalikan suasana Kota Madinah di zaman Hayat Baginda Saw di tanah air kami...amin..

Kredit : Ebit Lew

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau

#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan



 

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis