Gua Hira' ialah sebuah gua yang terletak kira-kira 3.2km dari Makkah di atas sebuah gunung bernama Jabal al-Nour yang juga dikenali sebagai Jabal an-Nur atau Jabal Nur atau Bukit Nur yang bermaksud Gunung Bercahaya bertempat di wilayah Hijaz, Arab Saudi.
Sejarah pengenalan Gua Hira' adalah dikenali sebagai tempat Nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi Nabi dan Rasul pada usia Baginda 40 tahun di mana Nabi Muhammad S.A.W. menerima wahyu yang pertama daripada Allah S.W.T melalui Malaikat Jibril a.s. pada malam 17 Ramadan atau sekitar 6 Ogos pada tahun 610 Masihi.
Diceritakan Nabi Muhammad S.A.W terbangun dari tidurnya kerana Baginda mendengar kedatangan sesuatu yang mengejutkan sekaligus membuatkan dirinya sangat ketakutan iaitu di mana Baginda didatangi Malaikat Jibril a.s yang tiba-tiba sudah berada di hadapan Baginda lalu Malaikat Jibril a.s berkata dengan lantangnya kepada Baginda;
“Gembiralah wahai Muhammad! Saya Jibril dan engkau adalah Rasul Allah S.W.T untuk umat ini.”
Setelah menunjukkan suatu tulisan, Malaikat Jibril a.s memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W untuk membacanya dan tatkala Malaikat Jibril a.s menuntun beliau membaca.
“Bacalah!” Kata Malaikat Jibril a.s, Nabi Muhammad S.A.W menjawab, “Aku tidak bisa membaca.” Kemudian Malaikat Jibril a.s memeluk dan mendekap Baginda erat - erat sehingga Nabi Muhammad S.A.W merasa kepayahan. Malaikat Jibril a.s lalu melepaskan dakapannya dan kembali berkata, “Bacalah!”
Nabi Muhammad S.A.W tetap menjawab, “Aku tidak bisa membaca.” Untuk kedua kalinya Malaikat Jibril a.s memeluk dan mendakap Nabi Muhammad S.A.W dan Baginda pun kembali kepayahan. Setelah melepaskan lagi dakapannya terhadap Nabi Muhammad S.A.W, Malaikat Jibril a.s berkata, “Bacalah!”
Nabi Muhammad S.A.W masih menjawab, “Aku tidak bisa membaca.” Malaikat Jibril a.s memeluk dan mendakap Nabi Muhammad S.A.W dan Baginda pun kembali kepayahan. Setelah melepaskannya, Malaikat Jibril a.s menuntun Nabi dengan kalimat tertulis dalam Al-Qur’an, yang ertinya;
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantara kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(QS. Al-Alaq [96]: 1-5)
Gua Hira' ini juga menjadi tempat Nabi Muhammad S.A.W. selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah S.W.T selama tiga tahun. Baginda juga selalu ke Gua Hira' bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah S.W.T dan mereka sering melakukan maksiat dan dosa - dosa besar.
Jom !!! Kongsikan dengan Admin pengalaman anda dan gambar mendaki Gua Hira' di ruangan komen Admin.
Daftar Umrah Zero Deposit. Tanpa Bayaran Deposit.
Mau kasi senang bah.. endak payah datang pejabat.
klik link whatsapp untuk tanya?
wasap.my/60138605564/umrah
wasap.my/60128130461/umrah
Mau daftar terus online pun boleh bah? boleh pra daftar sini.
https://forms.gle/KTuKq3JVGGGE2jnP9
nanti team kami roger balik.