6 Nov 2020

APA KELAINAN UMRAH NORMA BARU - FASA 3?


Tujuan kita cerita perkara ini supaya para jemaah tidak terkejut dengan suasana yang akan sangat berbeza berbanding sebelum ini. Apa yang paling utama kena set dalam fikiran kita ialah anda perlu bersiap sedia dari segi menghadapi semua SOP atau peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Jadi di bawah ni beberapa perkara penting untuk dijadikan panduan kepada kita, FASA 4 mungkin akan berubah lagi tapi sekurang-kurangnya kita maklum apa SOP sekarang(Fasa 3)

✔️ Anda perlu tahu tempoh perjalanan umrah anda hanya 10 HARI SAHAJA (termasuk 3 hari kuarantin).  

✔️ Tempoh berada di Makkah & Madinah kemungkinan (4 hari Makkah + 3 hari Madinah) atau (5 hari Makkah + 2 hari Madinah) bergantung pada pengurusan pihak travel agent di negara masing-masing dengan pihak agensi di Arab Saudi.

✔️ Ibadah Umrah hanya boleh dilaksanakan SATU KALI SAHAJA dengan satu permit yang sah berdaftar di aplikasi EATMARNA. 

✔️ Slot solat fardhu di Masjidil Haram bergantung pada berapa slot yang anda booking di aplikasi EATMARNA. Jika hanya satu waktu dan slot yang available, bermakna hanya satu waktu sahaja yang anda boleh dapat solat di dalam Masjidil Haram. Ini sebagai contoh. 

✔️ Ziarah maqam Nabi S.A.W serta solat sunat di Raudhah juga hanya dapat dilakukan SATU KALI SAHAJA sepanjang anda berada di Madinah an-Nabawiyyah.

✔️ Berkemungkinan TIADA ziarah sekitar kota Makkah & Madinah secara berjemaah dengan menaiki bas seperti biasa pada musim COVID-19 ini.

✔️ Ka’bah 🕋 diletakkan penghadang dikelilingnya bermakna;

❌ tiada solat sunat di al-Hijr (Hijr Ismail)

❌ tiada kucup Hajar Aswad

❌ tiada berdoa berdekatan Multazam

❌ tiada peluang untuk memegang kelambu Ka’bah dan berdakap di Multazam.


Maka dengan sedikit gambaran UMRAH NORMA BARU ini, pastikan dengan pihak travel agensi:

KOS UMRAH KESELURUHAN termasuk tempoh kuarantin dan juga kos kenaikan visa umrah setelah berlaku pandemik ini. Jangan sampai ada hidden cost yang memaksa anda untuk bayar apabila telah sampai di Arab Saudi.

SEMAK TENTATIF yang jelas dari pihak travel seperti ketetapan waktu untuk Umrah, berapa kali slot solat di Masjidil Haram yang dapat ditempah, dan lain-lain.

Nasihat jemaah umrah Fasa 3 dari Indonesia ialah, jika kita belum bersedia menempuhi segala SOP yang agak ketat ini, dicadangkan agar menunda dulu niat umrah anda ke masa yang agak longgar nanti.

Sebab itu pihak Andalusia Travel & Tours SB menyatakan harga pakej uang dipaparkan merupakan harga anggaran (Sebelum Covid-19) dan hanya akan memaklumkan jemaah apabila semua telah pasti. Jika jemaah telah mendaftar ZERO DEPOSIT UMRAH, apabila harga telah pasti dan jemaah tidak bersetuju dengan harga tersebut jemaah boleh batalkan pendaftaran atau tunda ke masa lain.

Jika tuan/puan nak daftar boleh terus ke link ini https://forms.gle/KTuKq3JVGGGE2jnP9

Kekadang ada hikmah Malaysia masuk ke Fasa 4, supaya kita lebih bersedia dan dapat melaksanakan umrah lebih berdisiplin dan teratur inshaAllah.

Semoga bermanfaat. jemput like, share dan komen

Kredit : Makkah Kenangan Terindah

Edited : Asis Tahang (Andalusia Tawau Sabah)


ayat dalam gambar di atas adalah bahasa Dusun dan Kadazan (suku kaum utama di Sabah) maksudnya "Kaabah Tunggu Kami Datang"


Tiada ulasan:

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis