17 Ogo 2020

GAJI RM 2,000 TAPI HIDUP GEMBIRA MACAM GAJI RM10,000

 

Nampak macam tak logik. Tapi ya, ini real. Dulu, saya teringin sangat nak gaji RM 5,000. Dalam hati cakap, kalau dapat gaji macam itu mesti seronok.

Bila Allah izin untuk merasa pendapatan RM 5,000 , kita mula rasa tak cukup. Kita nak gaji lebih tinggi. Kita target gaji RM 10,000 pula.

Bila Allah beri pendapatan RM 10, 000, sekali lagi kita rasa makin tak cukup. Kita naikkan lagi gaji sampai RM 20,000.

Lama kelamaan, kita rasa makin tak cukup. Kemudian saya ditegur oleh guru saya;

"Bukan nilai ringgit itu yang buat kita rasa cukup tapi keberkatan dalam setiap sen yang kita dapat. Itu yang menentukan kecukupan hidup kita."

Ada salah seorang pasukan saya tanya;

"Seronok yek jadi macam Tuan Basit, gaji besar, boleh pergi ke merata tempat."

Saya kata pada dia sambil berseloroh;

 "Kamu nak jadi macam saya tak? Apa kata kamu ganti tempat saya. Berdiri straight 8 pagi - 5 petang selama 4 hari plus tido cuma 2-3jam sahaja sehari. Nak cuba?"

Saya pegang kemas teguran guru saya tadi. Bukan nilai ringgit itu yang jadi ukuran dalam kecukupaan rezeki.

Ada orang gaji RM 2,000 sahaja, tapi dia kerja macam gaji dia RM 10,000. Sungguh- sungguh dia buat. Tak berkira. Siang malam bekerja walaupun gaji dia hanya RM 2,000.

Walaupun gaji RM 2,000, dia punya bahagia kalah orang yang gaji RM 10,000. Allah mudahkan urusan dia. Allah lindung dia dari bencana dan kesusahan.

Ada orang gaji RM 10,000 tapi dalam urusan kerja tak pernah jujur. Culas dalam menjalankan amanah. Suka curi tulang. Belanja sakan macam esok sudah tiada.

Allah uji dia. Kereta rosak. Superbike excident. Investment rugi. Gaduh dengan family dan macam-macam lagi.

Ini real. Saya bercakap atas kapasiti pengalaman. Saya buat bisnes dari jalanan. Saya bukan lahir-lahir terus mewarisi kekayaan keluarga.

Dulu sebiji telur saya boleh goreng dan bahagi empat. Satu hari makan satu slice. Settle menu untuk empat hari punya makan.

Saya ingat lagi bagaimana rasanya tak ada duit. Saya juga ingat lagi bagaimana rasanya ada berjuta dalam akaun.

Dari sekecil-kecil sampailah sebesar-besar ego saya pernah bela. Dari senipis dan setebal- tebal tembok rasa hebat dan rasa tahu sudah saya langgar.

“Bukan duit banyak jadi ukuran,tapi rezeki yang berkat menjadi sandaran”

Rezeki yang berkat bermaksud,ada sedikit cukup . Ada banyak boleh berkongsi dengan orang lain.Keyakinan kita terhadap rezeki tidak berbelah bahagi.

Kita tidak risau duit dalam akaun  tidak cukup. Yang kita risau rezeki yang dapat tiada keberkatan didalamnya.

Kalau kita nak rasa sentiasa cukup dan berkat dalam hidup, pastikan kita tak abai perkara-perkara ini.

1. Amanah dan suruhan Allah.

2. Amanah kebajikan isteri dan anak.

3. Amanah kebajikan mak ayah.

4. Amanah kebajikan adik-beradik.

5. Amanah kebajikan pekerja

“Level kehidupan kita ditentukan oleh apa yang kita TAHU dan yang kita AMBIL TAHU”

 Kredit : Abdul Basit

Nak admin share lagi jom sertai

 https://t.me/tawauakupergiumrah

 https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

 #daftarandalusiatawau

 #tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan


10 Ogo 2020

TUMBLING

 


Dari segi bahasa bermaksud jatuh bergolek…Tapi Tumbling disini lebih kepada Gerakan akrobatik begolek kebelakang. Alah mcm gambar tu..gambar ni ialah aksi bajau palau di sebuah pulau di Semporna, Sabah. Pandai jurukamera ambil position. terbaik

Ni masa kecil2 dulu selalu buat bila mandi sungai. Hehhe siapa kaki mandi sungai ? kita geng.

Masa tu badan ringan lagi, budak kampung lah katakan lasak, semua benda nak dicuba. Benda baiklah hehehe.

Kalau sekarang buat Tumbling patah tulang bro..hahhaha orang nogori cakap. Tak dapek den nak nolong hah!.

Apa pengajaran yang kitab oleh ambil? Bila hidup kita tanpa banyak beban maka banyak pergerakan yang kitab oleh buat, badan ringankan, tak banyak lemak. Perjalanan mudah sebab beban tiada. Naik kereta banyak barang dengan tiada barang pun beza.

So imagine kita di padang mahsyar dengan tanpa beban dosa, hutang, tanggungjawab tertunai. Pasti mudah urusan kita kelak. Oleh itu di dunia disampaing kita meringankan beban sendiri kita juga boleh proaktif meringankan beban orang lain seperti beban mak ayah, adik beradik mahupun saudara kita. Bilah kita mudahkan orang lain pasti ALLAh akan mudahkan kita.

Kami Andalusia Tawau sentiasa berusaha memudahkan Jemaah yang ada niat umrah kami akan bantu sebaik mungkin. InshaAllah

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau

 #tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan


7 Ogo 2020

***** 7 ANAK TANGGA KURANG*****

 


1.      Kurangkan TAKUT banyak MENCUBA

2.      Kurangkan MEMBENCI lebihkan SAYANG

3.      Kurangkan MEMINTA banyakkan MEMBERI

4.      Kurangkan BERCAKAP banyakkan MENDENGAR

5.      Kurangkan MENGADU banyakkan BERSYUKUR

6.      Kurangkan MEMERHATI orang banyakkan BEKERJA

7.      Kurangkan MENGHUKUM banyakkan MENERIMA SEADANYA



6 Ogo 2020

“MAMPUKAH KAU KASI MAKAN BINIMU ? “

Ni ayat sentap yang dilemparkan kepada ku sehingga sampai ke lubuk hati dan amat terasa sampai sekarang belum hilang walaupun sudah belasan tahun kahwin.

Apakan tidaknya baru saja kahwin dah mendapat kritikan yang very deep sehingga membuatkan ku down sangat. Alhamdulillah beberapa hari lalu aku terdengar ungkapan Dr. Azizan Osman yg mengatakan “Kritikan adalah emas”.

Bila aku kaitkan balik dengan cerita aku ni, memang benar. Aku ambil kritikan itu sebagai emas. Aku bekerja keras dan komited sehingga sekarang aku masih mampu beri makan, belikan pakaian, sediakan tempat tinggal, belikan kereta, bawa isteri pergi umrah dan macam2 lagi.

Jadi jangan kita anggap orang yg kritik kita sebagai musuh sebaiknya anggap dia macam doktor yang mau bagi ubat injection. Memang sakit sikit mcm kena gigit semut saja tu bah hahaha. Tapi lepas tu sihat alhamdulillah. Itu lah emasnya, kau dapat beri lebih dari makan. Rezeki datang dari Allah, kita usaha sebaik mungkin insyaAllah pasti ada jalan. Man Jadda Wa Jadda

Mulai sekarang kita perlu ubah cara kita melihat sesuatu. Kritikan, kutukan walaupun ia negatif pada pandangan umum tapi kita mesti lihat secara positif. Kesanya kita akan terus positif.

Semoga cerita ini bermanfaat dan menginspirasikan kita semua.

Memandangkan tajuknya Makan maka admin letak gambar  makanan yang aku makan masa di King Cross, UK. Sodapnyeeeeeee..hahaha jangan marah.

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau

 #tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan



3 Ogo 2020

1 KEPALA ?



Bahasa kampung2 la tu...haha maksudnya yg sebenar ikut bahasa org putih “ALIGN” hehehe. Dalam satu team atau pasukan istilah align sangat penting. Makin ramai ahli team makin sukar utk align.

Sebab kepala kita lain2, fikir kita lain2. Rambut sama hitam tapi hati lain2. Bila semua dah satu kepala follow leader maka senanglah semua tindakan. Kejayaan membanjiri team anda sehingga anda lemas dalam sorakan kejayaan.

Apa cara ? kena duduk sama2 bincang, cari titik tengah dan buat kerja sebagai pasukan dan semua org adalah penting dan perlu dihargai.

Contoh terbaik ialah Rasulullah SAW yg berjaya menyatukan hati2 org quraish sehingga mereka boleh menjadi bangsa yg memerintah dunia suatu masa dulu.

Amatlah berbahagia bila kita dapat menziarahi Rasulullah SAW manusia yg terbaik menyatukan manusia dgn Islam & Iman.

Ni gambar team admin suatu masa dulu. Dorg semua sangat awesome. Dah mcm power rangers hahaha

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/tawauakupergiumrah

#daftarandalusiatawau

#haji 

#umrah

#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan





29 Jul 2020

HUTANG DENGAN ALLAH? JAGUNG RM1 PUN HUTANG!

Suatu masa dulu sekitar awal tahun 80-an, zaman tv hitam putih lagi, hehehe

Admin duduk kampung estate ladang sawit, getah dan  koko. Pekerja estate di beri sedikit ruang tanah untuk bercucuk tanam. So beliau(bapa) pun pigilah(pergi) tanam jagung.

Bila jagung mengeluarkan hasil masa tu admin umur sekitar 5-6 tahun dah kena suruh jual jagung. Bawa jagung berikat naik kereta sorong (kerobak) round satu  kampung teriak “Jagung…Jagung..1 Ringgit”…

Berkeluaranlah makcik-macik, "Nak sini kau. Makcik mau beli jagung"…sekali sudah ambil..Pandai pula makcik tu cakap "Alah nak pakcik mu belum gaji. Hutang dulu ya nak..nanti gaji datang sini ambil duit" . Hahahah

Sudahlah 1 ringgit hutang pulak tu...hahahah

Bila time gaji datang mau kutip hutang alasan lain pulak muncul. Pakcikmu belum balik lagi nak…..ala nak tiada duit kecil….dan bla..bla..bla… 3-5 kali pigi baru dapat rm1…huhuhu

Punyalah susah nak dapat RM1 masa tu….Dalam berniaga elakkan beri hutang especially kita yang niaga kecil-kecilan..sebab bila dah bagi hutang susah nak tagih..hehehe

Itu hutang dengan manusia..bagaimana hutang kita dengan Allah. Hutang solat, zakat, haji & umrah. Kalau dah meninggal waris pula kena uruskan. Selagi ada hayat dikandung badan. Usahalah sebaik mungkin sempurnakan perintah Allah agar kita tidak berhutang dengan Allah SWT. Belum tentu waris kita akan bayarkan.

Nak admin share lagi jom sertai Group Telegram dan FB Tawau Aku pergi Umrah

Nak admin share lagi jom sertai Group FB dan telegram TAWAU AKU PERGI UMRAH untuk info terkini

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share

#daftarandalusiatawau

 #tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan



Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis