Nampak macam tak logik. Tapi ya, ini real. Dulu, saya teringin sangat nak gaji RM 5,000. Dalam hati cakap, kalau dapat gaji macam itu mesti seronok.
Bila Allah izin untuk merasa
pendapatan RM 5,000 , kita mula rasa tak cukup. Kita nak gaji lebih tinggi.
Kita target gaji RM 10,000 pula.
Bila Allah beri pendapatan RM 10, 000,
sekali lagi kita rasa makin tak cukup. Kita naikkan lagi gaji sampai RM 20,000.
Lama kelamaan, kita rasa makin tak
cukup. Kemudian saya ditegur oleh guru saya;
"Bukan nilai ringgit itu yang
buat kita rasa cukup tapi keberkatan dalam setiap sen yang kita dapat. Itu yang
menentukan kecukupan hidup kita."
Ada salah seorang pasukan saya tanya;
"Seronok yek jadi macam Tuan
Basit, gaji besar, boleh pergi ke merata tempat."
Saya kata pada dia sambil berseloroh;
Saya pegang kemas teguran guru saya
tadi. Bukan nilai ringgit itu yang jadi ukuran dalam kecukupaan rezeki.
Ada orang gaji RM 2,000 sahaja, tapi
dia kerja macam gaji dia RM 10,000. Sungguh- sungguh dia buat. Tak berkira.
Siang malam bekerja walaupun gaji dia hanya RM 2,000.
Walaupun gaji RM 2,000, dia punya
bahagia kalah orang yang gaji RM 10,000. Allah mudahkan urusan dia. Allah
lindung dia dari bencana dan kesusahan.
Ada orang gaji RM 10,000 tapi dalam
urusan kerja tak pernah jujur. Culas dalam menjalankan amanah. Suka curi
tulang. Belanja sakan macam esok sudah tiada.
Allah uji dia. Kereta rosak. Superbike
excident. Investment rugi. Gaduh dengan family dan macam-macam lagi.
Ini real. Saya bercakap atas kapasiti
pengalaman. Saya buat bisnes dari jalanan. Saya bukan lahir-lahir terus
mewarisi kekayaan keluarga.
Dulu sebiji telur saya boleh goreng
dan bahagi empat. Satu hari makan satu slice. Settle menu untuk empat hari
punya makan.
Saya ingat lagi bagaimana rasanya tak
ada duit. Saya juga ingat lagi bagaimana rasanya ada berjuta dalam akaun.
Dari sekecil-kecil sampailah
sebesar-besar ego saya pernah bela. Dari senipis dan setebal- tebal tembok rasa
hebat dan rasa tahu sudah saya langgar.
“Bukan duit banyak jadi ukuran,tapi
rezeki yang berkat menjadi sandaran”
Rezeki yang berkat bermaksud,ada
sedikit cukup . Ada banyak boleh berkongsi dengan orang lain.Keyakinan kita
terhadap rezeki tidak berbelah bahagi.
Kita tidak risau duit dalam akaun tidak cukup. Yang kita risau rezeki yang
dapat tiada keberkatan didalamnya.
Kalau kita nak rasa sentiasa cukup dan
berkat dalam hidup, pastikan kita tak abai perkara-perkara ini.
1. Amanah dan suruhan Allah.
2. Amanah kebajikan isteri dan anak.
3. Amanah kebajikan mak ayah.
4. Amanah kebajikan adik-beradik.
5. Amanah kebajikan pekerja
“Level kehidupan kita ditentukan oleh
apa yang kita TAHU dan yang kita AMBIL TAHU”
Nak admin share lagi
jom sertai
https://t.me/tawauakupergiumrah
https://www.facebook.com/groups/226765098777592/?ref=share
#daftarandalusiatawau
#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan