14 Jan 2021

SEJARAH GUA TSUR PENGHIJRAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W


Gua Tsur terletak di puncak Gunung Tsur atau dikenali dikenali sebagai Jabal Thawr yang bermakna Gunung Lembu Jantan ialah nama bagi sebuah gunung di Arab Saudi yang terletak di tanah rendah Makkah yang menjulur ke selatan daerah Misfalah. Gunung Tsur ini terletak kira-kira 4km ke sebelah selatan Masjidil Haram dan tinggi gunung adalah dari aras laut 748meter, manakala dari aras bumi tingginya 458meter.

Gunung Tsur juga sinonim dengan sebuah gua yang digelar Gua Tsur atau dikenali dengan nama sebagai Ghar al-Thawr yang bermaksud Gua Lembu jantan dan di sinilah Nabi Muhammad S.A.W dan Saidina Abu Bakar As- Shiddiq R.A menyorok atas perintah Allah daripada ancaman pembesar Bani Quraish, peristiwa ini berlaku ketika Baginda sedang dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. 

Penghijrahan Rasulullah S.A.W dari kota Makkah ke kota bersama dengan Saidina Abu Bakar As- Shiddiq R.A bermula apabila Baginda diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk berhijrah pada malam hari dan Baginda meminta umat Islam yang lain meninggalkan Makkah dan pergi berhijrah ke Madinah lebih awal manakala Rasulullah S.A.W. dan Saidina Abu Bakar As- Shiddiq R.A akan menyusul kemudian.


Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W dan sahabat Baginda Saidina Abu Bakar As- Shiddiq R.A bersembunyi di dalam Gua Tsur dari kejaran kaum Quraisy yang ingin membunuh Baginda. Rasulullah S.A.W bersembunyi di Gua Tsur sehingga tiga hari lamanya. Saidina Abu Bakar As- Shiddiq R.A hampir cemas kerana hanya sejengkal dari dalam gua ternampak kaki Rasulullah S.A.W dari luar.

Kaum Quraisy berusaha sungguh - sungguh mencari mereka berdua dan membawa pedang dan tongkat sambil mundar - mandir mencari ke segenap penjuru. Ketika itu kaum Quraisy telah bergerak menuju ke gua di tempat persembunyian Baginda dan Saidina Abu Bakar As-Shiddiq dan kaum Quraisy terdengar bunyi bising cicak yang datang dari arah dalam gua tersebut. Kaum Quraisy mula syak bahawa adanya orang di dalam gua tersebut. Dalam pada itu, Nabi Muhammad S.A.W telah membaling batu ke arah cicak dan dan langsung cicak itu mati. Kaum Quraisy tetap menaiki gua itu untuk meninjau tetapi kemudian pemuda Quraisy turun kembali.

Kaum Quraisy tidak menjumpai kerana dengan izin Allah S.W.T di kedua - dua pintu Gua Tsur Allah S.W.T memrintahkan labah - labah untuk menutupinya dengan membuat sarang labah - labah yang sangat tebal. Manakala di sebelah lagi pintu Gua Tsur Allah S.W.T memerintahkan pula burung merpati untuk membuat sarang dan bertelur di situ. Akhirnya kaum Quraisy menyerah kerana menganggap tidak mungkin gua sebesar itu dimasuki oleh orang untuk bersembunyi.


Siapa ada pengalaman bergambar di Jabal Tsur di Kota Makkah ? Jom kongsikan dengan Admin pengalaman anda diruangan komen..

Daftar Umrah Zero Deposit. Tanpa Bayaran Deposit.

Mau kasi senang bah.. endak payah datang pejabat.

klik link whatsapp untuk  tanya? 

wasap.my/60138605564/umrah

wasap.my/60128130461/umrah

Mau daftar terus online pun boleh bah? boleh pra daftar sini.

https://forms.gle/KTuKq3JVGGGE2jnP9

nanti team kami roger balik.



#PKP2021

#AndalusiaTravel 

#KitaJagaKita 

#AllahJagaKita 

#StaySafe 

#StayHealthy

Tiada ulasan:

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis