29 Okt 2020

REDHA DENGAN KETENTUAN ILAHI


🤲🏻Ya Allah... dalam kegembiraan menerima khabar pembukaan umrah bagi orang luar negara, ramai rupanya yang berdukacita😞. 

Berduka di atas ketetapan umur yang menjadi penghalang antara diri mereka dengan dua kota cinta🕋🕌.

🤲🏻Ya Allah... kerinduan pada Tanah Suci ini bukanlah suatu gurauan, ia merupakan 

suatu perasaan yang tidak boleh ditahan, terkadang hanya air mata yang bisa berbicara, mengungkapkan segala luahan yang terbuku di dada.

🤲🏻Ya Allah... bantu mereka untuk sentiasa bersyukur dan redha di atas ketentuan-Mu Tuhan, berikan kepada mereka kesabaran dan kekuatan untuk menanggung perasaan rindu pada kedua Tanah Haram. 

🤲🏻Ya Allah... permudahkan bakal para tetamu-Mu yang tidak lama lagi akan membanjiri dataran Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi dan janganlah Engkau susahkan, jadikan umrah mereka kali ini umrah yang teristimewa.

🤲🏻Ya Allah... peliharalah para tetamu-Mu dari sebarang musibah dan jangkitan virus corona yang mengganas merebak ke seluruh dunia.

🤲🏻Ya Allah... akhirilah ujian pandemik yang melanda dunia ini agar dunia sejahtera kembali, hapuskanlah wabak Covid-19 agar setiap hamba-Mu dapat menikmati beribadah di Tanah Suci-Mu, tidak kira umur, dan tidak kira waktu.

Jemputlah mereka semua, ya Allah...🤲🏻

Jemputlah mereka semua, ya Allah...🤲🏻

Jemputlah mereka semua, ya Allah...🤲🏻

…dari Makkah.


Kredit : Penulis Kenangan Terindah, 

Selasa, 27 Oktober 2020M / 10 Rabi’ul Awwal 1442H.




24 Okt 2020

5 TIPS MERENTAS DAERAH KETIKA PKPB

 Assalamulaikum semua

Semoga dalam situasi PKPB (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSASAR) ni Allah pelihara kita dan dikurniakan kesihatan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sekerja dan jiran-jiran serta seluruh warga Sabah dan Malaysia amnya.

Admin mau kongsi pengalaman merentas 7 daerah dengan 7 Sekatan Jalan Raya (SJR) di Sabah dari Tawau menuju ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu melalui jalan Tawau - Kalabakan - Keningau -KK

7 Daerah tersebut adalah :

1. Tawau - 2 SJR (Jambatan putih & Merotai)

2. Kalabakan - 1 SJR atau Check point

3. Sapulut- 1 SJR Sapulut 

4. Nabawan/Sook - 1 SJR Keningau-Sook/Sook-Nabawan

5. Keningau - 1 SJR (Jalan Keningau-Kimanis)

6. Papar - 1 SJR (Kinarut)

7. Putatan ke Kota Kinabalu  - Tiada SJR



Jadi apa Tips yang perlu kita sediakan?

1. Surat kebenaran merentas daerah dari Balai Polis berdekatan

- Ni alasan mesti kukuh, contoh admin ada surat dari hospital temujanji untuk scan MRI beliau. jadi inshAllah dapat surat pelepasan(Kebenaran merentas daerah) . Mula-mula mau minta 8 orang sebab mau bawak semua rakyat jelata(anak-anak), hahaha. Tapi polis tidak kasi, bincang-bincang di kasi 4 orang saja. ok lah tu...heheh. Surat kebenaran tu tunjuk jak sama polis ketika sampai SJR terus boleh limpas.

Ni contoh borang tu. 



2. Sedia tikar dan sejadah serta air dalam botol (untuk wudhu)

- Kenapa mau bawa tikar? Masjid kan tutup semua, pagar masjid pun kunci..jadi kita solatlah di mana-mana saja asalkan tempat tu bersih dan suci. Jadi tikar buat alas lantai yang kita mau solat nanti..lepastu alas sejadah atas tikar tadi, best la sujud kalau ada sejadah hehehe.


-Jangan lupa air, isi dalam botol saja senang untuk wudhu. Admin singgah solat tepi pondok menunggu bas SMK Nabawam sebab sejuk angin kuat dan ada tempat berteduh..ok lah best pula solat di luar ni

3. Bawa bekal makanan

Kalau tidak mau bawa makanan boleh beli di restoran tapi makan di restoran tak boleh tau. kena cari tempat makan juga lah..mau senang lepas solat makanlah di situ juga...itu pasal bawa tikar buat alas..buat-buat macam picknic 


Admin tapau Nasi ayam katuk madu dari Keningau...kembar nasi ayam penyek lah bai ni...mantap juga ada sambal lagi wow...dan teh tarik...tapi teh tarik habis awal la pulak..hahahaha

4. Rancang perjalanan

Maksud rancang kita boleh set jam berapa gerak, dimana mau berhenti solat, dimana ada tandas(Restoran atau Stesen Minyak), dimana ada jual makanan, hotel/penginapan di KK tempah awal sebelum jalan. Perancangan ni untuk memudahkan kita berjalan dengan lancar

5. Kenderaan fit

Jalan Kalabakan-Sapulut terlalu banyak jalan rosak, kalau sudah biasa boleh tau dimana perlu slow dimana boleh speed. Jadi kalau kereta tidak fit, takut2 rosak tengah jalan banyak lagi isu tu nanti. Kereta sudah servis, tayar ok, engin semua ok, signal hidup hahahah. Brek pastikan cukup makan..nanti masa turun banjaran crocker ni brek lah yang kerja keras.

 Semoga bermanfaat ya..


Jika tuan puan berniat untuk berjalanan lebih jauh dan lebih murni iaitu perjalanan menuju Baitullah boleh roger Admin ya.

Nak admin share lagi jom sertai

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/tawauakupergiumrah

#daftarandalusiatawau

#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan


17 Okt 2020

MEMORI UMRAH PASCA COVID-19


SAAT PERTAMA...

Banyak yang ingin ku luahkan

Banyak yang ingin ku kongsikan

Betapa bisanya perasaan ku

Terhadap setiap perincian umrah pertama

Setelah pembukaan Masjidil Haram semula

Debaran untuk umrah kali ini pasti terasa

Apatah lagi sudah 7 bulan lamanya

Tidak menjejaki dataran Haram

Tidak memasuki Masjidil Haram

Sekian lamanya tidak melihat Baitillahilharam

Hanya memandangnya dari jauh

Melalui gambar-gambar dan live rakaman solat

Pada skrin handphone dan laptop saja

Masih segar lagi dalam ingatan..


SAAT PERTAMA..

Ketika memasuki Masjid Tan'im untuk menunaikan solat

serta menjatuhkan niat ihram

hatiku terdetik " Ya Allah Telah hidup kembali rumah-Mu di sini

menerima para dhuyufurrahman setelah berbulan-bulan lamanya menyepi

dari kunjungan para tetamu Ilahi"


SAAT PERTAMA..

Ketika sampai di tempat berkumpul di dataran Kudai, 

Mataku terus memandang ke tempat ramai jemaah yang berpakaian ihram

"Ya Allah, indahnya suasana begini, sudah lama tidak melihat orang berpakaian ihram di sana sini

Kalau dulu menjadi suatu kebiasaan di Kota Makkah

melihat para lelaki berpakain ihram di mana-mana itu suatu perkara yang lumrah"


SAAT PERTAMA..

Ketika menaiki bas menuju ke Masjidil Haram

"Ya Allah, sudah lama tidak menaiki kenderaan

yang membawaku ke Masjidil Haram

Kegirangan itu terasa kembali seperti sebelum-sebelum ini"


SAAT PERTAMA...

Memijak lantai dataran luar Masjidil Haram

"Ya Allah, kosongya..., putihnya..... dataran yang selama ini

dipenuhi dengan lautan manusia"

Kalau matahari mula memancar pada lantai ini

Teriknya memandang pada dataran amat memeritkan mata

Namun...

Suasana di keheningan pagi waktu syuruq ini

terasa tenang dan damai

Aku berjalan...

Perpusing...

Melihat sekeliling suasana baru yang tidak pernah berlaku



SAAT PERTAMA....

Memasuki Masjidil Haram

Mataku mula berkaca

menahan sebak di dada

Syukur Alhamdulillah

Terima kasih ya Allah

Kembalikan daku ke sini

Setelah sekian lama ternanti-nanti


SAAT PERTAMA...

Berjalan di lantai Masjidil Haram

Ku ucapkan MasyaAllah!!!

Kilatnya Masjidil Haram

Lantainya, Tiang-tiangnya, lampu-lampunya

Permaidani nya bersih 

Bau segar wangian ros

Menusuk ke dalam rongga hidung ku

Pemandanganku ini seolah-olah ini kali pertama

aku menjejak kan kaki ke MAsjidil Haram ini

Aku meneruskan langkah ku ke depan

dibawa oleh seorang pegawai berjalan dalam kumpulan

Satu persatu berbaris dalam penjarakkan

penuh semangat mengorak langkah

untuk bertawaf di Bait ar-Rahman

Akhirnya..



SAAT PERTAMA..

Mataku terpandang pada Kaabah

Air mata tak tertahan lagi

Ia berguguran meluahkan segala rasa

yang terbuku di hati

Aku terus melampiaskan segala perasaan rinduku

Pada rumah-Mu yang sentiasa teguh berdiri

Penuh keizzahan dan kemulian

sepanjang waktu

"Ya Allah, terima kasih di atas jemputan Mu"


"Ya Allah, Jemputlah semua hamba-Mu ke sini agar dapat merasai kenikmatan beribadah di Tanah Suci.."


Kenanagan Umrah Pertama

Fasa Pertama

Batch ke-2

Ahad 4 Oktober 2020/17 Safar 1442H

6:00-9:00pagi


Kredit : FB Makkah Kenangan Terindah

Jom sertai Group Tawau Aku pergi umrah seperti link di bawah:

https://t.me/tawauakupergiumrah

https://www.facebook.com/groups/tawauakupergiumrah

#daftarandalusiatawau

#tawau #kunak #lahaddatu #semporna #kalabakan



Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis