15 Okt 2021

PROSEDUR UMRAH PASCA COVID 2021


1. Had Umur – 18 tahun ke atas. Kanak-kanak tidak dibenarkan. Tiada had umur.

2. Kesihatan – Diluluskan sihat tubuh badan dan tiada gejala COVID 19, bukan PUS, PUI atau HSO.

Mesti ada keupayaan untuk mengurus diri sendiri.

3. Lengkap 2 dos vaksin – Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca.

(Utk vaksin Sinovac, jemaah perlu ambil 1 dos “booster” dpd Pfizer, Moderna, Johnson atau

AstraZeneca sebagai syarat)

4. Daftar jenis vaksin diambil dlm https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan bawa salinan

pengesahan vaksin utk semakan pihak berkuasa Arab Saudi.

5. Visa Umrah & visa Pelancong dibenarkan buat Umrah. Perbezaan di antara visa umrah dan

tourist visa. Yang mana pilihan? 

contoh Visa Umrah


Bagi pemegang Visa Pelancong, urusan permit ibadah Umrah & ziarah

Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna.

Kenapa tidak digalakkan guna visa pelancong:-

i) Slot tarikh dan masa umrah mungkin tak sama utk group. Memang sukar untuk dapatkan slot yang

sama.

ii) Nak tempah slot umrah dari Malaysia tak boleh. Mesti tiba di Saudi, jemaah kena beli simkad,

install app ditelefon masing-masing, buka akaun tawakkalna dan i’tamarna, baru boleh masukkan

detail diri. Nak dapat SMS untuk nak register app tu pun satu hal. Nak tukar bahasa arab ke bahasa

english pun satu hal.

iii) System aplikasi ini berasaskan kepada kod warna. Kementerian kesihatan Arab Saudi akan ambil

masa untuk sahkan ujian PCR  kita dan borang yang diisi di Lapangan Terbang Jeddah/Madinah. Lepas mereka sahkan, barulah tawakkalna kita bertukar warna.

iv) Lepas bertukar warna, barulah boleh tempahan. bayangkan hari ke-3 dan ke-4 baru nak tempah

masuk raudhah dan ziarah Rasulullah. Kemudian nak tempah slot umrah.

v) Proses yg rumit ni memang berisiko tinggi untuk pakej 12 hari 10 malam. Sebaliknya kalau guna

visa umrah, Muassasah yang akan mohon semua permit umrah & ziarah Raudhah semasa dapatkan

visa. Jadi jemaah pergi dgn tenang kerana slot umrah & Raudhah dah tentu ada.

6. Jemaah kena muat turun aplikasi Tawakkalna & Eatmarna dalam telefon pintar masing-masing.

(Tawakkalna – Utk pantau kesihatan & pergerakan jemaah (spt mysejahtera),

Eatmarna – Utk pohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah & solat di Masjidlharam)

7. Muatan bilik maksimum 2 orang sahaja.

8. Muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% utk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang.

9. Tempahan bilik & kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej

setelah tempahan dibuat. Bayaran refund tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan

apabila tiba di Arab Saudi.

10. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah kena buat ujian PCR dlm tempoh 72 jam dari waktu

berlepas dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi.

11.Tiada kuarantin di Arab Saudi.

12.Ibadah Umrah & ziarah Raudah perlu ada permit (diuruskan oleh agensi Umrah bagi visa Umrah

sahaja).

13.Permit ibadah Umrah & ziarah Raudah akan dimohon dari Malaysia sewaktu permohonan visa

Umrah.

14.Tiba di Arab Saudi, agensi/jemaah perlu sahkan slot ibadah Umrah & ziarah Raudah selewatlewatnya 24 jam sebelum slot ibadah Umrah atau ziarah Raudah.

Selepas slot disahkan, tidak boleh dipinda atau batal.

Andalusia tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berpeluang menunaikan umrah/ ziarah

Raudah setelah slot dipinda atau batal oleh jemaah 

15.Ibadah Umrah & ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dlm tempoh pakej.

Permohonan melakukan umrah kali ke-2 akan dapat slot/kelulusan selepas 14 hari dari tarikh

melakukan umrah pertama. Tertakluk kepada kekosongan slot.

16.Pergerakan Ibadah Umrah & ziarah Raudah secara berkumpulan (25 org setiap kumpulan) &

diiring oleh peg Saudi/wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka

akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan

ibadah Umrah atau ziarah Raudah.

17. Bagi setiap group 25 orang akan ada 1 orang mutawwif dari Malaysia. Mutawif Indonesia (yg ada

iqamah Saudi dan menetap di Saudi) tidak boleh bimbing kumpulan ibadah Umrah / ziarah Raudah

kerana mereka tiada permit Umrah sama seperti slot jemaah dari segi tarikh & masa yang sama.

Walaubagaimanapun, selain dari membimbing umrah atau ziarah Raudah, mutawwif Indonesia di

Makkah masih boleh membimbing perkara-perkara lain seperti ceramah dan aktiviti ziarah.

18.Aktiviti ziarah, jemaah boleh turun dari bas tapi tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa

oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Tidak boleh jika beramai-ramai dan berkelompok.

19.Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak perlu permit, hanya perlu scan Tawakkalna.

20.Solat 5 waktu dalam Masjidilharam perlu permit. Jemaah kena mohon sendiri dalam app

Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan.

21.Sebelum balik Malaysia, jemaah kena buat ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam)

sebelum waktu ketibaan penerbangan di KLIA dengan keputusan negatif.

22.Tawaf wada’ masih belum dibenarkan.


Prosedur waktu balik dari Arab Saudi.

1. Setakat ini, prosedur kuarantin ketika pulang dari luar negara masih kekal 14 hari.

2. Jemaah yang ingin kuarantin di rumah mesti memohon secara email ke KKM di hso@moh.gov.my

7-10 hari sebelum berlepas balik ke Malaysia




3. Sekiranya diluluskan boleh kuarantin di rumah sendiri tetapi jika tidak mendapat kelulusan, perlu

kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan. Kos kuarantin jemaah adalah dibawah

tanggungan sendiri.



Perlindungan Insurans Saudi dengan tambahan insurans Covid-19 (termasuk di dalam pakej)

1. Coverage – Hanya untuk kes kecemasan sahaja sepanjang berada di Saudi.

2. Tempoh Perlindungan – 30 hari dari tarikh tiba di Saudi

3. Jumlah perlindungan biasa – maksimum SR100,000

Benefit –

i) hospitalization bagi kes emergency.

ii) kematian akibat kemalangan atau bencana. Bukan mati akibat sakit natural.

iii) kemalangan/ kecacatan kekal akibat kemalangan

iv) Flight delay atau flight cancellation yang tiba-tiba tanpa notis awal dari Saudi

v) Penghantaran balik jenazah (SR10,000)


4. COVID-19 Assistance

Benefit –

i) Penghantaran pulang jika keadaan kesihatan memerlukan

ii) Kos hospitalization dan ubatan – maksima SR650,000

iii) Kos kuarantin SR450 sehari (maksima 14 hari). Selebihnya di tanggung sendiri.

iv) Kos pengebumian – maksima SR6,500

5. Tidak termasuk:-

i) PCR test

ii) Perbelanjaan yang tidak dilaporkan

iii) Jika jemaah di larang untuk travel dari Malaysia



Langkah-langkah yang harus di ambil oleh jemaah:-

1. Jaga kesihatan terutamanya 14 hari sebelum berlepas. Pastikan anda telah bersedia dengan ubatubatan dan dari awal lagi makan vitamin secukupnya untuk menguatkan imuniti diri sendiri.

2. Jujur dalam pengisytiharan tahap kesihatan anda. Sekiranya tidak jujur, boleh membawa padah

kepada diri anda sendiri.

3. Tidak digalakkan berkumpul beramai-ramai seperti kenduri dan sebagainya seperti sebelum ini.

Saya cadangkan juga untuk keluarga jemaah tidak lagi berkumpul beramai-ramai menghantar di

airport seperti sebelum ini.

4. Selepas buat PCR test 72 jam sebelum berlepas, terus kuarantin kendiri di rumah.

5. Pastikan ada telefon pintar khusus untuk kegunaan nombor Saudi bagi tujuan apps Eetamarna &

Tawakkalna.

6. Siap-siap muat turun apps Eetamarna & Tawakkalna sebelum berlepas.

7. Walaupun pakej menyediakan Skim Takaful Umrah dan Insurans COVID di Saudi, di cadangkan

Jemaah tetap membeli travel insurans/ takaful perjalanan sendiri bagi perlindungan tambahan di

luar jangkaan.

8. Bersiap sedia dengan bekalan kewangan persendirian yang secukupnya bagi kos PCR dan

kuarantin, sekiranya diperlukan.

9. Patuhi semua SOP dan tatacara sepanjang anda di Saudi dan tetap amalkan kawalan kendiri

khususnya memakai pelitup muka termasuk sewaktu tawaf dan solat, sentiasa guna hand sanitizer,

jaga penjarakan fizikal dan elakkan tempat sesak.

10. Hendaklah bertanggungjawab membaca, memahami dan akur dengan semua SOP Umrah pasca

COVID demi keselamatan diri sendiri.

11. Yang penting, fokus kepada ibadah umrah dan ziarah Rasulullah yang dirindui dan bukan

perkara-perkara lain, semoga Allah memberkati niat kita, insya Allah.




4 Mei 2021

KENAPA RAMAI YANG BERZIKIR TETAPI SEMAKIN DIA BERZIKIR SEMAKIN DEKAT DIA DENGAN SYAITAN?



Seorang Murid Bertanya Kepada GURUnya (Imam Al Ghazali)

“Syeikh, “ Bukankah zikir boleh

Membuat Seorang Beriman Lebih Dekat Dengan Allah Ta’ala 

Dan Syaitan Akan Berlari Jauh Darinya ?

“Benar,”

Jawab Imam al-Ghazali.

“Namun Kenapa Ada Orang Yang Semakin Rajin Berzikir Justeru Malah Semakin Jauh dari Allah malah bertambah Dekat Dengan Syaitan ?” Lanjut Sang Murid.

Gurunya Yang Diberi Gelar 

Hujjatul Islam Ini pun Bertutur.

“Bagaimana Pendapatmu, 

Jika Ada Orang Yang Mengusir Anjing, Namun Dia Masih Menyimpan Tulang Dan Berbagai Makanan Kesukaan Anjing Disekitarnya ?”

“Tentu, Anjing Itu Akan Kembali 

Datang Setelah Diusir.” 

Jawab Sang Murid.

Imam al-Ghazali Menjelaskan, 

Demikian Juga Dengan Orang-Orang Yang Rajin Berzikir 

Tapi Masih Menyimpan Berbagai Penyakit Hati Dalam Dirinya. 

Syaitan Akan Terus Datang 

Dan Mendekat Bahkan Bersahabat Dengannya.

Penyakit - Penyakit Hati Itu Ialah :

Seperti Kesombongan, 

Irihati, Dengki, Syirik, 

Bersikap /berucap Kasar, Riya, 

Merasa Soleh, Merasa Suci, 

Ghibah, Marah, Mengadu domba

Dan Berbagai Penyakit Hati Lainnya.

Ketika Penyakit-Penyakit Itu Menghinggapi Diri Seorang Hamba, Maka Syaitan Terlaknat 

Akan Senantiasa Datang, 

Mengakrabkan Diri, 

Kemudian Menjadi Sahabat Karibnya.

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

 صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم

Kredit : Ustaz Ahmad Lutfi Al-Linggi



22 Apr 2021

KENAPA KURMA DI BENCI JIN DAN SYAITAN? KENAPA NABI SAW MEMAKANNYA DALAM KUANTITI GANJI?

Mengapa kurma dibenci jin dan syaitan?

Serta mengapa Nabi SAW memerintahkan kita, memakan dalam hitungan ganjil 3, 5, 7, 9 atau 11 dan dimakan pada pagi hari?

Dan yang paling baik makan tujuh biji kurma. Baik dari segi Agama dan ilmiah penjelasan atas pertanyaan ini yaitu ternyata kurma membuahkan daya perlindungan tubuh manusia dan membuat perisai dan pelindung untuk tubuh manusia.

Amir bin Saad dari ayahnya – berkata: Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma.

Penelitian sudah tunjjukkan kalau buah kurma miliki manfaat utama.



PERTAMA

Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah seterunya mengelakkan saluran darah tersumbat

KEDUA 

Mencegah kanser usus besar serta mencegah penyakit buwasir dan  membantu tahap kehamilan serta waktu bersalin, sebab kurma mengandungi serat serta makanan yang baik pencernaan dan gula.


KETIGA

Mencegah kerusakan gigi karena mengandung fluorine.


KEEMPAT

Mencegah racun karena mengandung natrium, gallium dan vitamin C.



KELIMA

Penyembuhan kepada kekurangan darah merah karena mengandung zat besi, tembaga, vitamin B-2.


KEENAM

Ubat untuk penyakit lemah tulang karena mengandung kalsium, fosfor, vitamin A.


KETUJUH

Penyembuh untuk kehilangan selera makan dan kurangnya fokus karena mengandung gallium.


KEDELAPAN

Untuk pengobatan kekurangan umum dan jantung berdebar karena mengandung magnesium, tembaga.


KESEMBILAN

Ubat kanser sendi dan otak karena mengandung boron.


KESEPULUH

Anti-kanser karena mengandung selenium.



KESEBELAS

Pengobatan disfungsi ereksi karena mengandung boron, vitamin A.


KEDUABELAS

Perawatan untuk kulit kering dan penyakit kornea mata kering serta kebutaan malam karena mengandung vitamin A.


KETIGABELAS

Ubat untuk penyakit saluran pencernaan saraf karena mengandung vitamin B1.


KEEMPATBELAS

Perawatan untuk rambut gugur dan stress mata serta selaput lendir rongga mulut serta inflamasi bibir karena mengandung vitamin B-2.


KELIMABELAS 

Perawatan inflamasi kulit karena mengandung vitamin niacin.


KEENAMBELAS

Ubat untuk penyakit kudis, melemahkan keseluruhan tubuh dan jantung berdebar, sesak nafas dan kecut pembuluh darah serta timbulnya bintik-bintik merah pada kulit serta kekurangan dalam tulang dan gigi, karena mengandung Vitamin C, atau ascorbic acid 2 E


KETUJUHBELAS 

Pengobatan keasaman diperut karena mengandung klorin, natrium dan gallium.


KEDELAPANBELAS 

Pengobatan penyakit gusi dan kekurangan saluran darah capillary, kekurangan kekuatan otot dan tulang karena mengandung vitamin C.


Sumber : Group Whatsapp semoga bermanfaat





15 Apr 2021

KURMA YANG DIRINDUI HADIAH UNTUK STAFF SEMPENA RAMADHAN


Disebabkan C19 ini, 2020 dan 2021 bukannya senang bagi kita semua untuk menjalani hidup kita, apatah lagi bagi peniaga dan warga makan gaji. Pelbagai rintangan dan cabaran telah kita hadapi namun kita belum menang lagi, kita kena terus bertahan, bertabah, bersabar untuk menghadapinya di masa akan datang. 

Namun, saya amat berbesar hati dan bersyukur kerana mempunyai pekerja-pekerja yang sangat kuat, bersabar, memberikan kerjasama yang sngat baik kepada syarikat. Selama pandemic ini, mereka telah menjalankan tanggungjawab masing-masing di tahap yang sangat tinggi. Tidak pernah berkira dengan syarikat. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, ini lah nilai yang saya lihat di dalam setiap invidual mereka. Dengan adanya kerjasama dan komitmen yg diberikan, pihak syarikat tetap mencapai kejayaan yang agak di luar jangkaan walaupun dalam waktu yang susah ini. 


Sempena bulan ramadhan ini, dengan tulus iklhasnya saya memberikan setiap pekerja satu kotak Kurma Ajwa. Mengharapkan ia dapat menambahkan sesuatu yang bermakna dalam bulan puasa mereka. Walaupun ia bukannya sesuatu yang sangat bernilai, tetapi ia mewakili penghargaan daripada saya dan syarikat. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pekerja atas kerjasama mereka selama ini. 

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: 

 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : 

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا 

Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharap,

غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ " .

 diampuni dosa-dosanya yang lalu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 37]

Semoga bulan Ramadhan yang barakah pada tahun ini membawa rahmat dan keberkatan kepada pekerja saya, pelanggan dan kawan-kawan saya muslim, dan kita semua.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1442 HIJRAH / 2021.


Terima kasih juga kepada Andalusia Cawangan Tawau membekalkan Kurma Ajwa yang berkualiti dengan harga yang amat berpatutan.

staff yang disayangi Muhammad Hanafi II Ly Szly Rahmat Hussin Mohd Fahizudin Mel Ling Mohd Razie Rastina Nawia 

Kredit : Ryan Chang, Tawau, Sabah


8 Apr 2021

KURMA YANG DI RINDUI - ANDALUSIA FOOD INDUSTRIES SDN BHD



Syarikat Pengendali umrah dan haji. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) kini mengorak langkah dalam perniagaan baharu dengan memasarkan produk kurma, Kurma Yang Dirindui (KYD) menerusi syarikat Andalusia Food Industries Sdn Bhd.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ida Riswana Idris berkata, Andalusia menerokai perniagaan baharu itu berikutan perniagaan mengendalikan pakej haji dan umrah tidak dapat beroperasi kerana penularan Covid-19 sejak awal tahun 2020.

Menurut Ida Riswana. Andalusia menceburi bidang perniagaan dengan menjual produk KYD sebagai salah satu cara untuk menjadi pengubat rindu kepada jemaah yang betul-betul ingin kembali ke Tanah Suci Makkah.

"Sejak berhadapan dengan pandemik Covid-19, ramai jemaah Andalusia sentiasa bertanya bila agaknya kita boleh mula kembali mengerjakan umrah dan menziarah makam Rasulullah SAW di Madinah.

Justeru apa yang Andalusia boleh berikan kepada mereka yang merindui Makkah dan Madinah, maka timbullah idea untuk mengimport kurma dari Madinah," katanya kepada Sinar Ahad di Ibu Pejabat Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur di sini pada Khamis



Ida Riswana berkata, pihaknya turut beralih kepada perniagaan kurma untuk meneruskan perniagaan dan menyelamatkan pekerja mereka.



Menurutnya, kebanyakan daripada mereka hilang sumber pendapatan hampir setahun.

"Selepas industri pelancongan kami ditutup pada 28 Februari 2020. kami langsung tiada perniagaan ataupun sumber pendapatan.

"Kami mempunyai 300 kakitangan di syarikat Andalusia Travel & Tours Hampir separuh daripada mereka terpaksa ditamatkan perkhidmatan. Malah, ada juga yang mengambil cuti tanpa gaji

"Disebabkan tidak mahu lagi kehilangan pekerja, maka kami mula dengan perniagaan kurma pada 9 Februari lepas. tidak sampai dua bulan." katanya.

Kredit : Sinar Malaysia oleh Raja Nur Faznie Aida, Kuala Lumpur


 







 

24 Feb 2021

MENGUBAH LALUAN JALAN UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN

Tahukah Anda,,

diantara Kemungkaran yang Dilakukan Oleh Kaum Saba' satu ketika dahulu,,,setelah mereka dikurniakan Keamanan dan Kemakmuran,,

kaum saba' dengan sengaja ingin Mengubah Laluan jalan  Utama yang sepatutnya Mudah dan ringkas serta boleh dilalui oleh semua golongan



iaitu perjalan dari kota yemen menuju ke kota syam,,,

dahulu dengan kemakmuran yang dimiliki mereka,,,

golongan fakir Miskin bebas untuk berpergian dengan aman,,,

sama ada mereka berjalan diwaktu malam atau siang harinya,,,,,,

tiba-tiba timbul idea busuk dari satu golongan manusia yang beranggapan mereka tidak bisa membuat keuntungan dari perjalanan yang mudah dan aman ini,,,,

kecuali mencipta satu perjalanan yang sulit dan susah,,,,,



maka dari situ diletakkan kos-kos tertentu yang dikenakan kepada Para musafir,,

dan secara terancang ia mendatangkan keuntungan kepada pihak tertentu,,,,,,

dan akhirnya hanya golongan bangsawan sahaja yang mampu untuk bermusafir kalau ikut program yang mereka aturkan,,

golongan miskin tidak lagi mampu untuk bermusafir disebabkan kos perjalanan meningkat,,,,,,,,,

padahal Allah s w t sudah tentukan dari asalnya laluan yang mudah dan aman,,,,

akibat perbuatan keji tidak Bersyukur ini,,,

Allah  Binasakan mereka kesemuanya

firman Allah didalam surah saba' ayat ke 18&19

(وَجَعَلۡنَا بَیۡنَهُمۡ وَبَیۡنَ ٱلۡقُرَى ٱلَّتِی بَـٰرَكۡنَا فِیهَا قُرࣰى ظَـٰهِرَةࣰ وَقَدَّرۡنَا فِیهَا ٱلسَّیۡرَۖ سِیرُوا۟ فِیهَا لَیَالِیَ وَأَیَّامًا ءَامِنِینَ)

Dan  di antara tempat kediaman mereka di negeri Yaman dan bandar-bandar di daerah negeri Syam,,,

yang Kami limpahkan keberkatan padanya dengan kemakmuran,,,

disamping itu 

Kami bangunkan juga beberapa buah kota yang jelas kelihatan pada orang-orang yang melalui jalan itu,,,




dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya  yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan,,

dan  dikatakan kepada mereka,,

Berjalanlah kamu di Kota-kota itu pada waktu malam dan siang  dan bila bila masa sahaja yang di inginkan dalam keadaan  aman,,

(فَقَالُوا۟ رَبَّنَا بَـٰعِدۡ بَیۡنَ أَسۡفَارِنَا وَظَلَمُوۤا۟ أَنفُسَهُمۡ فَجَعَلۡنَـٰهُمۡ أَحَادِیثَ وَمَزَّقۡنَـٰهُمۡ كُلَّ مُمَزَّقٍۚ إِنَّ فِی ذَ ٰ⁠لِكَ لَـَٔایَـٰتࣲ لِّكُلِّ صَبَّارࣲ شَكُورࣲ)

(sayangnya nikmat kemakmuran ini membuatkan mereka menjadi tidak bersyukur dan kufur)

maka mereka  berkata,,

Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami di antara sebuah bandar dengan yang lain,,,

dan mereka berlaku zalim terhadap diri mereka sendiri,,

Kami jadikan kisah kemungkaran keji  mereka ini  sebagai kisah tauladan bagi ummat yang datang selepas mereka,,

serta kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. ,,

Sesungguhnya kisah mereka yang dibinasakan ini mengandungi pelajaran dan tanda-tanda yang besar  bagi  seorang mukmin yang sentiasa bersikap sabar lagi  bersyukur.,,

*****

*****

ada ker berlaku hal sebegini dizaman kita?

kalau di arab ada satu kes,,

sepatutnya boleh jalan tegak dan ringkas serta kos bikin jalan boleh jadi murah,

dibuat laluan jalan melencong jauh berputar putar,,,orang yang bikin project itu ada ambil untung di situ,,,,

tapi bila orang kritik,,,

katanya ente mana faham,,dibuat jalan begitu sebab nak mengurangkan kesesakan ,,kelajuan,,bla bla bla,,,

fikir fikir betul juga tu ermmmmmm

sama juga dengan pengangkutan Awam yang sengaja berjalan jauh kerana nak mengenakan bayaran yang mahal pada penumpang sedangkan laluan dekat dan mudah ada tersedia,,

dimanfaatkan kejahilan penumpang bagi memeras bayaran yang tidak patut,,,

apa pun syukur  alhamdulillah

kes sebegini tak terjadi dimalaysia....


Kredit : Che Pai

9 Feb 2021

FADILAT MEMAKAN 7 BIJI KURMA, ADAKAH KHUSUS BUAT KURMA AJWAADINAH SAHAJA ATAU UMUM BUAT SEMUA JENIS KURMA?

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-347 : FADILAT MEMAKAN TUJUH BIJI KURMA, ADAKAH KHUSUS BUAT KURMA AJWAH MADINAH SAHAJA ATAU UMUM BUAT SEMUA JENIS KURMA?

Butiran

Dimuatnaik oleh Tengku Ibrahim Helmi

 Diterbitkan: 18 Disember 2019

Irsyad Fatwa Irsyad Fatwa Umum

IF 347 kurma



Soalan :

Assalamualaikum w.b.t.

Saya ada satu persoalan. Saya ada mendengar satu hadis yang menyebut mengenai kelebihan makan kurma ajwah sebanyak 7 biji pada setiap pagi, akan terselamat daripada racun dan sihir. Soalan saya, adakah fadilat tersebut hanya khusus kepada kurma ajwah Madinah sahaja atau sebenarnya umum buat semua jenis kurma? Harap Dato’ dapat memberi pencerahan.


Jawapan :

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.


Definisi kurma (Phoenix dactylifera)

Sebelum kami bahaskan lebih lanjut kepada persoalan di atas, kami ingin mulakan dengan melihat terlebih dahulu makna kurma itu sendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat kurma ialah sejenis tumbuhan (palma) yang buahnya manis dan boleh dimakan.[1] Kurma merupakan tumbuhan daripada dari genus Phoenix. Perkataan phoenix berasal dari perkataan Phoenicia yang bermaksud pokok kurma, dan dactylifera berasal dari perkataan Greek daktulos bermaksud jejari yang menggambarkan bentuk buahnya. Pokok kurma dalam bahasa Arab disebut sebagai nakhl, manakala buahnya yang matang dipanggil tamar. Penanaman pokok kurma bermula sejak sebelum Masihi iaitu 6000 hingga 8000 tahun yang lalu di Mesopotamia.[2] Imam al-Nawawi telah menyebutkan bahawa terdapat sebanyak 120 jenis kurma Madinah. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (12/50)]

Adapun Ajwah adalah merupakan salah satu jenis daripada jenis-jenis tamar (kurma). Al-Jauhari telah menyatakan bahawa kurma Ajwah merupakan antara jenis kurma yang terbaik di Madinah. [Lihat : al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (36/284)] Begitu juga Imam al-Nawawi menyatakan perkara yang sama iaitu Ajwah adalah daripada jenis kurma yang baik. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/3)] Manakala Ibnu Hajar al-Asqalani pula menyatakan bahawa kurma Ajwah adalah kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah. Kemudian, beliau menukilkan pendapat al-Dawudi yang menyatakan bahawa kurma Ajwah termasuk di dalam kategori kurma yang sederhana saiznya. Dan Ibnu al-Athir pula menyatakan di dalam kitabnya al-Nihayah bahawa kurma Ajwah merupakan sejenis kurma daripada Madinah, saiznya lebih besar daripada kurma (al-Soyhani) dan warnanya kehitam-hitaman. [Lihat : Fath al-Bari (10/238), dan Mirqah al-Mafatih (7/2705)] Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menyebutkan bahawa Ajwah Madinah adalah merupakan kurma yang paling bermanfaat di Tanah Hijaz secara umumnya, bentuknya baik, isinya padat dan kuat, termasuk antara kurma yang paling lazat (sedap), lembut dan harum. [Lihat : al-Tibb al-Nabawi, hal. 258]

Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa kurma Ajwah adalah kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah, warnanya kehitam-hitaman, saiznya sederhana dan isinya padat.

Kelebihan makan kurma Ajwah

Terdapat hadis-hadis yang menyebutkan mengenai kelebihan memakan 7 biji kurma Ajwah pada waktu pagi. Di antaranya daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

Begitu juga, daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :

إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً - أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ - أَوَّلَ الْبُكْرَةِ

Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)]

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa ‘Aliyah ialah kawasan yang terdiri daripada kebun-kebun, perkampungan dan pekan dari dataran tinggi Madinah yang menuju ke arah Najd. Atau dataran rendah dari arah yang lain yang menuju ke Tihamah. Kawasan ‘Aliyah yang paling dekat dari Madinah adalah pada jarak 3 batu (mil) dan yang paling jauh adalah pada jarak 8 batu. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/3) dan Ikmāl al-Mu’lim bi fawāid Muslim]

Dalam satu riwayat lain daripada Saad bin Abi Waqqas datang dengan lafaz tanpa menyebut kurma Ajwah :

مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ، لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan pada waktu pagi tujuh biji kurma, yang ditanam antara dua bebatuan hitam, tidak akan memberi mudarat kepadanya sebarang racun sehinggalah petang.” [HR Muslim (2047)]

Akan tetapi di dalam Mustakhraj Abi Awanah, selepas disebutkan hadis di atas, dinukilkan pula kata-kata daripada Abu Tuwalah yang menyebut bahawa dia mendengar orang ramai menyebut kurma yang dimaksudkan adalah kurma Ajwah. Begitu juga, Ibnu Wahb menyatakan perkara yang serupa. [Lihat : Mustakhraj Abi Awanah, no. 8341, (5/189)]

Manakala daripada riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :

والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ

Maksudnya : “Kurma Ajwah itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.” [HR Ahmad (8037), al-Tirmizi (2066) dan Ibnu Majah (3455). Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya sahih]

Daripada hadis-hadis ini, secara zahirnya dapat kita fahami bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi akan mendapat fadilat sebagaimana yang telah disebutkan iaitu terselamat daripada sebarang racun dan sihir.

Adakah fadilat ini khusus buat kurma Ajwah Madinah sahaja, atau umum buat semua jenis kurma?

Ibnu Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pendapat ulama mengenai hal ini. Antaranya daripada al-Khattabi yang menyatakan bahawa :

كَوْنُ الْعَجْوَةِ تَنْفَعُ مِنَ السُّمِّ وَالسِّحْرِ إِنَّمَا هُوَ بِبَرَكَةِ دَعْوَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِتَمْرِ الْمَدِينَة لَا لخاصية فِي التَّمْر

Maksudnya : “Kurma Ajwah bermanfaat bagi mengubati racun dan sihir disebabkan oleh keberkatan doa Nabi SAW kepada kurma Madinah, dan bukan kerana khasiat kurma itu sendiri.”

Manakala Ibnu al-Tin pula berpendapat bahawa :

يُحْتَمَلُ أَنْ يَكُونَ الْمُرَادُ نَخْلًا خَاصًّا بِالْمَدِينَةِ لَا يُعْرَفُ الْآنَ

Maksudnya : “Berkemungkinan yang dimaksudkan di sini ialah kurma yang secara khususnya terdapat di Madinah, yang tidak diketahui lagi pada masa sekarang”

Al-Maziri berpendapat bahawa perkara ini antara perkara yang tidak dapat difikirkan munasabahnya (logiknya) melalui ilmu perubatan kerana kalaulah manfaat kurma sebagai penawar kepada racun dapat dibuktikan melalui ilmu perubatan, maka tiada keperluan lagi untuk meletakan had pada bilangan iaitu tujuh biji dan juga jenis iaitu kurma Ajwah. Dan boleh jadi ia adalah khusus bagi penduduk pada zaman Nabi SAW atau kebanyakan orang daripada mereka. Sekiranya tidak sabit penyembuhan tersebut berterusan berlaku sehingga kepada zaman kita pada kebanyakan orang, sekalipun ia berlaku pada ramai orang, maka kita boleh simpulkan bahawa ia bermaksud memberi penyembuhan dalam kebanyakan keadaan.

Qadi ‘Iyad pula berpendapat fadilat tersebut adalah khusus buat kurma Ajwa ‘Aliyah dan kurma-kurma yang ditanam di dalam Madinah (antara dua bebatuan hitam) sepertimana penawar yang hanya didapati dalam sebahagian ubat yang terdapat pada sebahagian kawasan dalam sebuah negeri dan bukan daripada jenis selainnya disebabkan oleh tanah dan udara (kawasan tertentu) yang memberi kesan.

Sebahagian ulama yang lain pula menyatakan bahawa mengkhususkan kurma Madinah bagi fadilat tersebut, jelas dapat dilihat melalui lafaz-lafaz pada matan hadis berkenaan, adapun mengkhususkannya hanya pada zaman (Nabi SAW) sangat jauh (menyimpang).

Al-Qurtuby menyatakan bahawa secara zahirnya hadis-hadis tersebut menunjukkan kepada pengkhususan kurma Ajwah Madinah bagi menyembuhkan racun dan membatalkan sihir.

[Lihat : Fathu al-Bari (10/239-240)]

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis di dalam bab kelebihan tamar Madinah menyatakan bahawa hadis-hadis ini menunjukkan kelebihan tamar Madinah dan Kurma Ajwah. Juga kelebihan memakan tujuh biji kurma pada waktu pagi. Dan kelebihan ini hanya buat kurma Ajwah Madinah sahaja, serta bukan pada kurma-kurma yang lain. Manakala, bilangan 7 biji termasuk di dalam perkara yang hanya diketahui oleh Allah SWT akan hikmahnya. Adapun kita wajib beriman dan menerimanya, serta meyakini akan fadilatnya (adalah benar) dan ada hikmahnya (akan perkara tersebut), sebagaimana ketetapan terhadap bilangan solat, kadar nisab di dalam zakat dan lain-lain. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/3)] Ibnu Qayyim al-Jauziyyah juga ada menukilkan pendapat yang mengatakan bahawa fadilat tersebut adalah pada kurma Ajwah Madinah. [Lihat : al-Tibb al-Nabawi, hal. 258]

Pandangan ulama kontemporari

Syeikh Ibn Baz pernah menyatakan bahawa sesiapa yang mengamalkan memakan kurma sebanyak tujuh biji adalah merupakan salah satu cara rawatan. Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah Madinah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya.” Dalam riwayat lain dengan lafaz : “yang ditanam antara dua bebatuan hitam” iaitu kurma Madinah keseluruhannya. Dan diharapkan kurma-kurma lain (selain Madinah) termasuk juga di dalam fadilat tersebut iaitu mudah-mudahan Allah akan memberi manfaat buat pengamalnya, yang memakan tujuh biji kurma pada waktu pagi (sekalipun bukan kurma Madinah). [Lihat : Fatwa Nur ‘ala al-Darb (3/297)]

Syeikh Ibn Soleh al-Uthaimin menyatakan bahawa hadis tersebut sahih akan tetapi berbeza pada lafaz-lafaz yang mengikatnya (mengkhususkannya) sebagaimana yag terdapat dalam sesetengah riwayat. Ada lafaz yang mengikatnya dengan kurma Ajwah. Dan ada yang mengikatnya dengan kurma Ajwah ‘Aliyah. Sebahagian ulama mengatakan bahawa fadilat tersebut adalah khusus buat kurma ini sahaja (yang mengikatnya), dan bukannya sabit pada semua jenis kurma. Sementara sebahagian ulama yang lain memahami hadis tersebut sebagai bersifat mutlak (tidak diikat dengan sesuatu apa pun). Oleh itu, sesiapa yang memakan apa sahaja jenis kurma pada waktu pagi sebanyak tujuh biji, dia terselamat daripada sebarang racun dan sihir pada hari tersebut… Dan lafaz yang muqayyad (diikat dengan sesuatu), sekiranya ia bertepatan sebagaimana lafaz yang umum pada hukumnya, maka lafaz tersebut tidak boleh menjadi pengikat (yang mengikat lafaz umum), akan tetapi ia hanyalah sekadar menyebut sebahagian daripada jenis-jenisnya sahaja… Kesimpulannya, kami katakan selagi mana nas tersebut muhtamal (ada kemungkinan), sekiranya seseorang itu memakan tujuh biji kurma dan ia menepati sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW, maka dia memperoleh fadilat tersebut. Dan sekiranya ia tidak menepati, perkara tersebut langsung tidak memudaratkannya. [Lihat : Fatawa Nur ‘ala al-Darb li al-Uthaimin (6/2)]

Kajian berkenaan kandungan kurma[3]

Kurma sangat kaya dengan kandungan nutrien yang pelbagai. Oleh yang demikian, banyak kajian telah dijalankan bagi mengkaji kandungan yang terdapat di dalam kurma. Antaranya ialah :

Selenium

Kajian telah mendapati bahawa selenium yang terdapat di dalam buah kurma penting dalam sistem imunisasi badan.

Agen aktioksida

Selain itu, kurma juga mengandungi agen antioksida. Satu kajian telah dijalankan ke atas hati tikus yang telah diaruh menjadi toksik, kemudian dirawat dengan ekstrak buah kurma. Hasil menunjukkan bahawa buah kurma berpotensi sebagai agen antioksida. Begitu juga, satu kajian lain telah dijalankan ke atas 11 jenis kurma dari Iran bagi melihat aktiviti antioksida dan kandungan fenolik di dalam kurma-kurma tersebut. Hasil menunjukkan jenis kurma dari Iran ini berpotensi sebagai bahan antioksida.

Flavonoid

Hasil kajian mendapati kurma Deglet-Noor mengandungi 13 jenis flavonoid. Selain daripada itu, ia juga mengandungi flavonoid sulfat yang jarang dijumpai dalam tumbuhan. Flavonoid mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan baik untuk pencegahan penyakit terutamanya seperti penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular.

Kesimpulannya

Setelah kami melihat kepada pendapat-pendapat ulama serta dalil-dalil mereka, disamping mengambil kira kajian moden yang telah dijalankan, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara :

Kami cenderung kepada pendapat bahawa kurma yang dimaksudkan di dalam hadis Nabi SAW, yang mana mempunyai kelebihan bagi menghindari racun dan sihir, adalah khusus buat kurma Ajwah Madinah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dan al-Qurtuby. Adapun kurma Ajwah ‘Aliyah adalah termasuk di dalam kategori kurma Ajwah Madinah.

Sekalipun begitu, sekiranya tidak ada kurma Ajwah Madinah, maka dia boleh beramal dengan apa sahaja jenis kurma yang ada, dengan mengharapkan mudah-mudahan dia mendapat fadilat sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadis. Kami menasihati semua agar jangan sekali-kali kita membiarkan diri kosong daripada mendapat manfaat (fadilat) dan kebaikan dalam mengamalkannya sekalipun bukan dengan kurma Ajwah Madinah. Sebagaimana kata Syeikh al-Uthaimin selagi mana nas tersebut muhtamal (ada kemungkinan), sekiranya seseorang itu memakan tujuh biji kurma (tidak kira jenis apa pun) dan ia menepati sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW, maka dia memperoleh fadilat tersebut. Dan sekiranya ia tidak menepati apa yang dikehendaki oleh Baginda SAW, perkara tersebut langsung tidak memudaratkannya.

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan bagi mengamalkan syariatNya serta sunnah nabiNya dengan sebaik mungkin.


 

[1] Lihat : http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kurma. Telah diakses pada 12 Disember 2019.


[2] Lihat : Disertasi bertajuk : Tumbuhan Terpilih Menurut Perspektif Islam dan Sains Kesihatan, oleh Sumaiyah binti Mohd. Tamizi, Disertasi ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Falsafah, Institut Pengajian Siswazah Universiti Malaya Kuala Lumpur 2015, hal. 142.


[3] Ibid, hal. 144-147

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis