7 Jun 2022

 PENGERTIAN IBADAH DAN SEJARAH SAIE


 

Saie ialah perbuatan berlari-lari anak bagi orang yang mengerjakan umrah atau haji dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali.

Saie bermula dengan mengambil Ibrah perbuatan Siti Hajar yang berlari sebanyak 7 kali ulang alik dari Safa ke Marwah dan Marwah ke Safa semula.

Siti Hajar berlari mencari air untuk anaknya Ismail dan dirinya sendiri yang dalam kehausan.

Mengapa sampai tujuh kali? Mengapa seorang ibu yang ditinggalkan dengan bayi kecilnya itu seolah-olah ‘didera’ oleh Allah?

Sedangkan cinta Allah kepada hambaNya melebihi cinta Siti Hajar kepada anaknya Ismail? Mengapa bahasa cinta Allah itu begitu perit dan sakit sekali?

Allah sedang mendidik Siti Hajar agar hatinya kosong daripada sebarang pengharapan kepada makhluk. Pada larian pertama, kedua, ketiga sampailah ketujuh , Siti Hajar masih punya harapan.

Matanya merenung jauh saujana mata memandang, kalau kalau ada kafilah dagang yang singgah atau para musafir yang lalu. Dengan itu dapatlah dia memohon bantuan.

Namun, harapannya hancur berkecai. Bukan sahaja bantuan yang diharapkannya tidak tiba, malah dirinya sendiri sudah kehabisan tenaga.

Aku dan sesiapa sahaja yang pernah melakukan saie pasti dapat merasakan keletihan itu. Sedangkan kita yang berlari dalam ruang yang telah berhawa dingin, lantai yang sejuk dan ada bekalan air zaman zam jika kehausan itu pun terasa kelelahannya.

Apabila ujian sudah sampai ke kemuncaknya, maka ketika itulah bantuan Allah semakin dekat. Ketika segala daya dan usaha sudah dirasakan tidak ada, maka ketika itulah kemudahan sudah hampir tiba.

Allah menguji untuk mendidik hati kita. Hati kita yang keras dan degil hanya tunduk apabila ia dihancurkan oleh pukulan ujian. Tidak ada jalan yang lain.

Antara kejahatan hati ialah tidak mahu bergantung kepada Allah. Hati terlalu bersandar pada kekuatan diri atau masih berharap kepada dunia dan manusia. Hati terlalu berharap dan cinta kepada sesuatu selain Allah.

Selagi diri masih kuat, selagi yang menjadi sandaran masih kukuh, selagi yang dicintai masih memuja...maka hati itu akan terus alpa.

Hati yang begitu ada kalanya dimiliki oleh orang yang bersolat, berpuasa, berzakat dan bersedekah. Ibadah-ibadah lahiriah masih tidak mampu menembusi hati.

Sifat mazmumah yakni bergantung kepada selain Allah masih tidak dapat dilenturkan oleh ibadah-ibadah. Namun, sekiranya Allah sayang, maka dikurniakannya ujian untuk menyelamatkan pemilik hati itu.

Justeru, ujian itu dinamakan sebagai ‘mehnah’ – didikan terus daripada Allah. Ini yang dimaksudkan oleh Ibnu Ataillah, “ada pembukaan pada hatimu yang tidak akan tercapai melalui ibadah seperti solat dan sedekah tetapi oleh datangnya ujian dan musibah.”

Apabila perit ujian sudah begitu menghimpit, barulah diri yang derhaka dan berdosa itu kembali kepada TuhanNya.

Itulah yang dapat aku simpulkan pada kuliah pagi oleh seorang mutawwif Jumaat ini di dewan makan hotel Haneeen Firdaus tempat aku menginap selama mengerjakan umrah di Makkah ini.

Masih terngiang-ngiang katanya, “ bantuan Allah kepada Siti Hajar tiba saat putus segala pengharapannya kepada manusia.”

Ya, saat anaknya menangis kelaparan dan kehausan, sedangkan dirinya sendiri masih dalam keletihan bermusafir dari Palestin ke Makkah, ditambah pula pedih kesedihan ditinggalkan oleh suaminya masih berbekas... maka dialah wanita yang paling teruji di dunia pada waktu itu.

Namun, cinta kepada anak, naluri kasih seorang ibu memaksa dirinya berusaha. Dia pun berlari...

Dari bukit Safa ke Marwah, dipandangnya ke seluruh dimensi, akan adakah kafilah yang lalu, buat dia mohon simpati?

Tidak ada. Lalu terdengar tangisan bayinya Ismail, dia berkejar semula ke Marwah. Di jenguknya seluruh ceruk dan pelusuk, masih tebal harapannya pada makhluk. Kecewa. Tidak ada siapa pun di sana...

Dia beralih semula ke Safa, mana tahu ada sesiapa yang boleh diharap di sana. Dia berlari lagi.. tetapi tenaganya semakin kurang, kakinya semakin lemah, walaupun hatinya masih gagah.

Seketika di Safa, tidak ada apa yang boleh diharap lalu dia berlari semula ke Marwah. Begitulah berulang alik selama tujuh kali. Tujuh kali yang hampa. Tujuh kali yang nestapa.

Akhirnya, dia letih untuk terus berharap. Kakinya membengkak, hatinya terhenyak. Tiada harapan lagi. Suami, manusia dan lain lainnya sudah tidak lagi jadi sandaran.

Pada ketika itu hatinya tertumpu sepenuhnya hanya kepada dan untuk Allah. Hanya Allah.

“Apa yang terjadi pada diri Siti Hajar pada saat yang sangat kritikal itu? , “ tanya Sang Mutawwif. Dalam diam aku menjawab, “hatinya sedang diproses. Di keluarkan semua makhluk, di masukkan ke dalamnya hanya Khalik. 

“Kosong hatinya daripada selain Allah.

Serentak dengan itu terhamburlah segala kesedihan dan ketakutannya. Hatinya menjadi seperti hati semua wali Allah, yakni tidak ada rasa takut dan dukacita tentang hal-hal dunia...”

Penjelasan itu meresap ke dalam hati ku. Sungguh pada ketika itu hilanglah segala resah dan desah hati Siti Hajar akibat persaingan dengan madunya yang lebih jelita Siti Sarah. Hilanglah kesedihan jiwanya akibat perpisahan dengan suaminya Nabi Ibrahim AS.

Benarlah, bila Allah ada di hati kita akan memiliki segala galanya. Tetapi bila Allah tiada di hati kita akan hilang segala galanya.

Begitulah perjalanan hati ini menuju Allah. Yang menghalangnya ialah hati kita sendiri. Hati yang masih tebal dengan cinta dunia dan manusia.

Hati yang begitu hanya layak menjadi hamba yang hina kepada hawa nafsu. Hati yang sentiasa terpedaya dengan hasutan syaitan. Hati yang menggenggam cinta dunia dan manusia.

Itulah hati yang menjadi milikku sekarang. Di dalamnya bersarang sifat mazmumah. Tahu cinta Allah itu cinta yang utama, tetapi terus tega melayan kehendak nafsu yang hina. Mujahadah selalu kalah. Terus leka menangguhkan ibadah. Sering ada alasan untuk berhelah. Nanti, tunggu, esok masih ada...dan diri terus menerus menumpuk dosa. Tahu mati boleh datang tiba tiba, tetapi sikap dan perlakuan menunjukkan seolah olah diri tidak akan mati selamanya!

Namun, Allah sayang, dan masih tidak berpaling. DiberiNya ujian untuk kita kembali. Mana kecintaan kita? Mana kesayangan kita? Maka dari arah itulah datang ujian ujiannya. Tidak sekali tetapi berkali kali. Allah akan berterusan menguji kerana Allah tidak jemu menyayangi.

Makkah adalah medan ujian sebuah keluarga. Haji mahupun umrah berlatarkan ujian yang menimpa sebuah keluarga.

Ujian yang menimpa Nabi Ibrahim, seorang suami dan bapa. Ujian yang menimpa Siti Hajat, seorang isteri dan ibu. Dan ujian yang menimpa Nabi Ismail seorang anak.

Daripada ujian-ujian itulah datangnya rukun- rukun dalam ibadah haji dan umrah. Tawaf, Saie, melontar jamrah dan Qurban semuanya bermula dengan perintah Allah kepada mereka bertiga.

Kredit: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi



 

25 Jan 2022

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗞𝗔𝗛



Sudah ada kedengaran jemaah tidak mahu ke Tanah Suci Makkah, kerana takut Omicron, Deltacron dan lain lain cron. 

Padahal kerajaan Arab Saudi sudah benarkan orang luar datang ke negaranya. 

Kerajaan Malaysia pun dijangka membenarkan operasi umrah pertengahan bulan February nanti. 

Pada hemat saya, buat apa hendak takut dengan Omicron ? 

Kita kena terima hakikat yang kita kena hidup dengan makhluk ini. 

Hendak hapuskan makluk ini seolah hendak hapuskan penyakit batuk dan selsema dari bumi ALLAH. 

Mustahil !

Sebab ALLAH hantar demam, batuk dan selsema untuk menguji hamba-hambaNYA. 

Samalah macam Covid.

Kalau dulu jemaah haji dan umrah balik dari Makkah dapat batuk, demam dan selsema adalah 'NORMAL'

Sekarang, 

Jemaah haji atau umrah balik dari Makkah disahkan positif juga adalah NORMAL.

Jadi usah risau dengan Covid ini. 

Yang penting kita jaga SOP. 

Jangankan di Makkah, bahkan di tempat kita,  kalau hendak kena jangkitan, kita akan kena juga.

Tuan puan yang baru balik dari Makkah, jika dengar ada adik-beradik, saudara-mara dan sahabat-sahabat yang mahu mengerjakan umrah, beritahu mereka jangan takut pergi ke sana. 

Pergilah..

Jangan tangguhkan niat suci itu kerana Covid. 

Hendak tunggu Covid terhapus di muka bumi  baru hendak berangkat ke sana mustahil. 

Makhluk ini sudah ada di sekeliling kita. 

Suka atau tidak, kita kena hidup dengan mereka. 

Wallahu a’lam.

Kredit : Ust Hishamuddin Mansor.


 

15 Okt 2021

PROSEDUR UMRAH PASCA COVID 2021


1. Had Umur – 18 tahun ke atas. Kanak-kanak tidak dibenarkan. Tiada had umur.

2. Kesihatan – Diluluskan sihat tubuh badan dan tiada gejala COVID 19, bukan PUS, PUI atau HSO.

Mesti ada keupayaan untuk mengurus diri sendiri.

3. Lengkap 2 dos vaksin – Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca.

(Utk vaksin Sinovac, jemaah perlu ambil 1 dos “booster” dpd Pfizer, Moderna, Johnson atau

AstraZeneca sebagai syarat)

4. Daftar jenis vaksin diambil dlm https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan bawa salinan

pengesahan vaksin utk semakan pihak berkuasa Arab Saudi.

5. Visa Umrah & visa Pelancong dibenarkan buat Umrah. Perbezaan di antara visa umrah dan

tourist visa. Yang mana pilihan? 

contoh Visa Umrah


Bagi pemegang Visa Pelancong, urusan permit ibadah Umrah & ziarah

Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna.

Kenapa tidak digalakkan guna visa pelancong:-

i) Slot tarikh dan masa umrah mungkin tak sama utk group. Memang sukar untuk dapatkan slot yang

sama.

ii) Nak tempah slot umrah dari Malaysia tak boleh. Mesti tiba di Saudi, jemaah kena beli simkad,

install app ditelefon masing-masing, buka akaun tawakkalna dan i’tamarna, baru boleh masukkan

detail diri. Nak dapat SMS untuk nak register app tu pun satu hal. Nak tukar bahasa arab ke bahasa

english pun satu hal.

iii) System aplikasi ini berasaskan kepada kod warna. Kementerian kesihatan Arab Saudi akan ambil

masa untuk sahkan ujian PCR  kita dan borang yang diisi di Lapangan Terbang Jeddah/Madinah. Lepas mereka sahkan, barulah tawakkalna kita bertukar warna.

iv) Lepas bertukar warna, barulah boleh tempahan. bayangkan hari ke-3 dan ke-4 baru nak tempah

masuk raudhah dan ziarah Rasulullah. Kemudian nak tempah slot umrah.

v) Proses yg rumit ni memang berisiko tinggi untuk pakej 12 hari 10 malam. Sebaliknya kalau guna

visa umrah, Muassasah yang akan mohon semua permit umrah & ziarah Raudhah semasa dapatkan

visa. Jadi jemaah pergi dgn tenang kerana slot umrah & Raudhah dah tentu ada.

6. Jemaah kena muat turun aplikasi Tawakkalna & Eatmarna dalam telefon pintar masing-masing.

(Tawakkalna – Utk pantau kesihatan & pergerakan jemaah (spt mysejahtera),

Eatmarna – Utk pohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah & solat di Masjidlharam)

7. Muatan bilik maksimum 2 orang sahaja.

8. Muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% utk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang.

9. Tempahan bilik & kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej

setelah tempahan dibuat. Bayaran refund tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan

apabila tiba di Arab Saudi.

10. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah kena buat ujian PCR dlm tempoh 72 jam dari waktu

berlepas dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi.

11.Tiada kuarantin di Arab Saudi.

12.Ibadah Umrah & ziarah Raudah perlu ada permit (diuruskan oleh agensi Umrah bagi visa Umrah

sahaja).

13.Permit ibadah Umrah & ziarah Raudah akan dimohon dari Malaysia sewaktu permohonan visa

Umrah.

14.Tiba di Arab Saudi, agensi/jemaah perlu sahkan slot ibadah Umrah & ziarah Raudah selewatlewatnya 24 jam sebelum slot ibadah Umrah atau ziarah Raudah.

Selepas slot disahkan, tidak boleh dipinda atau batal.

Andalusia tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berpeluang menunaikan umrah/ ziarah

Raudah setelah slot dipinda atau batal oleh jemaah 

15.Ibadah Umrah & ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dlm tempoh pakej.

Permohonan melakukan umrah kali ke-2 akan dapat slot/kelulusan selepas 14 hari dari tarikh

melakukan umrah pertama. Tertakluk kepada kekosongan slot.

16.Pergerakan Ibadah Umrah & ziarah Raudah secara berkumpulan (25 org setiap kumpulan) &

diiring oleh peg Saudi/wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka

akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan

ibadah Umrah atau ziarah Raudah.

17. Bagi setiap group 25 orang akan ada 1 orang mutawwif dari Malaysia. Mutawif Indonesia (yg ada

iqamah Saudi dan menetap di Saudi) tidak boleh bimbing kumpulan ibadah Umrah / ziarah Raudah

kerana mereka tiada permit Umrah sama seperti slot jemaah dari segi tarikh & masa yang sama.

Walaubagaimanapun, selain dari membimbing umrah atau ziarah Raudah, mutawwif Indonesia di

Makkah masih boleh membimbing perkara-perkara lain seperti ceramah dan aktiviti ziarah.

18.Aktiviti ziarah, jemaah boleh turun dari bas tapi tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa

oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Tidak boleh jika beramai-ramai dan berkelompok.

19.Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak perlu permit, hanya perlu scan Tawakkalna.

20.Solat 5 waktu dalam Masjidilharam perlu permit. Jemaah kena mohon sendiri dalam app

Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan.

21.Sebelum balik Malaysia, jemaah kena buat ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam)

sebelum waktu ketibaan penerbangan di KLIA dengan keputusan negatif.

22.Tawaf wada’ masih belum dibenarkan.


Prosedur waktu balik dari Arab Saudi.

1. Setakat ini, prosedur kuarantin ketika pulang dari luar negara masih kekal 14 hari.

2. Jemaah yang ingin kuarantin di rumah mesti memohon secara email ke KKM di hso@moh.gov.my

7-10 hari sebelum berlepas balik ke Malaysia




3. Sekiranya diluluskan boleh kuarantin di rumah sendiri tetapi jika tidak mendapat kelulusan, perlu

kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan. Kos kuarantin jemaah adalah dibawah

tanggungan sendiri.



Perlindungan Insurans Saudi dengan tambahan insurans Covid-19 (termasuk di dalam pakej)

1. Coverage – Hanya untuk kes kecemasan sahaja sepanjang berada di Saudi.

2. Tempoh Perlindungan – 30 hari dari tarikh tiba di Saudi

3. Jumlah perlindungan biasa – maksimum SR100,000

Benefit –

i) hospitalization bagi kes emergency.

ii) kematian akibat kemalangan atau bencana. Bukan mati akibat sakit natural.

iii) kemalangan/ kecacatan kekal akibat kemalangan

iv) Flight delay atau flight cancellation yang tiba-tiba tanpa notis awal dari Saudi

v) Penghantaran balik jenazah (SR10,000)


4. COVID-19 Assistance

Benefit –

i) Penghantaran pulang jika keadaan kesihatan memerlukan

ii) Kos hospitalization dan ubatan – maksima SR650,000

iii) Kos kuarantin SR450 sehari (maksima 14 hari). Selebihnya di tanggung sendiri.

iv) Kos pengebumian – maksima SR6,500

5. Tidak termasuk:-

i) PCR test

ii) Perbelanjaan yang tidak dilaporkan

iii) Jika jemaah di larang untuk travel dari Malaysia



Langkah-langkah yang harus di ambil oleh jemaah:-

1. Jaga kesihatan terutamanya 14 hari sebelum berlepas. Pastikan anda telah bersedia dengan ubatubatan dan dari awal lagi makan vitamin secukupnya untuk menguatkan imuniti diri sendiri.

2. Jujur dalam pengisytiharan tahap kesihatan anda. Sekiranya tidak jujur, boleh membawa padah

kepada diri anda sendiri.

3. Tidak digalakkan berkumpul beramai-ramai seperti kenduri dan sebagainya seperti sebelum ini.

Saya cadangkan juga untuk keluarga jemaah tidak lagi berkumpul beramai-ramai menghantar di

airport seperti sebelum ini.

4. Selepas buat PCR test 72 jam sebelum berlepas, terus kuarantin kendiri di rumah.

5. Pastikan ada telefon pintar khusus untuk kegunaan nombor Saudi bagi tujuan apps Eetamarna &

Tawakkalna.

6. Siap-siap muat turun apps Eetamarna & Tawakkalna sebelum berlepas.

7. Walaupun pakej menyediakan Skim Takaful Umrah dan Insurans COVID di Saudi, di cadangkan

Jemaah tetap membeli travel insurans/ takaful perjalanan sendiri bagi perlindungan tambahan di

luar jangkaan.

8. Bersiap sedia dengan bekalan kewangan persendirian yang secukupnya bagi kos PCR dan

kuarantin, sekiranya diperlukan.

9. Patuhi semua SOP dan tatacara sepanjang anda di Saudi dan tetap amalkan kawalan kendiri

khususnya memakai pelitup muka termasuk sewaktu tawaf dan solat, sentiasa guna hand sanitizer,

jaga penjarakan fizikal dan elakkan tempat sesak.

10. Hendaklah bertanggungjawab membaca, memahami dan akur dengan semua SOP Umrah pasca

COVID demi keselamatan diri sendiri.

11. Yang penting, fokus kepada ibadah umrah dan ziarah Rasulullah yang dirindui dan bukan

perkara-perkara lain, semoga Allah memberkati niat kita, insya Allah.




4 Mei 2021

KENAPA RAMAI YANG BERZIKIR TETAPI SEMAKIN DIA BERZIKIR SEMAKIN DEKAT DIA DENGAN SYAITAN?



Seorang Murid Bertanya Kepada GURUnya (Imam Al Ghazali)

“Syeikh, “ Bukankah zikir boleh

Membuat Seorang Beriman Lebih Dekat Dengan Allah Ta’ala 

Dan Syaitan Akan Berlari Jauh Darinya ?

“Benar,”

Jawab Imam al-Ghazali.

“Namun Kenapa Ada Orang Yang Semakin Rajin Berzikir Justeru Malah Semakin Jauh dari Allah malah bertambah Dekat Dengan Syaitan ?” Lanjut Sang Murid.

Gurunya Yang Diberi Gelar 

Hujjatul Islam Ini pun Bertutur.

“Bagaimana Pendapatmu, 

Jika Ada Orang Yang Mengusir Anjing, Namun Dia Masih Menyimpan Tulang Dan Berbagai Makanan Kesukaan Anjing Disekitarnya ?”

“Tentu, Anjing Itu Akan Kembali 

Datang Setelah Diusir.” 

Jawab Sang Murid.

Imam al-Ghazali Menjelaskan, 

Demikian Juga Dengan Orang-Orang Yang Rajin Berzikir 

Tapi Masih Menyimpan Berbagai Penyakit Hati Dalam Dirinya. 

Syaitan Akan Terus Datang 

Dan Mendekat Bahkan Bersahabat Dengannya.

Penyakit - Penyakit Hati Itu Ialah :

Seperti Kesombongan, 

Irihati, Dengki, Syirik, 

Bersikap /berucap Kasar, Riya, 

Merasa Soleh, Merasa Suci, 

Ghibah, Marah, Mengadu domba

Dan Berbagai Penyakit Hati Lainnya.

Ketika Penyakit-Penyakit Itu Menghinggapi Diri Seorang Hamba, Maka Syaitan Terlaknat 

Akan Senantiasa Datang, 

Mengakrabkan Diri, 

Kemudian Menjadi Sahabat Karibnya.

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

 صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم

Kredit : Ustaz Ahmad Lutfi Al-Linggi



22 Apr 2021

KENAPA KURMA DI BENCI JIN DAN SYAITAN? KENAPA NABI SAW MEMAKANNYA DALAM KUANTITI GANJI?

Mengapa kurma dibenci jin dan syaitan?

Serta mengapa Nabi SAW memerintahkan kita, memakan dalam hitungan ganjil 3, 5, 7, 9 atau 11 dan dimakan pada pagi hari?

Dan yang paling baik makan tujuh biji kurma. Baik dari segi Agama dan ilmiah penjelasan atas pertanyaan ini yaitu ternyata kurma membuahkan daya perlindungan tubuh manusia dan membuat perisai dan pelindung untuk tubuh manusia.

Amir bin Saad dari ayahnya – berkata: Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma.

Penelitian sudah tunjjukkan kalau buah kurma miliki manfaat utama.



PERTAMA

Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah seterunya mengelakkan saluran darah tersumbat

KEDUA 

Mencegah kanser usus besar serta mencegah penyakit buwasir dan  membantu tahap kehamilan serta waktu bersalin, sebab kurma mengandungi serat serta makanan yang baik pencernaan dan gula.


KETIGA

Mencegah kerusakan gigi karena mengandung fluorine.


KEEMPAT

Mencegah racun karena mengandung natrium, gallium dan vitamin C.



KELIMA

Penyembuhan kepada kekurangan darah merah karena mengandung zat besi, tembaga, vitamin B-2.


KEENAM

Ubat untuk penyakit lemah tulang karena mengandung kalsium, fosfor, vitamin A.


KETUJUH

Penyembuh untuk kehilangan selera makan dan kurangnya fokus karena mengandung gallium.


KEDELAPAN

Untuk pengobatan kekurangan umum dan jantung berdebar karena mengandung magnesium, tembaga.


KESEMBILAN

Ubat kanser sendi dan otak karena mengandung boron.


KESEPULUH

Anti-kanser karena mengandung selenium.



KESEBELAS

Pengobatan disfungsi ereksi karena mengandung boron, vitamin A.


KEDUABELAS

Perawatan untuk kulit kering dan penyakit kornea mata kering serta kebutaan malam karena mengandung vitamin A.


KETIGABELAS

Ubat untuk penyakit saluran pencernaan saraf karena mengandung vitamin B1.


KEEMPATBELAS

Perawatan untuk rambut gugur dan stress mata serta selaput lendir rongga mulut serta inflamasi bibir karena mengandung vitamin B-2.


KELIMABELAS 

Perawatan inflamasi kulit karena mengandung vitamin niacin.


KEENAMBELAS

Ubat untuk penyakit kudis, melemahkan keseluruhan tubuh dan jantung berdebar, sesak nafas dan kecut pembuluh darah serta timbulnya bintik-bintik merah pada kulit serta kekurangan dalam tulang dan gigi, karena mengandung Vitamin C, atau ascorbic acid 2 E


KETUJUHBELAS 

Pengobatan keasaman diperut karena mengandung klorin, natrium dan gallium.


KEDELAPANBELAS 

Pengobatan penyakit gusi dan kekurangan saluran darah capillary, kekurangan kekuatan otot dan tulang karena mengandung vitamin C.


Sumber : Group Whatsapp semoga bermanfaat





15 Apr 2021

KURMA YANG DIRINDUI HADIAH UNTUK STAFF SEMPENA RAMADHAN


Disebabkan C19 ini, 2020 dan 2021 bukannya senang bagi kita semua untuk menjalani hidup kita, apatah lagi bagi peniaga dan warga makan gaji. Pelbagai rintangan dan cabaran telah kita hadapi namun kita belum menang lagi, kita kena terus bertahan, bertabah, bersabar untuk menghadapinya di masa akan datang. 

Namun, saya amat berbesar hati dan bersyukur kerana mempunyai pekerja-pekerja yang sangat kuat, bersabar, memberikan kerjasama yang sngat baik kepada syarikat. Selama pandemic ini, mereka telah menjalankan tanggungjawab masing-masing di tahap yang sangat tinggi. Tidak pernah berkira dengan syarikat. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, ini lah nilai yang saya lihat di dalam setiap invidual mereka. Dengan adanya kerjasama dan komitmen yg diberikan, pihak syarikat tetap mencapai kejayaan yang agak di luar jangkaan walaupun dalam waktu yang susah ini. 


Sempena bulan ramadhan ini, dengan tulus iklhasnya saya memberikan setiap pekerja satu kotak Kurma Ajwa. Mengharapkan ia dapat menambahkan sesuatu yang bermakna dalam bulan puasa mereka. Walaupun ia bukannya sesuatu yang sangat bernilai, tetapi ia mewakili penghargaan daripada saya dan syarikat. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pekerja atas kerjasama mereka selama ini. 

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: 

 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : 

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا 

Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharap,

غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ " .

 diampuni dosa-dosanya yang lalu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 37]

Semoga bulan Ramadhan yang barakah pada tahun ini membawa rahmat dan keberkatan kepada pekerja saya, pelanggan dan kawan-kawan saya muslim, dan kita semua.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1442 HIJRAH / 2021.


Terima kasih juga kepada Andalusia Cawangan Tawau membekalkan Kurma Ajwa yang berkualiti dengan harga yang amat berpatutan.

staff yang disayangi Muhammad Hanafi II Ly Szly Rahmat Hussin Mohd Fahizudin Mel Ling Mohd Razie Rastina Nawia 

Kredit : Ryan Chang, Tawau, Sabah


8 Apr 2021

KURMA YANG DI RINDUI - ANDALUSIA FOOD INDUSTRIES SDN BHD



Syarikat Pengendali umrah dan haji. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) kini mengorak langkah dalam perniagaan baharu dengan memasarkan produk kurma, Kurma Yang Dirindui (KYD) menerusi syarikat Andalusia Food Industries Sdn Bhd.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ida Riswana Idris berkata, Andalusia menerokai perniagaan baharu itu berikutan perniagaan mengendalikan pakej haji dan umrah tidak dapat beroperasi kerana penularan Covid-19 sejak awal tahun 2020.

Menurut Ida Riswana. Andalusia menceburi bidang perniagaan dengan menjual produk KYD sebagai salah satu cara untuk menjadi pengubat rindu kepada jemaah yang betul-betul ingin kembali ke Tanah Suci Makkah.

"Sejak berhadapan dengan pandemik Covid-19, ramai jemaah Andalusia sentiasa bertanya bila agaknya kita boleh mula kembali mengerjakan umrah dan menziarah makam Rasulullah SAW di Madinah.

Justeru apa yang Andalusia boleh berikan kepada mereka yang merindui Makkah dan Madinah, maka timbullah idea untuk mengimport kurma dari Madinah," katanya kepada Sinar Ahad di Ibu Pejabat Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur di sini pada Khamis



Ida Riswana berkata, pihaknya turut beralih kepada perniagaan kurma untuk meneruskan perniagaan dan menyelamatkan pekerja mereka.



Menurutnya, kebanyakan daripada mereka hilang sumber pendapatan hampir setahun.

"Selepas industri pelancongan kami ditutup pada 28 Februari 2020. kami langsung tiada perniagaan ataupun sumber pendapatan.

"Kami mempunyai 300 kakitangan di syarikat Andalusia Travel & Tours Hampir separuh daripada mereka terpaksa ditamatkan perkhidmatan. Malah, ada juga yang mengambil cuti tanpa gaji

"Disebabkan tidak mahu lagi kehilangan pekerja, maka kami mula dengan perniagaan kurma pada 9 Februari lepas. tidak sampai dua bulan." katanya.

Kredit : Sinar Malaysia oleh Raja Nur Faznie Aida, Kuala Lumpur


 







 

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis