Di bawah langit malam yang sunyi dan damai, bumi Mina menyaksikan satu detik penuh makna. Jemaah Haji Andalusia melangkah perlahan, dengan hati yang tenang dan jiwa yang tunduk, melontar Jamrah Aqabah dalam suasana syahdu yang meresap ke kalbu.
Tiada lagi terik mentari.
Tiada desakan manusia seperti siangnya.
Yang tinggal hanyalah angin malam, bisikan doa, dan linangan air mata keinsafan.
Setiap lontaran bukan sekadar batu, tetapi satu janji. Janji untuk meninggalkan dosa. Janji untuk kembali kepada Allah dengan hati yang suci dan jiwa yang berserah.
Ya Allah ...
Saksikanlah langkah-langkah kami. Terimalah lontaran kami sebagai tanda ketaatan. Kurniakanlah kekuatan untuk kami menyempurnakan ibadah ini dengan sem…
[10:22 am, 08/06/2025] Hj Ibrahim Pengarah Andalusia: MINA..
Khemah putihmu,manusia.... padat
Surau, tidur, sama tempat
Mandi, wudhu.. beratur lama sangat
Ku pujuk hati yg mula hiba
Cuba renung...Cuba rasa
hikmah apa dari yang Esa?
Mina, mendidik kita sabar..
Sabar, dgn khemah sempit
Sebab kubur, lebih menghimpit
Sabar beratur utk berwudhu’
Mengajar kita jadi tawadhu’
Sabar berjalan, jauh....... ke jamrat
Lagi jauh berjalan bila kiamat
Sabar teriknya panas mentari
Di Mahsyar nanti jaraknya seinci
Sabar dgn kelewatan urusan
Di Mahsyar, ribu tahun tunggu giliran
Sabar dgn karenah manusia
Kerana Syurga itu, utk yg redha saja
Sabar dgn daifnya kemudahan
Melatih khusyu’, di semua keadaan
MINA..
Kami.. sebentar saja di sini
13 Zulhijjah, kami kan pergi
Kau.. akan kembali sepi
Terowong & jamrat mu akan kembali sunyi
Khemah mu tiada lagi penghuni
Tiada lagi, hingar bingar tetamu Ilahi
Namun MINA..
Setahun bukannya lama
Kau dilimpahi manusia semula
Talbiah, akan mula bergema ..
“Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.”
Kenangan di Mina, menerpa kembali
Air mata kita, membasahi pipi
Teringatkan, insafnya kita di sini
Semoga Allah terima amalan
Mohon kita dpt keampunan
Hj Mabrur yg kita cita2 kan
MINA..
Dugaan mu,
penyubur keinsafan ku..
Terima kasih MINA..
Hj Ibrahim Hj Rashid
KT26B
Andalusia Travel & Tours
Malaysia
14 Zulhijjah 1440 AH