19 Apr 2025

Andalusia X RHB Islamic jalin kerjasama strategik perkukuh penyelesaian kewangan patuh Syariah untuk pelancongan Islam


ANDALUSIA Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia), agensi pelancongan terkemuka dalam pengurusan Umrah dan percutian Islamik, hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU). Kerjasama ini bertujuan memperkenalkan penyelesaian kewangan patuh Syariah yang menyokong perkembangan industri pelancongan Islam di Malaysia.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan memperkenalkan pelbagai inisiatif kewangan khusus untuk industri pelancongan, antaranya adalah produk RHB TravelPlus-i yang menyediakan kemudahan terminal pembayaran kad kredit/debit dengan pelan ansuran tanpa kos. Selain itu, kemudahan pembayaran menggunakan QR DuitNow yang dilengkapi kotak suara, kadar tukaran asing (Forex) yang kompetitif serta promosi bersama produk Andalusia melalui saluran rasmi RHB Islamic turut menjadi fokus utama.

Pengarah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Haji Md Daud Che Ngah

Andalusia pula akan mempromosikan produk kewangan RHB Islamic seperti kemudahan pelan ansuran kad kredit tanpa kos kepada pelanggan dan bakal jemaah Haji/Umrah melalui platform digital dan acara fizikal. Ini merupakan kali pertama Andalusia bekerjasama dengan institusi kewangan Islam dalam memperkenalkan kaedah pembayaran pakej Umrah/Haji menggunakan penyelesaian kewangan patuh Syariah.

Pengarah Andalusia Travel, Datuk Haji Md Daud Che Ngah menyatakan bahawa kerjasama ini membuka lembaran baharu dalam menyediakan kemudahan pelancongan Islam dengan nilai tambah kewangan yang memudahkan perancangan jemaah. Beliau menegaskan bahawa kerjasama antara institusi kewangan dan agensi pelancongan dapat memperkukuh ekonomi umat Islam secara keseluruhan.

Ketua Pembanguan Perniagaan Islam RHB Islamic, Ishak Othman

Sementara itu, Ketua Pembanguan Perniagaan Islam RHB Islamic, Ishak Othman berkata kerjasama ini menunjukkan komitmen RHB Islamic dalam menyokong ekosistem pelancongan Islamik melalui penyelesaian kewangan yang relevan dan menyeluruh. Beliau juga menyambut baik peluang bekerjasama dengan Andalusia yang merupakan syarikat pengendali Umrah dan pelancongan yang terkenal.

Kerjasama ini juga melibatkan aktiviti promosi bersama dan penyelidikan pasaran bagi menghasilkan penyelesaian kewangan yang lebih menyeluruh dan memenuhi keperluan pelanggan kedua-dua pihak. Ini diharap dapat memberi manfaat kepada bakal jemaah dan pelanggan yang ingin menunaikan ibadah Umrah dan Haji dengan lebih mudah dan teratur dari segi kewangan.

Reruai Andalusia Travel di MATTA Fair yanga bermula dari 18 himgga 20 April 2025 terletak di Level 3, Hall 9 MITEC.

Andalusia, yang telah beroperasi sejak 1983, mengendalikan lebih daripada 40,000 pelanggan setiap tahun dengan pelbagai pakej Umrah seperti Umrah Langsung, Umrah Ziarah, dan Umrah VIP. Kerjasama dengan RHB Islamic ini dijangka dapat meningkatkan lagi kemudahan dan akses kepada perkhidmatan pelancongan Islamik yang berkualiti.

Inisiatif ini juga selari dengan usaha kerajaan dan institusi kewangan Islam dalam menyediakan pembiayaan yang mematuhi prinsip Syariah untuk memudahkan umat Islam menunaikan ibadah dengan tenang tanpa terbeban dari segi kewangan. Penggunaan pelan ansuran tanpa kos dan kemudahan pembayaran digital dijangka dapat menarik lebih ramai pelanggan terutama golongan muda.

Secara keseluruhannya, kerjasama antara Andalusia dan RHB Islamic ini merupakan satu langkah inovatif dalam memperkukuh industri pelancongan Islam di Malaysia, sekaligus menyokong pertumbuhan ekonomi berteraskan nilai-nilai Islam dan kemudahan pelanggan. – REFLEKS!


 

“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar”

Di bawah langit malam yang sunyi dan damai, bumi Mina menyaksikan satu detik penuh makna. Jemaah Haji Andalusia melangkah perlahan, dengan h...