9 Apr 2024

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah


Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua
Kredit : Penulis


 

26 Jan 2024

135 Orang Asnaf di Jemput ke Tanah Suci

 


Semoga anda sentiasa sihat, dirahmati dan dilindungi Allah SWT. Aamiin..

Pernah tak anda percaya poket kosong, tapi mampu untuk menjadi tetamu Allah? Mustahil kan? Rasa macam tak percaya! Ingat, Allah boleh jemput kita bila-bila masa sahaja yang Dia kehendakiNya.

Ramadan 2023, detik yang penuh sejarah. Di bulan yang mulia dan penuh barakah.. Allah beri peluang kepada 135 orang asnaf mengerjakan umrah secara PERCUMA bersama Andalusia Travel & Tours.

Ya Allah, seronoknya bila dapat tengok wajah-wajah ibu ayah yang masih kumpul duit, ada yang duit cukup-cukup makan je. Ada juga yang tak pernah terlintas untuk menjadi tetamuNya. Rasa puas hati bila senyuman mereka sentiasa terukir bila dapat beribadah di sana.

"Pimpinan tangan salah seorang makcik, ibarat membawa ibu sendiri. Ya Allah, berilah peluang untuk ku memimpin tangan ibuku sewaktu menjadi tetamuMu lagi nanti.” Kata-kata hati seorang pemuda yang turut sama terlibat pada umrah kali ni.

Kami rasa bersyukur kerana dapat bersama-sama bawa mereka mengerjakan umrah. Kami seronok bila dengar kisah-kisah mereka. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya kami dapat gembirakan hati mereka, tunaikan hajat mereka.

Percayalah pada rezeki Allah. Kerana Allah bersama dengan sangkaan hambaNya.

Semoga Allah memberi peluang pada kita semua untuk menjadi tetamuNya untuk mengerjakan umrah dan haji bersama-sama.

Jom amalkan doa ini untuk dijemput ke sana.

Ya Allah, Berilah kurniaanMu untuk kami mengunjungi rumahMu yang Agung dan RasulMu yang mulia, di tahun ini dan pada setiap tahun, dengan keadaan sebaik-baiknya.

Terima kasih sudi baca email kali ni. Kita jumpa lagi dalam kisah akan datang, insya Allah.



26 Dis 2023

Gaji RM800 sahaja, menyimpan 4 tahun utk pergi umrah

Roomate saya Makcik cleaner gaji RM800 sahaja, menyimpan 4 tahun utk pergi umrah membawa anak bongsuya sekali pakej dlm RM6990 /pax dgn Andalusia yg memang dh berdekad terkenal. Beliau warganegara Indonesia berkahwin dgn orang malaysia menetap hampir 20 tahun lebih.

bila dia tanya bagaimana dia berurusan pertama kali?

"Saya banyak kali dengar kes penipuan tiap tahun dan saya pun tak nak kena tipu. saya buat bayaran tunai terus ke HQ di KL. Apa apa urusan, sy berurusan dgn kerani di HQ Andalusia KL. "

Saya impress. Kagum. Sama sungguh tindakan kita. Risau, siapa tak risau kena tipu, penipuan demi penipuan ada di berita .

Ada cara paling simple , straight to the point, tapi kadang-kadang yg simple boleh jadi sulit. Hanya Allah yg tahu lebih mengetahui kenapa. Tapi apa yg sy cuba sampaikan kisah ni ada maksud tersirat. Yg mana berlapang dada, turunkan ego, elakkan selalu rasa jadi mangsa , mungkin kita boleh belajar sesuatu yg jelas di sini


Kredit : FB Yasmin Kamaruddin

TA, Apa yg perlu anda tahu ?

Perkara sebegini yang membuat jemaah lebih berhati hati dalam memiilih Travel Agensi (TA) mahupun pakej umrah.

Kami doakan semoga Allah permudahkan segala urusan para jemaah dalam usaha menunaikan ibadah umrah dengan sebaik mungkin
Apa yg perlu anda tahu ?
1. Pastikan Travel Agensi Umrah berlesen dgn Kementrian Pelancongan Malaysia
2. Agensi yang di percayai, kalau mau senang tengok senarai TA yg terpilih sebagai PENGELOLA JEMAAH HAJI (PJH) InshaAllah dipercayai.
3. Pakej umrah sesuai dengan keperluan & kehendak anda dari segi masa, harga, atucara dan sebagainya
4. Bayaran pakej ke akaun syarikat bukan individu, ada resit bayaran sebagai bukti tempahan
5. Fahami terma & syarat agar tidak berlaku salah faham, tanya pegawai atau pejabat cawangan lebih lanjut
Semoga bermanfaat ✌๐Ÿป๐Ÿ˜Š

6 Jan 2023

MAKNA TAHALLUL

 MAKNA TAHALLUL


Tahallul dari segi bahasa ialah menjadi boleh atau dihalalkan. Menurut syarak pula perkataan tahallul bermaksud membebaskan diri daripada larangan yang terdapat semasa dalam waktu ihram.

Dalam ibadah haji dan umrah, perbuatan tahallul dijadikan salah satu dari rukun dalam kedua-dua ibadah tersebut. Dalam erti kata lain, tidak sempurnalah ibadah haji atau umrah seorang jemah haji jika tidak melaksanakan rukun tahallul ini.

Tahallul bagi ibadah umrah ialah dimana para jemaah melakukan cukur atau bergunting selepas selesainya melaksanakan rukun saei’ di dalam masjid al-haram itu sendiri. Justeru selepas selesainya bergunting atau bercukur ini, para jemaah bebas daripada larangan yang terdapat sepanjang tempoh berihram.

Talallul bagi ibadah haji pula dibahagikan kepada dua iaitu talallul awwal dan tahallul thani.

Pertama, tahallul awwal boleh dilaksanakan oleh jemaah haji apabila telah melaksanakan dua daripada tiga perkara serti dibawah.

Melontar jamrah al-kubra

Tawaf rukun dan saie’ (jika saie’ masih belum dilaksanakan)

Bercukur atau bergunting

Dalam melaksanakan talallul awwal, jemaah haji diberi pilihan untuk melakukan mana-mana perbuatan di atas secara mengikut turutan ataupun sebaliknya.

Kedua, tahallul thani ialah bila mana jemaah haji berjaya melaksanakan ketiga-tiga perkara yang disebutkan seperti di atas.

Allah SWT berfirman:

ู„َุชَุฏْุฎُู„ُู†َّ ุงู„ْู…َุณْุฌِุฏَ ุงู„ْุญَุฑَุงู…َ ุฅِู† ุดَุงุกَ ุงู„ู„َّู€ู‡ُ ุขู…ِู†ِูŠู†َ ู…ُุญَู„ِّู‚ِูŠู†َ ุฑُุกُูˆุณَูƒُู…ْ ูˆَู…ُู‚َุตِّุฑِูŠู†َ ู„َุง ุชَุฎَุงูُูˆู†َ

Maksudnya: “Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haram - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ).”

(Surah al-Fath : 27)

Kesimpulan

Tahallul ialah pembebasan ataupun pelepasan ke atas setiap jemaah haji yang melakukan ihram. Dengan bertahallul, setiap larangan yang terdapat selepas pelaksanaan ihram dapat dibuat ataupun luputlah larangan tersebut seperti sediakala (sebelum ihram).

Dalam ibadah haji dan umrah, terdapat garisan-garisan yang menjadi perbezaan di antara tahallul haji dan umrah. Tahallul haji yang sempurna (tahallul thani) boleh dicapai apabila selesai melaksanakan ketiga-tiga perkara yang telah dinyatakan di atas. Manakala tahallul bagi umrah terjadi apabila melaksanakan bergunting ataupun bercukur rambut bagi mereka yang melaksanakan umrah. Justeru, setiap jemaah haji dan umrah harus tahu dan mengambil cakna berkenaan hal-hal tahallul ini kerana dibimbangi jika tidak diketahui dengan betul maka kita akan tergolong dari golongan yang akan dikenakan denda (dam) kerana melanggar batasan-batasan yang telah ditetapkan.

Ibunda tercinta kembali kepada Pencipta-Nya





ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ.

 ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ู„ّู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ  ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ  ู…َู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ุฏِّูŠู†ِ  ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ  ุงู‡ุฏِู†َุง ุงู„ุตِّุฑَุงุทَ ุงู„ู…ُุณุชَู‚ِูŠู…َ  ุตِุฑَุงุทَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ุนَู…ุชَ ุนَู„َูŠู‡ِู…ْ ุบَูŠุฑِ ุงู„ู…َุบุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ุงู„ุถَّุงู„ِّูŠู†َ   

    





Penutup 2022, kami sekeluarga dirahmati dua kebahagiaan dan diuji dengan dua bentuk kesedihan. Allah Maha Baik, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Bahagianya kami kerana usai melaksanakan ibadah umrah bersama Bonda tercinta dan selamat kembali ke tanah air. Berita sedihnya apabila terpaksa melangkah meninggalkan Haramain. (Semoga dikurniakan rezeki untuk kembali ke sana lagi.) 

Allah jua Maha Mengatur kerana Dia jua yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk semua hambaNya. Dalam redha, dalam pasrah, dalam sedih, kami akur waktunya telah tiba Ibunda tercinta kembali kepada Penciptanya. 30 Disember 2022, subuh Jumaat yang barokah, penamat kisah bagi riwayat Sellod Bt Topboh @ Safiah Bt Abdul Rahman, wanita yang telah berjuang melahirkan dan membesarkan kami sembilan beradik dengan penuh kasih sayang. 

   Mama disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam tidur, beberapa jam sebelum pesawat mendarat di tanah air. Penerbangan paling pilu yang pernah aku lalui. Dengan iringan zikrullah dari corong audio pesawat, dan bacaan yassin daripada kami adik-beradik dan jemaah yang lain. 

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, urusan jenazah berjalan lancar. Jenazah Mama dipindahkan daripada pesawat ke Hospital Serdang. Allah atur segalanya, kami adik-beradik termasuk adik bungsu yang fly terus dari LD-KL, berpeluang bersama-sama memandikan jenazah Mama, mengkafankan dan solat jenazah bersama. Adik lelaki sempat memberitahu kami, bahawa sebelum Mama tidur dan lena buat selama-lamanya, dia sempat mengajarkan Mama kalimah syahadah, dan arwah sebut dengan jelas. Ya Allah betapa agungnya kasih sayangMu. 


    Kami rafakkan rasa syukur kepadaNya kerana dipertemukan dengan TA yang sangat dedikasi. Pihak Andalusia membantu pengurusan jenazah ibu kami sejak awal sehingga selesai segalanya. Semoga Allah jua yang membalas segala kebร ikan hambaNya.


   Semoga 'Kepulangan' Mama mendapat rahmat dan dimuliakan di sisiNya. Semoga Allah mengampunkan segala dosa Mama, menerima dan redha akan segala amal ibadah Mama, dan ditempatkan dalam kalangan para solehin. Aamiin.

ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุบْูِุฑْู„َู†َุง ุฐُู†ُูˆْุจَู†َุง ูˆَู„ِูˆَุงู„ِุฏِูŠْู†َุง ูˆَุงุฑْุญَู…ْู‡ُู…ْ ูƒَู…َุง ุฑَุจَّูˆْู†َุง ุตِุบَุงุฑًุง

“Ya Allah,  ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Kredit : FB Nuryati Kangan

16 Dis 2022


 MIQAT UMRAH

Miqat dari segi bahasa bermaksud waktu, manakala dari segi istilah bermaksud ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah. Secara amnya, berniat ihram di Miqat merupakan salah satu perkara wajib haji dan umrah. Miqat terbahagi kepada dua iaitu Miqat Zamani (ketentuan masa) dan Miqat Maqani (ketentuan tempat).

Miqat Zamani (Masa)

Dalam ibadah Umrah, Miqat Zamani ialah sepanjang tahun iaitu selain daripada masa seseorang berihram haji. Manakala, untuk ibadah haji pula, Miqat Zamani bermula dari hari pertama bulan Syawal hingga terbit fajar hari ke-10 bulan Zulhijjah. Tempoh ini juga dikenali sebagai bulan-bulan haji.

Miqat Maqani (Tempat)

Miqat Maqani pula merupakan sempadan tempat terakhir bagi seseorang jemaah dari luar kota Mekah untuk berniat ihram umrah atau haji. Lokasi ini biasanya ditentukan mengikut arah jemaah umrah atau haji datang dan masuk ke Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah. 

Antara tempat-tempat bermiqat bagi ihram haji atau umrah yang telah ditetapkan ialah:

1. Yalamlam

Lokasi ini untuk jemaah yang datang dari arah Yaman dan Asia seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan negara-negara Asia lain. Pada satu ketika dahulu, jemaah Malaysia yang menunaikan haji atau umrah menaiki kapal laut mengenakan pakaian ihram dan berniat ihram di atas kapal apabila melalui lokasi ini.

2. Bir Ali atau Zul Hulaifah

Lokasi miqat ini terletak kira-kira 12 km dari Madinah atau kira-kira 450 km dari Mekah. Ia merupakan lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Madinah dengan menaiki bas, kereta dan sebagainya.

3. Al-Juhfah

Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.

4. Zatu Irqin

Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Iraq dan sama arah dengannya.

5. Qarnul Manazil

Bagi jemaah yang datang dari arah Najd, Kuwait dan jemaah Malaysia dan Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapal terbang.

#umrahandalusia

#daftarandalusiatawau

#tawau

#umrah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah

Kawasan Tanah Perkuburan Jannatul Baqi, Madinah Rujukan lokasi tanah perkuburan sebagai panduan semua Kredit : Penulis